Semakin Jelas Gambar Model Baru Proton P3-21A


Beberapa hari lepas, kita ada melihat di kaca tv mengenai model global terbaru Proton. Beberapa klu mungkin kita kenalpasti. Sehingga kini banyak spyshot mengenai model yang dikatakan pengganti Persona dengan kod P3-21A. Chasis pun telah dipamerkan untuk tontonan umum. 

Model terbaru PROTON yang diberikan nama samaran ‘P3-21A’ ini, dijangka akan mula dipasarkan awal tahun hadapan dan akan dikeluarkan di kilang PROTON di Tanjung Malim. Dengan P3-21A, masanya sudah tiba untuk PROTON mengeluarkan sebuah kereta global, bukan sahaja untuk diterima di Malaysia atau kawasan serantau dan pasaran-pasaran tertentu sahaja, tetapi kereta yang memenuhi piawaian Negara-negara maju dan juga boleh menambat hati dan menepati citarasa dan kehendak-kehendak pembeli di serata dunia.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam majlis ‘Pengumuman Persediaan Pengeluaran Kereta Global P3-21A’ yang turut menyaksikan bacaan ikrar jaminan kualiti oleh kakitangan PROTON dan 108 pembekal dan pembuat komponen PROTON yang terlibat dengan projek pengeluaran model tersebut.

“PROTON komited dalam menghasilkan kenderaan buatan Malaysia yang bukan sahaja kompetitif dari segi harga, kualiti, prestasi dan rekabentuk, tetapi lebih berdayasaing untuk menambat hati pembeli di mana sahaja ia dipasarkan di seluruh dunia. Hari ini merupakan satu titik permulaan yang baru bagi PROTON seiring dengan aspirasi syarikat untuk memperluaskan pengaruhnya dalam industri automotif di peringkat antarabangsa,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Pengiktirafan sebagai sebuah syarikat automotif global tambah Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin lagi, tidak seharusnya hanya bergantung kepada kejayaan sesebuah syarikat itu dalam mengeksport kenderaannya ke luar Negara. Apa yang lebih penting adalah untuk ia turut menitikberatkan elemen-elemen seperti kualiti, keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan, harga yang kompetitif dan penghantaran dan pengedaran kenderaan yang lebih baik.

Justeru, PROTON hari ini turut menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi meningkatkan kebolehan pembekal dan pembuat komponennya dengan cara mempraktikkan kaedah-kaedah kecemerlangan perniagaan atau Business Excellence Practices (BEx).

BEx merupakan satu rangka kerja yang kini digunakan oleh anggota-anggota Majlis Model Kecemerlangan Global atau Global Excellence Model (GEM) Council di 80 negara bagi menilai prestasi sesebuah syarikat di dalam 7 bidang iaitu – Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Fokus Pelanggan, Orang-ramai, Proses dan Hasil. Program BEx akan meningkatkan prestasi perniagaan vendor-vendor PROTON dan memantapkan dayasaing organisasi mereka dengan memastikan tumpuan terhadap inisiatif-inisiatif produktiviti dan peningkatan inovasi dilaksanakan. Ini termasuklah inisiatif seperti penilaian kekurangan sedia ada, program intervensi, penanda aras dan perkongsian amalan-amalan terbaik berdasarkan kepada model kecemerlangan perniagaan yang diterima pakai secara global. Ia merupakan salah satu inisiatif strategik PROTON untuk membangunkan vendor-vendor yang kompetitif di peringkat global menjelang tahun 2016.

Pengeluaran model terbaru P3-21A juga menyaksikan buat kali pertama, pemilihan pembekal dan pembuat komponen PROTON dibuat berdasarkan prestasi yang dinilai mengikut model BEx. MPC sebagai anggota Majlis GEM, yang juga merupakan anggota Asian Productivity Organisation (APO) Center of Excellence for Business Excellence, bertindak sebagai sumber yang penting bagi PROTON memperolehi maklumat industri yang terbaru untuk dibuat perbandingan dan penilaian. Maklumat yang diperolehi ini juga akan membolehkan syarikat-syarikat pembekal komponen tempatan mengukur prestasi mereka berbanding rakan-rakan di Negara ASEAN dan di seluruh dunia.

“Matlamat yang disasarkan adalah untuk meningkatkan kebolehan para pembekal dan pembuat komponen kereta PROTON agar lebih berdaya-saing seiring dengan inisiatif Kerajaan yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian ataupun lebih dikenali sebagai Industrial Master Plan 3 (IMP-3),” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.






Share this article :

+ comments + 1 comments

9 September 2016 10:53 PTG

Saya dan suami saya, mahu menggunakan media ini untuk memberi keterangan tentang kerja yang baik Ibu Jennifer Brown Pinjaman Syarikat.
Kami tidak fikir kita akan berada dalam kehidupan untuk bertemu dengan seseorang seperti Puan Jennifer, dia adalah permata yang jarang berlaku dan Tuhan menghantar.

Saya Siti mengambil masa saya untuk memberi keterangan mengenai Jennifer Brown, kerana dia akhirnya menawarkan apa yang tidak ada orang lain boleh menawarkan dalam beberapa jam.
Suami saya dan saya pergi ke dalam hutang besar-besaran dengan penghutang dan bank, dan kita akan mendapat pinjaman daripada dua syarikat pinjaman yang berbeza, tetapi semua datang ke apa-apa, sebaliknya mereka membawa kami ke dalam hutang yang lebih dan akhirnya meninggalkan kita sehingga saya datang dalam hubungan dengan Puan . Jennifer, dia menawarkan pinjaman walaupun pada mulanya saya takut ia akan berakhir seperti syarikat-syarikat lain yang saya telah memohon, dia itu tidak seperti orang-orang lain syarikat pinjaman penipuan. Sekarang kita telah akhirnya dibayar hutang kami dan kami telah memulakan perniagaan baru dengan wang yang ditinggalkan daripada pinjaman.
Hubungi Puan Jennifer melalui e-mel berikut:
jenniferbrownloancompany atau anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya untuk maklumat lanjut sitiaryati075@gmail.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger