Juruteknik pemenang pertama “My Proton Makeover”


Proton Holdings Berhad hari ini mengumumkan pemenang pertama bagi program “My Proton Makeover”. Fadly Hisham Roplay, 33, seorang juruteknik kini akan menyaksikan kereta Proton Saga 1992 miliknya menerima sentuhan pembaharuan daripada R3, sayap sukan permotoran syarikat itu.

“Kisah Fadly tentang bagaimana kereta Proton Saga memberi kesan kepada hidupnya memberikan inspirasi tersendiri untuk kami semua,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang melancarkan program berkenaan Julai lalu, sempena kempen ‘Komited Untuk Lebih Baik’. Peraduan berkenaan memerlukan peserta untuk menghantarkan kisah peribadi bersama model Proton milik mereka. Peraduan ini terbuka sehingga 28 Disember 2011.

Memilikinya bermula tahun 1999, kereta yang dibeli daripada pemilik asalnya itu, Fadly terus memandu pulang ke Kuala Kangsar. ”Banyak kenangan saya dengan kereta ini. Antaranya, inilah kereta yang digunakan untuk membawa ibu saya pergi melamar isteri saya waktu itu. Saya hanya tunggu dalam kereta, gementar,” jelas Fadly.

Sebagai pemamang, kereta yang kini berusia 19 tahun miliknya itu akan diberi sentuhan naiktaraf oleh R3. Ia akan memasuki bengkel R3 selama empat minggu untuk dibangunkan semula, merangkumi keseluruhan bahagian kereta. Menurut Ketua Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Sukan Permotoran Proton, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, R3 amat teruja dengan projek terbaru ini dan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menaik taraf kenderaan terbabit. Tahniah daripada saya!!

sumber dipetik dari Bhauto.my / protonvip.com
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
22 Ogos 2011 11:21 PTG

proton saga lotus ride and handling. . sempoi. .

Tanpa Nama
23 Ogos 2011 9:44 PG

Diorang nk letak ride n handling.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger