KIA Sportage baru akan dilancar



NAZA Kia Malaysia akan melancarkan model Sportage baru 21 Jun ini dengan jangkaan harga sekitar RM140,000 seunit.

“Kami yakin Sportage baru itu akan diterima baik pengguna di negara ini,” kata Ketua Eksekutifnya SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Model Sportage baru itu menampilkan rupa bentuk lebih urban dengan bentuk badan lebih menarik berbanding model sebelumnya.

Ia juga menyediakan pemandu dengan tahap prestasi, kecekapan, keselesaan serta teknologi kenderaan terkini.

Sportage baru itu dilengkapi enjin petrol Thetha II 2.0 Kia yang cekap dari segi penggunaan bahan api dengan injap kembar boleh ubah berterusan (CVVT) yang menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.

Antara ciri mewahnya pula adalah transmisi automatik enam kelajuan, bumbung matahari yang besar dan panoramik.

Bagi kemudahan dan keselesaan pemandu, Sportage baru itu dilengkapi paparan kamera pandangan belakang, penyaman udara auto dua zon, Bluetooth, AUX, iPod dan sambungan USB serta penarafan Euro NCAP lima bintang.
Sportage baru itu adalah model ketiga yang diperkenalkan Naza Kia di Malaysia tahun ini selepas Forte 6-Speed dan Forte Koup.

Ketua Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, berkata Sportage baru yang akan diperkenalkan itu bakal mengubah landskap segmen SUV kompak di pasaran tempatan.

“Sportage kini adalah kenderaan Kia kedua terlaris di dunia dengan sejumlah 128,948 unit dijual dalam lima bulan pertama tahun ini.” katanya.

sumber : Berita Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger