Dany Bahar : Lotus Perlu Keluar dari Kumpulan Proton



Terkini!:

Kenyataan ini dibuat oleh kumpulan Lotus dalam laman web rasminya & menyatakan laporan media sebelum ini berkenaan hasrat mereka untuk keluar dari syarikat induknya Proton adalah TIDAK TEPAT. Mereka berpendapat dengan hasil kerjasama dengan Proton, mereka dapat merealisasikan plan 5 tahun akan datang mereka. Proton selama ni telah banyak membantu dari segi kewangan untuk memulihkan Lotus. Dalam perkembangan yang sama projek kereta kecil global antara Proton & Lotus sedang berjalan & bakal memasuki pasaran 2014. Diharap kenyataan ini tidak menimbulkan kontroversi lagi seperti sebelum ni.

Artikel sebelum ini :

Apa yang dikatakan oleh Dany Bahar seperti apa yang dipetik dari www.insideline.com amat membuatkan peminat automotif tempatan merasa marah dan tidak berpuas hati. Rata-rata rakyat Malaysia yang membaca artikel tersebut menyifatkan kenyataan Dany Bahar tersebut sebagai kurang ajar.

Bahar memikirkan sudah sampai masanya Lotus keluar dari Kumpulan Proton sejak dimiliki pada 1996. Beliau menyatakan syarikat Lotus sedia ada tidak boleh mengembangkan pasaran model yang lebih baik seperti jenama-jenama terkemuka yang lain melainkan Lotus mempunyai kaitan dengan gergasi automotif dunia seperti Toyota sama ada secara perikatan atau dijual.

Apakah strategi Bahar sebelum ini sebagai satu bentuk tekanan, iaitu membuat perancangan melihatkan Lotus sebagai sport premium seperti Ferrari dan Porche, memperkenalkan 6 model baru akan datang sebagai satu strategi beliau menyatakan kelemahan Lotus untuk terus berkembang di bawah naungan Proton? di mana masa kini Lotus sedang membangunkan sebuah kereta bandar kecil (diambil dari model EMAS).

Bahar juga sebagai pencetus idea supaya jenama Lotus dalam sukan permotoran Formula Satu. ia satu pelaburan yang besar dan kini kita lihat masih belum menunjukkan kejayaan malah tercetus pula perebutan jenama sesama kita sendiri. Saya lebih yakin dengan pelaburan Proton dalam sukan rali melalui Proton Satria Neo S2000 di mana lebih menampakkan penonjolan seperti kelahiran pasukan Satria Neo Cusco.

Kita masih segar dengan berita yang dimaklumkan mengenai pinjaman menerusi bank-bank tempatan untuk memulihkan Lotus oleh Proton. Ini adalah pelan jangka panjang yang berterusan di mana Proton akan terus bergerak lebih jauh jika Lotus berjaya dipulihkan ikut jadual.

Jenama Lotus merupakan suatu lagenda permotoran dunia, Lotus semestinya menjadi rebutan ramai kerana kepakaran dan teknologinya yang tersendiri. Telah diakui semua pihak dengan teknologi ride and handling. Mungkin juga Bahar berkata demikian kerana mahukan satu lonjakan drastik dalam Lotus setelah sekian lama menyepi. Apa pula kata anda semua?
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger