Satria Neo ditala oleh CUSCO di Tokyo Auto Salon 2011

Cusco merupakan sebuah syarikat talaan terkenal dari negara Jepun, terlibat dalam mengeluarkan peralatan prestasi tinggi seperti suspensi ‘aftermarket’ dan mereka juga mengubahsuai kereta untuk perlumbaan rali. Kaitan dengan Proton ketika ini ialah Cusco dikatakan telah membeli beberapa buah Proton Satria Neo standard dan mereka akan mengubahsuai kereta sport kebanggaan Malaysia itu untuk dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2011. Cusco berminat dengan Satria Neo setelah melihat kemampuan dan potensi jentera itu dalam perlumbaan Asia Pacific Rally Championship dan Intercontinental Rally Challenge.
Selain itu Cusco juga akan menjual semula Proton Satria Neo setelah diubahsuai dengan peralatan prestasi tinggi keluaran mereka, dikhabarkan model Satria Neo Cusco dibina khas untuk menyertai perlumbaan Junior Rally Championships di Jepun dan Asia Pasifik. Berita ini tentu menggembirakan peminat Satria Neo kerana model itu mendapat perhatian sehingga ke negara Jepun. Terbukti Satria Neo merupakan salah satu model kereta sport terbaik keluaran tempatan untuk dijelmakan sebagai sebuah jentera berprestasi tinggi.
Sementara itu Proton melalui divisyen perlumbaan mereka, Proton Motorsports juga akan mempamerkan model konsep Satria Neo R3 di Tokyo Auto Salon 2011. Model itu telah mengalami pengubahsuaian kit badan, prestasi enjin dipertingkatkan, sistem brek diperkukuh, kawalan pemanduan ditingkatkan dan naik taraf interior. Pastinya akan membuka mata rakyat Jepun di sana terhadap kemampuan produk keluaran Proton.

sumber : prodas blog

Share this article :

+ comments + 1 comments

see new Top Gear videos at my blog, Neo S2000 driven by The Stig. from Top Gear

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger