Hybrid Penuh (Full Hybrid), Separa Hybrid (Mild hybrid) dan Range Extender


Mungkin masih ramai yang kurang pasti apakah yang dimaksudkan dengan kenderaan mesra alam atau lebih dikenali dengan teknologi hijau. Kenderaan jenis ini lebih banyak menggunakan tenaga elektrik sebagai penjana kuasa kenderaan berbanding minyak. Beberapa jenis kenderaan mesra alam sudah berada dipasaran dan anda mungkin masih keliru seperti saya juga. 

Antaranya jenis Hybrid penuh, Hybrid separuh, Range Extender dan Elektrik sepenuhnya. Anda mungkin faham bagaimana kenderaan elektrik sepenuhnya kerana di negara kita sudah terdapat pelbagai motorsikal elektrik. Bagaimana pula baki tiga jenis kenderaan mesra alam yang lain. Di sini saya cuba kupaskan secara asas bagaimana ia berfungsi.

1) Full hybrid (Hybrid penuh) 
  1. kereta mula bergerak =motor digunakan- enjin tidak digunakan.
  2. untuk mencapai kelajuan tinggi.. enjin dan motor digunakan serentak.
  3. mempunyai motor lebih besar dan sel bateri yang lebih besar.
  4. Contoh kenderaan hybrid penuh :
 Toyota Prius

 Lexus CT200h

2) Mild hybrid (Separa hybrid) 
  1. apabila kereta berhenti.. enjin turut dimatikan.
  2. apabila pedal minyak ditekan.. enjin akan dihidupkan (IMA-Integrated Motor Assist).. motor akan membantu enjin dihidupkan.. tidak sperti full hybrid yang mana motor digunakan sepenuhnya manakala enjin dimatikan.
  3. enjin digunakan sepenuh masa.. motor hanya digunakan apabila kelajuan tinggi diperlukan. - sel bateri dan motor yang kecil.
  4. Contoh kenderaan Separa hybrid :
 Honda Insight

 chevrolet malibu

Proton juga sedang giat membangunkan kenderaan mesra alam. Beberapa model seperti Saga dan Exora sudah diserahkan kepada beberapa Kementerian untuk digunapakai sebagai uji kaji sebelum di komersialkan. Mungkin juga kita akan dapat lihat beberapa model global mesra alam seperti EMAS dan P3-21A versi kenderaan hijau..


 Contoh Range Extender Daripada Proton/Lotus

3) Range Extender
  1. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan kenderaan.
  2. Enjin petrol hanya berfungsi apabila bateri habis, on-board generator bertindak sebagai pemberi arahan untuk mengecas semula bateri untuk menghasilkan elektrik tambahan dan kuasa kereta.
  3. Selepas semalaman pengisian (mana-mana poin kuasa di rumah ), roda kereta didorong semata-mata oleh kuasa elektrik dari pek bateri. Enjin petrol berkuasa hanya digunakan untuk cas semula bateri sebaik sahaja ia kehabisan kuasa. 
  4. Contoh kenderaan Range Extender :
    Proton Exora EV

    Proton EMAS

    sumber info : 

    *jika terdapat kesalahan mengenai info ini, sila maklumkan kepada saya secepat mungkin melalui email :-)
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger