JUALAN SAGA BAKAL LEPASI 80 000 UNIT?


KUALA LUMPUR 26 April - Proton Edar Sdn. Bhd., (Proton Edar), yakin jualan model Saga akan melepasi 80,000 buah bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mac nanti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, jumlah yang disasarkan itu melebihi apa yang berjaya dijual sepanjang tahun kewangan sebelumnya iaitu 78,000 buah.

Beliau berkata, model Saga masih menjadi pilihan dan taruhan Proton untuk mengekalkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun kewangan ini.

"Saga masih menjadi pilihan pembeli dan kita yakin jumlah itu akan mencapai sasaran yang ditetapkan selain mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan promosi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Persona, sememangnya lebih sempurna' serba baru di sini hari ini.

Kempen selama lima bulan itu akan mendekati rakyat Malaysia menerusi platform lain daripada yang lain untuk memupuk keyakinan kepada bakal pembeli.

Menurut Sidik, selain Saga model Persona turut menjadi pilihan orang ramai dan antara model terlaris ketika ini.

Beliau berkata, jualan Persona kini mencecah 3,800 buah sebulan dan kadang-kadang ia boleh mencecah 4,000 buah sebulan.

"Jualan Persona kadang-kadang boleh meningkat naik mendadak, sebagai contoh sebelum musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina," katanya.

Sidik berkata, Persona bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan berkualiti tetapi memberi keyakinan dari segi pemanduan serta menepati gaya hidup masa kini.

Manakala jualan Inspira pula lebih 1,000 buah sebulan.


SUMBER : UTUSAN ONLINE

Share this article :

+ comments + 23 comments

Tanpa Nama
30 April 2011 5:23 PTG

syabas proton.tapi ada yg sye x berpuas hati kenapa model/desaign proton mesti ada masalah mcm saga fl kenapa depan da cntik tpi blakang nmpak bruk dgn lmpu blakang yg kecil...sye hrap model yg akn datang mesti tiptop...

Tanpa Nama
30 April 2011 5:24 PTG

sya bangga dgn proton dgn plancaran neo r3 yg lbih mnyerlah...truskan usaha proton...

Tanpa Nama
30 April 2011 5:26 PTG

sya harap model kompak trbru proton akan terbaik.lbih cantik dri my vi...

Tanpa Nama
30 April 2011 5:27 PTG

proton,i like neo and proud with you.

Tanpa Nama
30 April 2011 5:32 PTG

sbelum ini sye x ykin dgn proton tapi,setelah saya lihat SEORANG BUDAK yg amat fanatic dgn proton...lihat [facebook= yuszaeem]bru sye ykin... mngapa rakyat malaysia ska sngat mmperburukan buatan malaysia...

Tanpa Nama
30 April 2011 5:33 PTG

saga fl ni nmpak mahal..klah honda civic yg trbaru ni syabas proton tpi,cma slect kn blakang je...

Tanpa Nama
30 April 2011 5:36 PTG

knapa proton x kluarkn model protype r and d nya...sya harap proton dpt mnunjukan imej yg lbih mnyerlah...

Tanpa Nama
30 April 2011 11:20 PTG

sye harap proton dapat design lbih lgi...proton mesti boleh!!!design yg lbih kretitif,bergaya dan kualiti.

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:10 PTG

saya cadangkan proton membesarkan sikit saiz proton emas agar kelihatan mewah...saya sukakan model itu harap ia lebih cantik dari model sebelumnya...

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:12 PTG

saya tunggu model persona r...harap cepatlah sikit keluar smart sangat model to....syabas proton

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:15 PTG

Proton saga fl ni memang cantik bagi saya perbezaan reka bentuk proton amat ketara tigkatkan lagi proton seperti hyundai yang semakin bagus.

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:21 PTG

proton sekarang memang best la..x sia-sia saya pilih saga fl daripada myvi and harga pon berbaloi...syabas proton

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:23 PTG

This year,i see proton very diffrent good jobs for u proton.

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:24 PTG

kebagkitan proton pada tahun ini!!!

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:26 PTG

saya harap cepat la sikit kluar model emas cause x sbar nk bli ni smart la...SYABAS PROTON

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:27 PTG

Sainggan senggit akan belaku antara myvi dan emas.

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:28 PTG

Berikan rekabentuk yang sporty untuk emas.

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:29 PTG

ble perdana r nak kluar x sabar rsenya nk tngok...

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:30 PTG

saga fl jenis r3 ble nk kluar x sabar nk smbar 1!!!

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:32 PTG

Tingkatkan kualiti dan kemasan dalaman model proton itu yang kami mahukan.jika setakat design pon blum final lgi.

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:33 PTG

exora mmang mantap,selesa dan best.SYABAS PROTON

Tanpa Nama
2 Mei 2011 1:37 PTG

my vi bru ni mmang smart harap proton juga lakukan seperti produa lakukan design terbaik....proton boleh

Tanpa Nama
5 Mei 2011 2:59 PTG

tahniah proton!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger