TERKINI : SPYSHOT PERODUA MYVI 1.5!!!



Gambar Myvi ini diambil oleh adik saya ketika dalam perjalanan dari Sungkai ke Tanjung Malim Perak berhampiran Bandar Slim River pada sabtu lepas. Terdapat dua buah unit Myvi yang dilengkapi dengan kit seperti spoiler dan skirting iaitu warna kuning dan putih. 

Sebelum ini kita ada melihat gambar Myvi kuning ini yang ditangkap di dalam kilang, namun tidak mempunyai bodykit seperti ini. Kelihatan spoiler Myvi kuning sangat berbeza tetapi spoiler Myvi putih masih sama seperti spyshot sebelum ini.

Jika kita lihat gambar kedua, sebenarnya ujian ini juga bertujuan untuk loadtest dan bodykit. Kelihatan 2 unit bungkusan berat diletakkan dibangku belakang. Mungkinkah ini merupakan edisi istimewa untuk hujung tahun ini?.



Dalam satu perkembangan lain, info dari blog paultan.org, eksport Perodua Myvi sudah bermula tetapi menggunakan jenama Daihatsu Sirion di Indonesia. Ini adalah perjanjian antara Daihatsu dengan Perodua. Model Myvi sebelum ini pun juga menggunakan nama Daihatsu Sirion. Jika diperhatikan kelihatan jelas emblem VVTi  di bahagian belakang Sirion ini. Apakah Sirion ini menggunakan enjin terkini dari Daihatsu?


 
untuk artikel sebelum ini. KLIK SINI
Share this article :

+ comments + 13 comments

Tanpa Nama
7 Julai 2011 3:18 PTG

harga mesti boleh kopak punya..

Tanpa Nama
7 Julai 2011 3:20 PTG

beza harga mesti rm5k ke atas.

Tanpa Nama
7 Julai 2011 5:29 PTG

cntik plak myvi ni...

Tanpa Nama
8 Julai 2011 2:50 PTG

kalau harga melampau sekadar tgk2 je lah.. sekarang pun dh mahal.. nak bantu jepon agaknya..

Tanpa Nama
8 Julai 2011 4:45 PTG

Harga sama alza

Tanpa Nama
8 Julai 2011 4:58 PTG

kalau harga mahal tp penuh aksesori x pa lagi..

Tanpa Nama
10 Julai 2011 9:06 PTG

MCM TRANSFOMERS LA...BOLEH PGGIL MYVI NI 'BEE' HOHO

Tanpa Nama
11 Julai 2011 10:51 PG

myvibee.. transformers malaysia!

Tanpa Nama
11 Julai 2011 10:52 PG

bumper belakang terlalu lebeh sgtlah...

Tanpa Nama
11 Julai 2011 1:00 PTG

rasanya dah x lama lagi, keluarlah myvi extreme, sebab ramai yg dah tanya..

Tanpa Nama
9 Ogos 2011 5:20 PTG

baru je aku selisih kat area kuala lipis minggu lepas hari jumaat.wabe kuning & putih...nmpak hmmmmm cntik jgkla..

6 Disember 2013 1:14 PG

Promosi hebat perodua... Alza..myvi..viva... Ready stock...3 tahun percuma servis...perodua mnjanjikan utk anda seperti fast loan approver,low interest,discount sehingga rm3000 dan free gift trtakluk pada terma dan syarat...skim graduan juga mnanti anda dan akan brakhir DISEMBER ini...tunggu apa lgi,pm saya utk miliki kereta idaman anda...nyatakan masalah anda..satu malaysia saya jelajah utk anda... Call/sms/whatsapp/wechat:017-5359263(shahrul) Emel:slayunk_007@yahoo.com

6 Disember 2013 1:16 PG

Promosi hebat perodua... Alza..myvi..viva... Ready stock...3 tahun percuma servis...perodua mnjanjikan utk anda seperti fast loan approver,low interest,discount sehingga rm3000 dan free gift trtakluk pada terma dan syarat...skim graduan juga mnanti anda dan akan brakhir DISEMBER ini...tunggu apa lgi,pm saya utk miliki kereta idaman anda...nyatakan masalah anda..satu malaysia saya jelajah utk anda... Call/sms/whatsapp/wechat:017-5359263(shahrul) Emel:slayunk_007@yahoo.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger