SPYSHOTS SUV pertama Europestar/Proton di China!



Model prototype yang menyerupai Exora pada artikel sebelum ini adalah pengganti Persona pada masa akan datang. Dalam satu perkembangan yang lain, di China Proton/Europstar SUV ditemui! satu perkembangan positif mengenai berita sebelum ini, Proton akan menghasilkan sebuah SUV untuk Europstar dan akan diambil semula oleh Proton sebagai SUV Proton. Di dalam gambar kita melihat beberapa komponen sedia ada adalah daripada model Exora dan L5 seperti lampu belakang dan depan serta pemegang pintu.

Apa yang pasti, model ini tentunya menggunakan platform Exora sepertimana Persona R. Kita tentu ketahui, pelaburan untuk membangunkan Exora suatu ketika dulu agak besar sebagai pelaburan jangka panjang. Platform Exora juga boleh dibangunkan sebagai sedan, SUV dan juga lori kecil. Begitu juga platform Savvy boleh dibangunkan sebagai small sedan dan compact car. Di tanahair, Proton sedang giat membangunkan model Persona R dan Emas.

Langkah Proton membangunkan model SUV untuk Youngman Europstar ini satu langkah bijak kerana pengeluaran SUV ini di China boleh mempercepatkan perancangan Proton sebagai jenama Global yang kukuh. Jika di Malaysia, Proton mengeluarkan Saga, Exora, Satria Neo, Persona R dan Emas; Youngman boleh mengeluarkan SUV untuk Proton dan Lotus.

Kita masih ingat lagi, dalam satu pameran automotif, Proton mempamerkan model SUV iaitu Proton MSX. Setelah lama menanti, akhirnya pada hari ini ia telah menjadi sebuah kenyataan.






Share this article :

+ comments + 9 comments

Tanpa Nama
23 Februari 2011 1:39 PTG

cukup terbaek!!!

Tanpa Nama
23 Februari 2011 2:57 PTG

info sangat2 menarik.

Tanpa Nama
24 Februari 2011 1:55 PTG

apsal buat kecik je? nanti x laku mcm kembara.

Tanpa Nama
25 Februari 2011 11:28 PG

maybe mcm daihatsu dan toyota. Toyota keluarkan Rush (panjang) dan Daihatsu Terios/Perodua Nautica (pendek). buat cam lotus apx kan smart..

Tanpa Nama
2 Mac 2011 8:52 PG

proton makin gempak. dipasaran tempatan, perodua makin tergugat juga lambat laun..

4 Mac 2011 3:58 PTG

Apepun semoga Malaysian Car to be Top in the world...

Tanpa Nama
15 Mac 2011 4:39 PTG

sangat2 hebat untuk rakyat malaysia. hero negara dunia ke 3.

Tanpa Nama
16 Mac 2011 1:21 PTG

mungkin kuar tahun 2012 atau 2013 sebab proton nak kuar persona r, inspira fl, exora cfe, emas, saga fl 2.

Tanpa Nama
24 Mei 2011 7:21 PTG

desgn mcm asx je

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger