Proton EMAS dipandu uji oleh Auto Express!!



Ianya merupakan jentera konsep yang bakal membanggakan jenama automotif nasional, Proton. Satu jentera dari masa hadapan. Diperkenalkan semasa Paris Motor Show pada September lepas, Lotus menonjolkan barisan jentera berkuasa dan juga yang berkonsepkan eco-friendly. Yang pasti, EMAS merupakan antara yang menarik perhatian dunia.

Dibangunkan oleh pemilik Lotus, Proton kini mendapat perhatian pihak Auto Express apabila diberi peluang untuk memandu jentera konsep ini. Mengikut kumpulan Auto Express, mereka membayangkan jentera EMAS ini satu saingan sengit Aston Martin Cygnet. Jaringan teknologi tambahan yang di-input kepada kereta ini membolehkan pembangun kereta sport untuk merendahkan kadar penggunaan karbon dioksida, CO2 dan mencapai standard undang-undang penggunaan bahan bakar.

EMAS merupakan singkatan untuk projek Eco Mobility Advance Solution. Ianya dijana oleh motor eletrik dan penambahan enjin. Motor eletrik ini akan berpusing menggerakkan roda, dan kuasannya dijana oleh pek bateri yang diletakkan di bawah lantai jentera ini. Apabila dihidupkan, enjin Lotus akan mula menggerakkan kenderaan di samping mengecas semula bateri tersebut.

Berbekalkan enjin 3 silinder berkapasiti 1.2 Liter, EMAS boleh bergerak dengan banyak jenis bahan bakar, seperti petrol tanpa karbon, methanol hinggalah kepada Ethanol. Dengan isian penuh bateri dan tangki petrol, EMAS mampu bergerak sejauh 350 batu, termasuk 30 batu dengan kuasa eletrik. Keputusannya, jumlah CO2 yang digunakan hanyalah 60g bagi setiap kilometer.

Pihak Lotus memaklumkan EMAS boleh bergerak dari 0-100km/h dalam kurang dari 15 saat. Walaupun EMAS tidak selaju seperti mana barisan jentera berkuasa eletrik yang lain, ianya berkebolehan meluncur dengan baik dan selesa pada kelajuan 100km/h. Pada kadar inilah enjin berkeupayaan menjana semula cas bateri.

Pihak Auto Express menambah, kebolehan EMAS membuat pusingan juga agak mengkagumkan apabila membuat pusingan dengan stabil semasa laju dan juga semasa membrek. Keluasan rekaan dalam juga dikagumi apabila dikatakan EMAS memiliki ruang lebih besar daripada Mercedes B-Class, serta dilengkapi dengan cermin bumbung atas dan cermin sisi yang besar untuk memudahkan penglihatan.

Auto Express juga memaklumkan Lotus dan Proton bakal bekerjasama dengan pengeluar lain bagi mengeluarkan EMAS kepada produksi umum. Terdapat 3 model dijangka dikeluarkan, salah satu untuk pasaran Asia, Europe dan satu lagi model sport.

Saya sendiri sebenarnya tidak pasti pula model EMAS kini boleh dipandu uji. Setahu saya ia masih dalam pembinaan kerana terdapat beberapa paparazzi memperoleh gambar-gambar di mana EMAS masih belum siap. Inilah satu perkembangan yang cukup terbaik.








sumber :auto express
Share this article :

+ comments + 8 comments

Tanpa Nama
13 Jun 2011 3:34 PTG

kalau dah ada bila lagi nak launch?! test drive kat malaysia la pulak!!! nak merasa gak..

13 Jun 2011 6:46 PTG

mungkin prototype ni tak dibina di malaysia...

Tanpa Nama
14 Jun 2011 8:54 PG

bawa lah ke mari. kitorang pun nak merasa juga..

Tanpa Nama
14 Jun 2011 10:32 PG

cepatlah keluar. x sabar pulak bila tengok emas dh ade org naik. setakat ini, rakyat malaysia tiada pilihan. pilih myvi je la.. harap2 emas cepat keluar..

Tanpa Nama
14 Jun 2011 10:41 PG

inilah teknologi yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat malaysia! syabas!

Tanpa Nama
14 Jun 2011 10:43 PG

elok keluar cepat. aku dah boring tengok myvi sekarng. model baru pun sama juga.

Tanpa Nama
14 Jun 2011 4:41 PTG

kemahuan semua orang. enjin senyap hibrid, jimat.

Tanpa Nama
20 September 2011 11:46 PTG

gambar palsu. sudah photoshop gambar 1 dan 2. yg lain x tau la. tengok betul2 pintu & bonet boleh buka kah ??

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger