Kereta Nano di Malaysia?

NEW DELHI, 12 Julai – Tata Motors India (Tata) mungkin memilih Indonesia untuk menghasilkan model Nanonya iaitu kereta penumpang termurah dunia dan lambat laun menjadikannya pusat pengeluaran Asia Tenggara.

Laporan media seluruh India dan Asia Tenggara melaporkan yang Tata akan mengeluarkan kira-kira 50,000 buah Nano untuk pasaran tempatan dan serantau seperti Malaysia, Filipina dan Thailand.

“Memandangkan portfolionya yang meluas dan objektif untuk meluaskan perniagaan antarabangsa, Tata Motors akan terus meninjau kedua-dua, pasaran dan peluang perniagaan yang relevan,” kata jurucakap Tata Motors disebut sebagai berkata dalam Business Standard hari ini.

Nano model empat tempat duduk tiba-tiba menjadi kereta penumpang popular dunia apabila ia mengumumkan pada 2009, harganya pada RM7,000. 

Syarikat gergasi auto India itu kini mengadakan perbincangan dengan PT Astra International, syarikat auto terkemuka Indonesia, dan merancang pengeluaran menjelang 2013.

Malaysia dan Thailand turut berminat untuk menarik Tata mewujudkan sebuah kilang.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat India Mac lepas, Pengerusi Tata Group Ratan Tata menyatakan minat minat bekerja dengan Proton untuk menghasilkan Nano.

Jakarta Post turut menyebut Gita Wiryawan, Pengerusi Lembaga Kerjasama Pelaburan sebagai berkata, “Tata masih menjalankan kajian kemungkinan dan kerajaan mungkin memberikan syarikat India pelepasan cukai jika projek itu terbukti menguntungkan.” – Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger