L5 wajah baharu dijual Pada Mac 2011



Menurut Sohu, selepas model L3, Youngman akan melancarkan model kedua L5 secara rasmi pada Mac 2011. Sebelum ini kita ada melihat model yang dikenali kod GHK7167A dan GHK7167BA pada bulan April 2010 di Beijing Auto Show dan pada Disember 2010 di Guangzhou Auto Show di mana L5 dilancarkan.

L5 masih menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang diimport dari Proton sebuah pengeluar automobil Malaysia yang mana prestasi dipertingkatkan. Beberapa perubahan kosmetik luaran memperlihatkan grill depan diubah di mana sebelum ini terdapat grill besar berkilat. Disamping itu jika kita lihat pada gambar, terdapat tambahan lampu LED dan rekaan kali ini lebih kemas. Selain itu, maklumat yang diperoleh adalah Youngman dijangka akan mengeluarkan model seterusnya L6 dan L7 disamping model SUV pada hujung tahun ini.





Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
8 Februari 2011 2:13 PTG

cantik gak dr yg sebelum..

Tanpa Nama
27 Januari 2012 9:54 PG

logo bentuk cam proton, depan die aku nampak cam persona hehe

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger