Mencari sepakat dua gergasi auto


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Ketika cadangan bergabung menjadi sesuatu yang tidak memungkinkan, Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn. Bhd (Perodua) dilihat lebih bersedia untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton).

Pakatan antara kedua-dua pengeluar kereta nasional itu, sebenarnya bukan asing kerana Perodua sendiri turut membekalkan kepala silinder engin Campro untuk kegunaan Proton.

Sehubungan itu, Perodua yang dikenali sebagai pengeluar kereta kompak terkemuka melalui kereta MyVi, kini dikatakan menunggu pelawaan Proton untuk duduk semeja mengadakan perbincangan.

Bagi syarikat usahasama Malaysia-Jepun itu terdapat peluang besar untuk bekerjasama dengan Proton dalam kepakaran peracuan logam (metal moulding) sambil menawarkan kepakarannya dalam peracuan plastik (plastic moulding).

Selain itu, pengeluar kereta nasional kedua itu juga berminat untuk menarik penyertaan Proton dalam pengeluaran transmisi automatik elektronik (EAT) yang dibangunkannya.

Perodua yang kini menguasai 31 peratus pasaran tempatan, sebelum ini telah mengumumkan cadangannya membina kilang EAT di kawasan kilang sedia ada di Rawang, Selangor melibatkan pelaburan awal berjumlah RM200 juta pada akhir tahun ini.

Difahamkan pembinaan kilang EAT itu merupakan sebahagian daripada pelan lima tahun Perodua yang disediakan untuk menghadapi liberalisasi pasaran tempatan pada 2020.

Pelan itu dikatakan secara dasarnya mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk dilaksanakan dengan matlamat yang jelas ditetapkan bahawa pengeluar kereta tempatan perlu mampu berdaya saing apabila pasaran dibuka sepenuhnya.

Perodua juga cenderung menyaksikan pembentukan pengeluar komponen bersama atau common vendors di kalangan kedua-dua pengeluar kereta tempatan itu kerana terdapat juga pengeluar Proton turut membekalkan komponen kepada Perodua dan juga sebaliknya.

Sekiranya langkah itu disahut oleh Proton, kedua-dua pihak, antara lain mampu menetapkan satu piawaian seragam untuk pembangunan dan pembekalan komponen atau bahagian kenderaan tempatan, dan bukan dua piawaian yang tinggi mutunya seperti sedia ada.

Perodua sendiri telahpun mengemaskini keupayaan para pengeluar komponennya yang mana bilangannya dikurangkan kepada 300 daripada 500 syarikat untuk memastikan hanya mereka yang berkelayakan dan mampu memenuhi kualiti yang ditetapkan menjadi pembekalnya.

Difahamkan langkah berkenaan dilihat penting untuk memastikan penghasilan produk akhir yang tinggi mutunya kerana kegagalan para pengeluar komponen tempatan yang kini dihantui masalah pekerja berkualiti, akan menjejaskan keupayaan syarikat kereta nasional kedua bersaing di pasaran terbuka.

Malah, ia memungkinkan pasaran industri automotif tempatan dibuka lebih awal tetapi persoalan pokoknya adalah sejauh mana keupayaan mereka memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Pada masa ini, Perodua tidak mempunyai masalah untuk sekurang-kurangnya mempertahankan kualiti produk dan beban yang lebih berat untuk berbuat demikian banyak terpikul di bahu pihak para pembekal berkenaan.

Kejayaan menggunakan kandungan komponen tempatan yang tinggi dalam pengeluarannya akan memastikan Perodua mampu mengekalkan kos semasa yang dijangka meningkat tinggi apabila pasaran tempatan membuka pintu persaingan sepenuhnya kelak.

Selain itu, kewujudan pengeluar komponen yang berkaliber dan bermutu tinggi dijangka akan menarik pelabur-pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran automotif di rantau ini, kata beliau.


sumber artikel : Utusan

Share this article :

+ comments + 4 comments

9 Februari 2011 12:35 PTG

proton expert buat metal moulding, perodua expert buat plastic moulding..bagus kalau ada kerjasama, tapi yang tak boleh blah perodua nak ajak proton join dlam program gearbox auto dia..gearbox auto biasa je, bukannya nye cvt, dsg ke gearbox canggih lain..tak payah la..

Tanpa Nama
9 Februari 2011 12:56 PTG

sebenarnya perodua cuba mengambil kesempatan!

Tanpa Nama
9 Februari 2011 1:17 PTG

perodua dan proton vendor samakan?

Tanpa Nama
10 Februari 2011 10:59 PG

selagi ade org jepun kat perodua. jgn mimpilah..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger