Pasukan Lotus milik Tony Fernandes menang bicara pusingan pertama



KUALA LUMPUR: Pasukan Formula1 milik Datuk Tony Fernandes, Pasukan Lotus, memenangi perbicaraan pusingan pertama di Mahkamah United Kingdom dengan Proton.

Proton, pengeluar kereta nasional yang memiliki pasukan Lotus-Renault, mendakwa bahawa kumpulan Tony tidak berhak menggunakan nama Lotus. Perbicaraan penuh telah dipercepatkan kepada 21 Mac.
Berikutan keputusan itu, Tony menyatakan beliau "sanggat sangat gembira dengan keputusan hari ini."

"Dan, sangat gembira bahawa perbicaraan penuh telah dipercepatkan kepada 21 Mac. Yang benar, kebiasaannya, akhirnya menang," katanya.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Lotus berkata mereka sangat gembira atas kejayaan pada perbicaraan permohonan penghukuman terus di London itu pada Isnin dan hakim telah menolak permohonan berkenaan walau pun sebelum dilakukan penghujahan oleh peguam kedua-dua pihak.

"Walau pun keputusan itu tidak pernah meragukan, ia bermakna kami telah memulakan musim 2011 di bawah nama Pasukan Lotus," katanya.
"Sambil kami menjangka hakim akan menolak permohonan ini, adalah baik untuk mendapat keputusan secara hitam putih," kata Pasukan Lotus.

Katanya hakim juga merasakan langkah mempercepatkan tarikh perbicaraan penuh ke hadapan adalah demi kepentingan semua pihak dan ia kini ditetapkan pada 21 Mac daripada memerlukan Pasukan Lotus menunggu sehingga musim gugur 2011 atau kemudian lagi.

"Kami terus berkeyakinan bahawa kami akan berjaya pada perbicaraan penuh dan kami kini boleh fokus pada cabaran yang mendatang di dalam Kejohanan Dunia FIA Formula One 2011," kata Pasukan Lotus.

Berdasarkan laporan, kekalahan permohonan kumpulan Proton bukan kekalahan keseluruhan kes kerana ia hanya bermakna hakim memutuskan terdapat isu yang perlu didengari pada perbicaraan penuh. - BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger