Laporan Tahunan Proton 2011 – pelancaran Exora Turbo pada November 2011, Proton P3-21A pengganti Persona



Laporan Tahunan Proton 2011 (2011 Proton Annual Report) masih belum dikeluarkan di dalam laman web rasmi Proton, namun beberapa sumber telah mendedahkan laporan tersebut lebih awal. Terdapat pelbagai maklumat menarik di dalam laporan tahunan itu, antaranya ialah pelancaran Proton Exora Turbo yang dijadual akan berlangsung pada November 2011. 

Laporan tersebut juga menyebut Proton bakal melancarkan model global terbaru melalui kilang mereka di Tanjung Malim, merujuk kepada model Proton P3-21A. Paling menarik sudah tentu pengesahan dari Proton berkenaan model Persona. Mengikut laporan tahunan itu, Proton P3-21A merupakan pengganti model Persona. Walaupun masih mencatatkan jualan yang baik pada setiap bulan, Proton P3-21A akan menggantikan pengeluaran model Persona bagi meningkatkan nilai produk dan keupayaannya terhadap rakyat Malaysia.

Selain pemberhentian pengeluaran Persona, model lain turut akan dihentikan pengeluarannya pada tahun fiskal akan datang iaitu Gen.2, Savvy dan Satria Neo, bagi memberikan laluan kepada model global P3-21A . Tidak mengejutkan kerana Gen2 merupakan model lama, Savvy pula sudah terdengar ura-ura akan dihentikan sebelum ini. 

Namun berkenaan Satria Neo, tidak dapat dipastikan kenapa model sporty itu akan dihentikan pengeluarannya, mungkin disebabkan Proton tidak lagi mahu mengeluarkan kereta dalam segmen dua pintu, atau model lain akan menjelma barangkali. Maklumat berkenaan Proton EMAS juga terdapat di dalam laporan itu, di mana pengeluaran globalnya dijadualkan bermula pada tahun 2013 akan datang.

PROTON-Cover to Page 115 (2.9MB)
PROTON-Page 116 to ProxyForm (1.7MB)

sumber dipetik : arena kereta / funtastickodesign

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger