Nissan Grand Livina Talaan Impul Baru


Sepang (19 Jun 2011) – Berikutan ketibaan Nissan Grand Livina baru yang telah dipertingkatkan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini pula memperkenalkan penampilan pertama di pentas dunia Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru sempena acara Super GT International Series 2011 di Malaysia.
Pasukan rekabentuk Impul telah melakukan ubahsuai terhadap aspek estetik dengan aerokit yang baru direka. Ia memberi penampilan yang lebih agresif dan dinamik untuk melengkapkan lagi Grand Livina yang baru ini. Tarikan utama aerokit tersebut ialah gril hadapan yang menggabungkan logo baru Impul, sekali gus menyempurnakan lagi bahagian hadapannya.

Sebagai tambahan kepada gaya sporty itu, sistem suspensi Impul yang meliputi penyerap hentak dan pegas gegelung yang telah dipertingkatkan ditala dengan lebih rendah sebanyak 25mm bagi mengurangkan olengan yang tidak diperlukan demi mengoptimumkan pengendalian serta membuatkan stereng berasa lebih jitu kepada Grand Livina yang baru ini.

Peredam ekzos yang terdiri daripada besi tahan karat berkualiti tinggi dengan kemasan yang dikilatkan dan logo Impul yang ditempa pada paip belakang nyata sepadan dengan bahagian belakang yang menerima rekabentuk baru.

Rim aloi Impul Aura SX-10 17” meningkatkan lagi gaya Nissan Grand Livina yang baru ini. Rim-rim tersebut dihasil menggunakan proses Impul New Super Cast (Tempaan Baru Impul) yang membolehkan penjimatan berat dicapai antara 20 hingga 30 peratus berbanding proses konvensional. Ia sekali gus menjadi pencapaian terbaru dalam teknologi penghasilan roda serta memastikan kualiti dan aspek keselamatan yang lebih tinggi.

Versi Nissan Grand Livina Talaan Impul ditawarkan pada kos hanya RM10,700.00 lebih tinggi berbanding Nissan Grand Livina standard. Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
  • 1.6 MT Comfort RM97,500.00
  • 1.6 AT Comfort RM100,500.00
  • 1.8 AT Comfort RM109,500.00
Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu). Ia boleh dilihat di bilik-bilik pameran terpilih Nissan di seluruh negara. Pembelian secara after-market Peralatan Prestasi IMPUL juga boleh dibuat oleh para pemilik Nissan Grand Livina sedia ada.
 


sumber : Gear Tinggi
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger