TEAM LOTUS BELI CATERHAM


LONDON 27 April - Pasukan Formula Satu, Team Lotus hari ini mengesahkan pembelian pembuat kereta sports Britain Caterham Cars dan berikrar untuk membangunkan generasi seterusnya bagi model ikonik Seven.

Seven yang direka oleh pengasas Lotus, Colin Chapman pada 1957 telah dibuat oleh Caterham sejak 1973, apabila syarikat itu memiliki hak terhadap kereta dua tempat duduk (two-seater roadster).

Prinsipal Team Lotus, Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, perjanjian itu akan membawa Caterham ke tahap yang baru.

''Caterham mempunyai kedudukan unik dalam dunia permotoran,'' katanya yang juga pengasas syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia Bhd.

''Ia juga merupakan kebanggaan warga Britain, mempunyai reputasi disegani dan unik dalam industri terutama bagi prestasi dan kecemerlangan kejuruteraan,'' jelasnya.

Di bawah terma perjanjian, Caterham akan terus diuruskan oleh Pengarah Urusannya sekarang iaitu Ansar Ali yang berkata, kerjasama itu membolehkan firma tersebut menjadi jenama dikenali di peringkat global.

''Ia merupakan lembaran baru yang menarik bagi Caterham,'' kata Ali.

''Sehingga kini, pendedahan Caterham terhad hanya kepada reputasi dan legasi Seven sahaja.

''Kini Seven mempunyai peluang terbaik untuk berkembang dan berpeluang menambah 'keluarga Caterham' selain Seven dan SP/300R serta berkembang kepada perniagaan global,'' katanya.

Model Seven menjadi terkenal apabila digunakan dalam siri televisyen The Prisoner, ia dipandu oleh watak utamanya Patrick McGoohan. - AFP

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
5 Mei 2011 4:54 PTG

kete sport malaysia selepas proton.. go malaysia!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger