PROTON bakal masuk Poland


PEMBABITAN PROTON dalam arena sukan
seperti Rali Antarabangsa mendorong
minat syarikat asing pasarkan kereta nasional.



Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke Eropah

JENAMA Proton semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa apabila sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan.

Selain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.
Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.

Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu.

“Marvipol sudah menyatakan minat kepada PROTON untuk menjadi pengedar eksklusif kenderaan Proton dan Lotus di Poland. Kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan dan ia masih lagi pada peringkat awal.

“Jika tiada aral melintang, pengurusan PROTON dijangka mengusulkan rancangan ini (mengeksport kenderaan PROTOn dan Lotus ke Poland) kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan secepat mungkin supaya kumpulan pertama (kereta PROTON dan Lotus) dapat dieksport tahun depan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata, model kereta PROTON dan Lotus yang akan dieksport ke Poland masih belum dimuktamadkan, namun difahamkan, antara model berpotensi ialah Exora, Satria Neo, Persona serta kereta global pertamanya, Emas. Model Lotus pula Lotus adalah Esprit, Elan, Elite, Eterne dan Elise.

Pengurusan PROTON gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.

Namun, penganalisis automotif berkata, jika rundingan antara Proton dan Marvipol itu dimuktamadkan, ia meletakkan PROTON dalam landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi satu jenama global yang dapat diterima baik di pasaran antarabangsa.

“Syarikat yang ditubuhkan pada 1985 itu dilihat makin matang dan ia kini lebih bersedia menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding pasaran domestik,” katanya sambil menambah langkah pengembangan pasaran eksport PROTON itu juga seiring perubahan landskap industri permotoran global yang menuntut pengeluar kereta nasional itu menetapkan hala tuju baru untuk terus kekal berdaya saing.

Ketika ini kira-kira 70 peratus daripada kereta PROTON dijual di pasaran domestik dan antara 20 peratus hingga 25 peratus dieksport.

Selain pasaran Asia Tenggara, antara negara yang sudah diterokai PROTON termasuk Iran, China, Mesir dan India tidak lama lagi.
Share this article :

+ comments + 7 comments

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:00 PTG

proton boleh......

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:03 PTG

perbaiki lagi kualiti produk proton...syabas proton

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:05 PTG

saye harap,produk yg akan dtg akn menyegarkan rekabentuk yg lbih bergaya.tingkatkan r&d proton yg lbih baik

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:08 PTG

sya bangga dgn proton...kluarkan produk yg lbih berkualiti pda msa yg akan dtg...

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:11 PTG

persona r hrap d tingkatkan gaya rekabentuknya....

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:41 PTG

TERKENALNYA PROTON SEKARANG NI YE?

Tanpa Nama
31 Mei 2011 2:43 PTG

teruskan mempertingkatkan kualiti dan rekabentuk yg lebih segar. proton sekarang semakin baik terutama bagi model saga.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger