ENJIN HIJAU PERODUA PMfLFC DI MSAM 2011



Semalam saya berkesempatan meninjau sekitar MSAM 2011 di Kompleks Stadium Ipoh Perak. Terdapat banyak pameran sehingga rambang mata yang mana satu harus dituju. Di sini saya kongsikan beberapa gambar mengenai Perodua Bezza dan enjin hijau mereka.

Terdapat dua enjin yang dipamerkan di booth Daihatsu/Toyota iaitu pembangunan enjin hijau Perodua yang digunakan pada Perodua Bezza. Enjin hijau Perodua dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan. PERODUA berpendapat kos menghasilkan kenderaan elektrik atau hibrid sangat tinggi dan harganya juga mahal.

Saya berpendapat, apa yang kita lihat pada gambar di bawah, Perodua Eco Engine itu dibangunkan oleh Daihatsu kerana model platform kenderaan tersebut hanya menyatakan logo Daihatsu dan tulisan berbahasa Jepun sahaja.

Di booth Perodua pula dipamerkan Model Bezza direkabentuk sepenuhnya oleh kakitangan Perodua. Dengan ciri-ciri masa depan seperti bumbung lutsinar, Lampu LED serta ciri-ciri menarik signal sisi dan pembuka pintu automatik. Model Bezza ini saya lihat hanya bersaiz sebesar Alza.



















Share this article :

+ comments + 6 comments

26 April 2011 2:48 PTG

pesal nampak pelik & hodoh bezza ni? out of proportion je..

26 April 2011 3:02 PTG

dari jauh mungkin menarik. bila tengok dekat2 cam gini la rupanya. pameran ini orang ramai dpt lihat bezza secara dekat. saya rasa bezza ni elok buat versi cabriolet je.

Tanpa Nama
26 April 2011 3:28 PTG

kalau jadi production model pasti alami masalah seperti savvy sebab rekabentuk pelik2 camni sukar oleh orang ramai.

Tanpa Nama
26 April 2011 4:01 PTG

x pakai petrol. so pakai ape? bateri?

Tanpa Nama
27 April 2011 1:11 PG

prius nampk mcm lg smart dr keta n. . apa pn n prototype lg. . jgn ler dibuat keta n. .

Tanpa Nama
27 April 2011 8:36 PG

teknologi kereta ni mungkin bagus tp design memang tah ape2 tah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger