Proton tidak bernasib baik di Rali Monte Carlo – terkeluar seawal pusingan pertama



Nasib nampaknya tidak menyebelahi pasukan rali Proton apabila jentera Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Chris Atkinson gagal menamatkan perlumbaan dalam saingan awal musim Rali Antara Benua (IRC) Monte Carlo. Hanya mampu bergerak sejauh 700 meter, Satria Neo yang dipandunya berhenti disebabkan masalah elektrikal. Agak pelik kerana masalah tersebut tidak berlaku sewaktu proses ujian dan latihan dilakukan sebelum itu.

Selain Proton, pasukan handalan Peugeot menampilkan 16 jentera Peugeot 207 dan 10 jentera Skoda Fabia. Penyertaan lain daripada 32 kereta yang menyertai rali Monte Carlo ialah dua jentera Abarth Punto dan Ford Fiesta.

Pemandu kedua P-G Adersson juga gagal menyerlah walaupun mencatat keputusan ke-12 terpantas pada sesi khas pertama sebelum terlibat dalam kemalangan dan gagal meneruskan perlumbaan. Ekoran itu cabaran Proton di rali Monte Carlo telah tamat pada hari pertama lagi setelah gagal dalam Perlumbaan 1 dan tidak dapat meneruskan cabaran dalam Perlumbaan 2 dan 3.

Kekecewaan jelas terbayang di kem pasukan Proton kerana kegagalan mereka untuk menyerlah pada awal musim perlumbaan. Segala perancangan rapi sebelum ini masih belum cukup dan Proton nampaknya perlu berusaha keras untuk meneruskan cabaran seterusnya.

“Selepas semua usaha pembangunan, ujian dan persediaan, tiada apa yang dapat dilakukan apabila berdepan perkara tidak dijangka seperti ini,” kata Ketua Proton Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood yang menambah dua jentera pasukan itu sudah menjalani ujian 400 kilometer tanpa sebarang masalah sebelum perlumbaan.

Antara masalah utama yang membelenggu Proton ketika ini ialah masalah teknikal yang tidak sepatutnya terjadi kepada sebuah pasukan yang telah mencatatkan beberapa kejayaan sepanjang tiga musim perlumbaan.Jika perkara tersebut gagal diatasi pada sesi perlumbaan seterusnya, imej Satria Neo sebagai sebuah kereta berprestasi tinggi yang ketika ini mendapat perhatian dunia mungkin terjejas.

Namun penyertaan Proton dalam IRC kali ini tetap mendapat perhatian ramai peminat sukan rali dan tujuan utama Proton untuk memperkenalkan jenama mereka di peringkat antarabangsa boleh dikatakan tercapai. Apa yang perlu dilakukan kini ialah cabaran perlu diteruskan dengan menaiki podium menjadi impian utama untuk terus mengukuhkan jenama Proton di peringkat global.

Sumber : Berita Harian

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger