Proton dan Mitsubishi Bakal Melakukan Perkongsian Strategik


Proton Holdings Berhad dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mengumumkan yang mereka sedang dalam perbincangan serius bagi menjalankan perkongsian strategik bagi meningkatkan nilai kompetitif kedua-dua syarikat dalam pasaran global.
Antara bidang kerjasama yang bakal diterokai ialah:
  1. Perkongsian pengeluaran enjin di Malaysia
  2. Konsainan pengeluaran kenderaan MMC di fasiliti Proton
  3. Perkongsian komponen kenderaan Global Small MMC yang bakal dilancar Mac depan di Thailand dengan Global Small Car Proton
  4. Pembekalan teknologi masa depan MMC seperti elektrik, hibrid plug-in dan teknologi kenderaan hibrid.
Kedua-dua syarikat telah mengadakan kajian kebolehlaksanaan sejak lewat 2010 dan telah mengenalpasti beberapa bidang kerjasama yang boleh memberi sinergi kepada kedua-dua syarikat di arena global.

Perbincangan terbaru ini dilakukan untuk mencapai situasi menang-menang di antara kedua syarikat seterusnya membolehkan MMC mengembangkan bisnes mereka di pasaran ASEAN manakala Proton pula dapat mengembangkan barisan produk mereka dan menggunakan fasiliti sedia ada secara efektif.

sumber dipetik : geartinggi.com
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger