Adakah ini Saga FL (Phase 2)?


Menurut sembang-auto.com Adakah ini Saga FL (Phase 2)? Jelas kelihatan pemberat yang tertulis H&T (Homologation & Testing) berada di bangku belakang kereta tersebut. Adakah kereta ini sedang menguji enjin IAFM+ dengan kotak gear CVT atau manual terbaru Proton?

Tulisan H&T di tong berkemungkinan kereta ini milik jabatan Homologation & Testing. Adakah ujian untuk kotak gear CVT? Homologation adalah proses penyesuaian kenderaan dengan iklim dan peraturan pemilikan kenderaan disesuatu negara sebelum sesuatu model itu dijual oleh itu pasti ini bukan ujian homologation kerana Saga FL sudah pun berada di pasaran.

Dari interiornya pula terdapat tombol gear manual dan pasti ini bukan untuk ujian kotak gear CVT. Mungkin ia adalah ujian untuk enjin IAFM+ ataupun CPS untuk model Saga. Mungkin juga ujian untuk kotak gear manual baru dari ZF. Di bahagian cermin belakang terdapat pelekat V12-GD, tetapi saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkin ia akan dilancarkan tidak lama lagi.. sebulan dua lagi?


Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
13 Julai 2011 11:10 PG

makin byk pembaharuan yg dibuat oleh proton. syabas. cepatlah keluar..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger