Naza Kia terima Anugerah Model Tahunan Untuk Model Forte


NAZA Kia Malaysia Sdn Bhd (Naza Kia), pengedar rasmi Kia Forte di negara ini menerima Anugerah Model Tahunan buat pertama kali oleh Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2011 berdasarkan jualan memberangsangkan di pasaran tempatan.

Anugerah berkenaan memberi pengiktirafan kepada model yang dilancarkan antara November 2009 hingga November 2010 dan sejak model Forte dilancarkan November 2009, model berkenaan mencetus minat baru kepada jenama Kia.


Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza dan Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata sejak dilancarkan dan sehingga akhir suku pertama tahun ini, syarikat sudah menjual sebanyak 6,878 unit model Forte.

Beliau berkata, syarikat baru-baru ini melancarkan model Forte enam kelajuan dan syarikat percaya model berkenaan akan terus mendapat lebih banyak pengiktirafan pada tahun ini.


Perunding Frost & Sullivan bagi Amalan Pengangkutan dan Automotif Asia Pasifik, Ahmad Faridz Dzulkarnain, berkata model itu bukan saja menawarkan reka bentuk Eropah malah dipadankan dengan beberapa ciri teknologi tinggi pada harga yang berpatutan.


“Penerimaan pasaran terhadap model berkenaan dilihat satu fenomena berdasarkan kepada jualan lebih 5,200 unit dan menguasai kira-kira 2.5 peratus segmen pasaran kenderaan kelas C pada tahun lalu berbanding model baru yang dilancarkan dalam segmen sama hanya mencatatkan jualan kurang dari 2,000 unit,” katanya. Katanya, antara kriteria yang dinilai pada model Forte termasuk jumlah jualan 2010, penguasaan pasaran dalam segmen tersendiri, harga jualan, strategi utama pasaran, kelebihan berdaya saing serta pencapaian cemerlang pada tahun lalu.

Sekalung tahniah kepada Naza di atas kejayaan tersebut.

Sumber : Harian Metro

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger