Perodua UK perkenal Myvi Edisi Terhad – Myvi Jet & Myvi Sport Silver


Perodua UK dengan sukacitanya memperkenalkan model Myvi edisi terhad untuk para pelanggannya di sana, Myvi Jet dan Myvi Sport Silver. Dikeluarkan dalam jumlah terhad, kedua-dua model melengkapi barisan sedia ada Myvi dengan nilai belian terbaik. Berbanding di Malaysia, Myvi di UK masih mengekalkan model generasi pertama berbanding generasi kedua yang sudah mula dijual di Malaysia sejak 16 Jun lepas.

Myvi Jet didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti pemegang pintu krom, side moulding dengan kemasan besi tahan karat dan motif ‘Myvi’, remote central locking dan rim aloi 14 inci 10 bilah. Boleh didapati dalam warna ebony black dan tersedia pilihan transmisi manual dan automatik, Myvi dengan pandangan visual hebat ini hanya berharga dari £7,499*, yang mana lebih nilai untuk wang.

Myvi Sport Silver mempunyai spesifikasi sama seperti model popular Myvi Sport termasuk body kit bergaya, side mouldings berpadanan dengan warna, pemegang pintu krom dan kemasan interior dengan sentuhan serat karbon (carbon fibre), turut termasuk rim aloi titanium 15 inci 10 bilah. Kemasan luaran Myvi Silver Sport disudahi warna glittering silver dan boleh didapati bersama transmisi manual pada harga hanya £7,999*.

Kedua-dua model edisi terhad itu dilengkapi spesifikasi standard seperti mana boleh dilihat pada model Myvi sedia ada termasuk penyaman udara, stereng kuasa, cermin berkuasa elektrik di keempat-empat pintu, cermin sisi elektrik dan pemain CD/ radio berintegrasi.

Perodua juga mengumumkan berita baik tentang beberapa insentif menarik yang telah dilanjutkan tempohnya. Perodua UK dengan bermurah hati memberikan insentif runcit bernilai £1,000 kepada pelanggannya, sah sehingga 30 September 2011 untuk pelbagai varian Myvi, bermakna harga sebenar Myvi di UK boleh terus didapati pada harga bermula dari £6,999*.

Perodua juga masih menahan kenaikan VAT (Value Added Tax) untuk model Myvi dengan nilai tambah, seperti Myvi Lux, Myvi Sport, Myvi SE dan Myvi Sport+ sehingga 30 September 2011. Ini bermakna harga hebat Myvi Lux masih boleh didapati pada harga bermula hanya dari £7,399*. Remote central locking masih ditawarkan secara percuma kepada pelanggan bagi semua varian Myvi sehingga 31 Julai depan, memberikan pelanggan penjimatan hebat sehingga lebih  £160**.

Pelanggan-pelanggan yang berminat dinasihatkan terus ke bilik pameran dan jualan Perodua terdekat secepat yang mungkin bagi mengelakkan terlepas tempahan Myvi edisi terhad dan beberapa tawaran menarik yang telah disediakan.

*On the road price includes £1,000 retail incentive, 6 months road fund licence and first registration fee. Retail incentive offer valid until 30th September 2011
**Added value Myvis will receive an additional remote free of charge as one is included with standard specification. Offer is valid for one remote per customer for vehicles registered between 1st and 31st July 2011. Saving is based on recommended retail price of £166.56 (inc. VAT)



sumber : arenakereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger