Proton Beri Tumpuan Terhadap Perkukuh Rangkaian Pengedaran Global


KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Proton Holdings Bhd kini memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuh rangkaian pengedaran global bagi membuka ruang untuk pertumbuhan mampan yang sangat kritikal supaya lebih kompetitif dalam pasaran global.

Proton akan menyepadukan reputasi global dan meningkatkan kesedaran mengenai jenamanya dengan mengoptimumkan rangkaian pengedaran antarabangsa, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

"Kami mahu mendapatkan produk yang tepat untuk memperoleh pasaran yang tepat dan kami memerlukan usaha sama yang signifikan dengan para pengedar antarabangsa kami," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Pada persidangan tahunan para pengedar antarabangsa yang berlangsung baru-baru ini, para pengedar terbabit diberikan taklimat mendalam mengenai strategi-strategi produk kumpulan itu pada masa akan datang, kereta konsep, terlibat dalam kajian produk, dan mengadakan pelbagai perbincangan mengenai peningkatan kualiti dan kos pelan peningkatan pemilikan, kata Syed Zainal Abidin.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Modern Technology Trading Co (Syria) Ghyath Al-Habbal berkata persidangan itu membuahkan hasil yang baik kepada rakan antarabangsa yang mendengar taklimat mengenai visi dan strategi Proton.

"Kami akan mengguna pakai strategi dan visi pasaran masing-masing," katanya.

Presiden Pengarah PT Proton Edar Indonesia Gunther Scherz berkata setelah melihat produk-produk terbabit, beliau berpendapat Proton kini bergerak pada arah yang tepat.

"Ia akan menggalakkan kami untuk meluaskan capaian dalam pasaran," katanya.

Modern Technology Trading Co ialah pengedar tunggal Proton di Syria manakala PT Proton Edar Indonesia (PT-PEI) ialah unit kumpulan di Indonesia.

Persidangan itu yang dihadiri seramai 46 peserta dari lebih 20 negara termasuk pasaran utamanya - Indonesia, Thailand, Australia, UK, Mesir dan Syria.



-- BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger