Wajah Baru Hyundai i10



Hyundai kini memperkenalkan model i10 berwajah baharu. Perubahan yang dibuat adalah pada interior serta luaran yang mempunyai kesinambungan daripada model baharu Hyundai lain seperti ix35 dan ix20. Selain daripada kosmetik, i10 turut dipasang enjin 1.0 liter Kappa menggantikan enjin 1.1 liter Epsilon. Enjin 3 silinder Kappa dikatakan lebih jimat minyak dengan emisi yang sangat rendah.

i10 wajah baharu didatangkan dengan 4 varian iaitu Blue, Classic, Active dan Style dengan peralatan standard seperti 4 beg udara, enam pembesar suara, tingkap elektrik dan central locking. Hyundai i10 dijual pada harga GBP 8,195 untuk model Classic.

i10 amat sesuai digunakan untuk kegunaan seharian terutama di dalam bandar. Mungkin anda kini mempunyai pilihan selain model-model lain yang ada di pasaran. Pada saya model i10 ini menarik dan memikat hati.




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger