BILAKAH KITA HARUS TUKAR TAYAR KENDERAAN?



Ramai pengguna kenderaan di Malaysia masih kurang arif dalam penjagaan tayar kenderaan masing-masing. Apakah seharusnya pemilik kenderaan harus tahu mengenai penjagaan tayar? Di sini saya kongsikan sedikit panduan apakah yang perlu kita tahu mengenai tayar yang sudah lama digunakan?.

Cara paling mudah melihat tayar sama ada sudah dikira haus @ botak adalah dengan meletak duit syiling 20 sen di celah antara dua jalur bunga. Jika tulisan 'sen' pada syiling itu kelihatan, maka anda sudah harus menukar tayar tersebut.

Mengikut panduan syarikat pengeluar tayar pula, terdapat satu garis melintang antara dua jalur bunga, ketika tayar masih baru ia tidak kelihatan kerana garis ini tidak tebal dan tinggi berbanding bunga tayar. Lama kelamaan tayar bunga tayar akan nipis dan garis tersebut akan sama tinggi dengan bunga tayar, maka pada ketika itu anda harus tukar tayar tersebut.

Cara yang paling pasti adalah dengan melihat kod nombor 4 angka pada tayar. Contohnya 0512, kod 05 membawa maksud minggu ke 5 dalam tahun ia dibuat. Kod 12 pula membawa maksud tahun ia dibuat. Maknanya tayar dengan kod 0512 adalah dibuat pada minggu ke lima tahun 2012. Selepas dua tahun tayar ini hendaklah ditukar kerana getah tayar sudah keras.

Perlu juga diingat, setelah perjalanan mencecah 10,000 KM anda hendaklah membuat allignment dan balancing supaya tayar kenderaan stabil dan nipis mengikut permukaan tayar disamping menjimatkan petrol. Jenama-jenama tayar yang terbaik adalah bergantung kepada kesesuaian kenderaan anda.

info-info lain : tips membeli dan memilih tayar
Share this article :

+ comments + 1 comments

11 Disember 2014 1:38 PG

cuba http://mytayar.com untuk mencari tayar. pelbagai pilihan dari banyak kedai2 yang bagus. harga pun ditunjukkan dan anda tahu apa yang dapat. kesemua t+c dinyatakan dengan telus. tiada ruang untuk ditipu lagi.kalau network workshop tipu juga, mereka akan dibuang dari website ala2 akademi fantasia.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger