APRC Malaysia 2011: Proton Cusco Rally Team



Seperti yang diketahui umum, pasukan Proton Motorsports menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pusingan pertama di Johor pada Ahad lepas. Selepas 3 tahun berhempas-pulas baru kini pasukan pengeluar kereta nasional menjadi juara. Dimulakan oleh Karamjit Singh pada tahun 2009 kemudian oleh Alister McRae dan Chris Atkinson pada tahun 2010 dan 2011.

Walaupun Proton Satria Neo S2000 diberi perhatian besar kini fokus perlu juga diberikan kepada sebuah lagi pasukan yang menggunakan Satria Neo iaitu Proton Cusco Rally Team. Pada penampilan sulung minggu lepas, 2 buah Neo yang hampir standard digunakan dan dipandu oleh pemandu Jepun iaitu Akira Bamba dan Kosuke Takashino. Mereka berdua menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan kesembilan keseluruhan dan juga tempat pertama dan kedua kategori junior APRC.

Proton Satria Neo Cusco lebih hampir kepada versi jalanan dan khabarnya kereta ini boleh dibeli dengan harga RM100 ribu. Spesifikasi FIA.




lebih banyak gambar Satria Neo Cusco di GearTinggi.com
Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
5 April 2011 12:12 PTG

ade 2 team la sekarang nih? satria neo s2000 dan satria neo cusco. f1 pun 2 team jugak kan? lotus renault dan lotus racing.

Tanpa Nama
5 April 2011 12:21 PTG

jepun pun pakai satria neo? lancer dapat no 2 je. hahaha!!!

Tanpa Nama
6 April 2011 9:06 PTG

syabas proton..neo mmg terbaeeeeeeekkkkk la~!

Tanpa Nama
7 April 2011 2:01 PTG

satu2 model proton yg g jauh. neo memang terbaik! bangganya aku jadi rakyat malaysia.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger