Jualan Kereta Proton Atasi Perodua

 Jualan Saga FL yang memberangsangkan antara faktor Proton kini no.1

Jualan kereta Proton Holdings Bhd menduduki tangga teratas pada separuh pertama tahun 2011 atasi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan 74,519 unit dijual berbanding Perodua sebanyak 62,584.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Proton meningkat daripada 65,918 yang dilihat pada tempoh yang sama tahun lepas manakala Perodua mencatatkan penurunan daripada 71,375 sebelumnya.

Toyota menduduki tempat pertama bagi jualan segmen kereta bukan nasional dengan 21,653 unit dijual pada separuh pertama walaupun penurunan daripada 25,697 unit dijual sebelumnya, diikuti oleh Honda dengan jualan sebanyak 15,807 unit berbanding dengan 18,796 unit dijual sebelumnya.

Kesan gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada Mac terhadap bekalan dari Jepun serta pelaksanaan pindaan Akta Sewa Beli 1967 menjadi antara faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi yang kurang memberangsangkan tahun ini.

mampukah Perodua merebut semula kedudukan no.1?

Menurut MAA, pindaan akta berkenaan menjadikan proses penyelesaian jualan mengambil masa yang menyebabkan kelewatan pendaftaran kenderaan baru.

Bagaimanapun, persatuan mengunjur jualan akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini dengan pengeluaran dijangka pulih ke paras normal mulai Ogos serta dengan pengenalan model baru.

Namun begitu, MAA menyemak turun unjuran jualan industri kenderaan bagi tahun ini kepada 608,000 unit, daripada anggaran awal sebanyak 618,000. Tahun lepas jumlah jualan industri sebanyak 605,156 unit.

sumber : Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger