Exora FL Dengan Pemanduan Sebelah Kiri!



Sekali imbas ia seperti Exora yang dipandu oleh orang ramai, namun setelah diamati ia adalah Exora FL dan pemanduan sebelah kiri! Kita mungkin tidak perasan kerana Exora ini kurang koyok di badan, hanya bertampal di lampu belakang sahaja. 

Menurut Paultan.org, Ini mungkin bermakna bahawa Proton bersedia untuk memperkenalkan Exora ke dalam pasaran pemanduan kiri tidak lama lagi. Awal bulan ini, Proton mengumumkan bahawa iatelah menandatangani satu memorendum persefahaman dengan Hawtai Motor Group Ltd dari China.

Proton bakal melesenkan model sedia ada kepada Hawtai untuk dipasang dikilangnya & dipasarkan di China dengan jenama Hawtai. Antara model yang bakal dipasang ialah Proton Exora & P3-21A (Persona R). kita juga sedia mengetahui bahawa China adalah sebuah negara pemanduan sebelah kiri.

*klik pada gambar supaya lebih jelas dan klik mana-mana bahagian gelap untuk kembali.


Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
27 Oktober 2011 1:52 PTG

bagus. ade perubahan. nampak lebih menarik. cuma saya rasa perlu dikemaskan lg. contohnya poin air pancut wiper perlu diselindung dekat wiper blade. perlu ada bar di pintu supaya nampak lebih mewah. rim juga main peranan, mungkin perlu besar sikit dan rekaan mewah.

Tanpa Nama
27 Oktober 2011 1:54 PTG

rekaan proton cukup menarik cuma warna yang dikenakan mungkin jenis murah jd nampak suram. cuba kita bandingkan lancer dgn inspira, padahal sama je tp sebabkan warna ia nampak murah dan kurang berkualiti.

Tanpa Nama
28 Oktober 2011 12:53 PTG

crome bar kasi besar la sikit mcm wish..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger