Diskaun Tol Hari Raya 2011- Senarai 24 Lebuhraya Beri Diskaun

Berikut adalah senarai 24 lebuhraya yang memberikan diskaun sempena Hari Raya Aidilfitri 2011. Diskaun Tol hari raya boleh mencecah antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

Antara Lebuh Raya yang memberikan perkhidmatan secara percuma:

  1. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)(PERCUMA SEHINGGA 31 OGOS)
  2. Lebuh Raya LDP (PERCUMA PADA HARI KEMERDEKAAN BERMULA 12 TENGAH MALAM SEHINGGA 11.59 TENGAH HARI)

Lima Lebuh Raya Paling Awal memberikan Diskaun bermula 25 Ogos ini adalah :

  1. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)

Senarai 24 Lebuhraya yang akan beri diskaun sempena hari raya 2011:

  1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus),
  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH),
  4. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),
  5. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK),
  6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP),
  7. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik
  8. KL-Barat (Sprint),
  9. Lebuh Raya Pantai Timur,
  10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh),
  11. Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie),
  12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA),
  13. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya),
  14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE),
  15. Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas),
  16. Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
  17. Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke),
  18. Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga),
  19. Lebuh Raya Smart,
  20. Lebuh Raya Pintas Selat KlangUtara Baru (NNKSB),
  21. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP),
  22. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)
  23. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
  24. Lebuh Raya KL-Karak (KLK).
Mungkin Anda masih belum tahu mengenai Lebuh Raya LATAR. Ia merupakan alternatif ke Utara terutama kepada mereka yang ingin ke bandar-bandar Pantai Barat seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Lumut dan Kuala Kurau.

Sekiranya pengguna mengalami apa-apa masalah ketika menggunakan LATAR, mereka boleh menghubungi LATAR Line (03 6145 1515) untuk mendapatkan maklum balas dan bantuan.

Lebuhraya terbaru ini mempunya empat titik pertukaran dengan lain-lain rangakaian lebuhraya termasuk ke Pantai Barat melalui KL dan Templer’s Park, Lebuhraya PLUS dan dari lebuhraya Koridor Guthrie. Antara bandar-bandar kediaman yang direntasi oleh laluan ini termasuk Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang dan Selayang.

Klik Pada gambar di bawah untuk lihat Lebuh Raya Latar lebih jelas :

Bagi kepada anda yang ingin merancang perjalanan pulang berhari raya dan bercuti pihak PLUS ada mengeluarkan Jadual Perjalanan Balik Kampung sebagai panduan. Klik pada gambar di bawah untuk lebih jelas :


Bagi yang ingin merancang perbelanjaan tol, di sini juga saya sertakan link untuk tol calculator. klik sini ataupun anda boleh lihat di blog saya sebelah kanan, lihat logo PLUS.

Apa yang paling penting adalah, pandu dengan cermat dan pastikan perjalanan anda nanti selamat pergi dan balik selepas berhari raya dan bercuti. Pastikan kenderaan anda selamat untuk digunakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Anda juga mesti sihat dan cukup tidur. Selamat Merancang Perjalanan dan Selamat Bercuti!

sumber : plus.com.my
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
23 Ogos 2011 10:11 PG

jgn lupa isi touch n go. lebih jimat masa.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger