Minyak Kelapa Sawit Pengganti Minyak Pelincir Kenderaan?



Satu Isu lama. Mungkin ada yang mengetahuinya dan ada yang masih tidak tahu. Saya sendiri pada mulanya tidak percaya, namun saya telah pergi ke sebuah bengkel kereta yang mana pelanggannya menggunakan minyak masak peket sahaja!. Ternyata selepas lebih 5000km, minyak masak masih jernih berbanding minyak pelincir biasa kerana ia mungkin kandungan sintetik yang sangat baik. Selain itu, kadar suhu juga rendah berbanding sebelum guna minyak masak.

Mengapakah minyak masak tidak dikomersialkan? faktor ekonomi negara kita sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Petronas iaitu syarikat berkaitan petroleum antara terbaik di dunia. Apakah akan jadi sekiranya minyak kelapa sawit jadi pengganti minyak pelincir sedia ada, tentu harga akan naik kerana permintaan ramai. Saya berpendapat Sebelum berkembangnya teknologi enjin hybrid atau enjin elektrik, eloklah penggunaan minyak masak ini dikomersialkan penggunaannya kepada kenderaan. Ia mampu melonjakkan ekonomi negara. Sehingga ke hari ini minyak masak sudah terbukti penggunaannya, cuma ia belum diputuskan oleh mana-mana pihak yang terbabit.

Masalah utama ialah pengoksidaan, dan kedua kotoran. Minyak enjin mengandungi detergen untuk trik kotoran (tidak hairan minyak menjadi hitam). Jika tiada detergen ini, kotoran akan melekat pada enjin dan boleh mengakibatkan OVERHAUL. adakah minyak masak mempunyai detergen atau molekul untuk tarik kotoran. adakah dicampur juga dengan additives. Minyak sintetik original kalau tidak dicampur additives pun tidak boleh dipakai untuk kereta. kalau pakai nanti komponen dan gear dalam enjin haus dan berdepan dengan masalah keasidan dari minyak.

Elok juga didedahkan di sini bahawa bahawa banyak unsur di dalam minyak moden adalah untuk iklim sejuk yg tak wujud langsung di tropika contohnya 10W40, 10W30, 20W50 dll …W itu adalah utk winter atau suhu sejuk melampau di mana Viscosity Modifier di dalam minyak boleh menipiskan minyak itu dimana mungkin jika tanpa Viscosity Modifier itu minyak enjin tersebut tidak boleh berfungsi sebab cenderung untuk menjadi beku. Jadi keupayaan 10W,0W atau 20W itu tidak diperlukan di tropika cuma kepekatan pada tahap 30, 40 atau 50 shj yg diperlukan. jadi kita juga bayar Castrol, Mobil, Petronas bagi R&D mereka untuk benda yg kita tidak diperlukan.

Saya juga berharap respon dari kementerian yang terbabit kerana penggunaan minyak masak ini semakin hari semakin ramai menggunakannya di kenderaan masing-masing terutama golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah. Saya juga perlukan pendapat dan komen dari anda semua juga. :)

info ini dipetik dari :

kereta.info | autoworld.com.my forum | carigold.com forum | wikipedia.org
Share this article :

+ comments + 10 comments

1 Januari 2012 10:36 PTG

http://p44autoworks.blogspot.com/2011/03/bila-minyak-masak-dijadikan-minyak.html

1 Ogos 2013 12:50 PTG

saya masih kurang jelas. adakah minyak kelapa sawit sesuai untuk mengantikan minyak injen kereta

1 Ogos 2013 12:51 PTG

saya masih kurang jelas. adakah minyak kelapa sawit sesuai untuk mengantikan minyak injen kereta

8 September 2013 3:38 PTG

sy dh try kat motor jenis suzuki rh,tkde mslh.hr2 jln pg blk keje lbh krg 40km.mesti campur dgn mnyk hitam lain dlm 10peratus je bg pekat sikit.

makasih ya gan untuk infonya semoga bertambah sukses

24 Mei 2016 2:11 PTG

sy dah gunakan hampir 3 tahun utk proton sy tiada masalah dgn syarat 4 ltr dicampurkan 2 tin oil STP enjin cantik jimat minyak lagi power.tq

24 Mei 2016 2:12 PTG

sy dah gunakan hampir 3 tahun utk proton sy tiada masalah dgn syarat 4 ltr dicampurkan 2 tin oil STP enjin cantik jimat minyak lagi power.tq

Tanpa Nama
18 Ogos 2016 2:26 PTG

Saya guna untuk motrsikal 125cc suzuki shogun. akibat kebocoran disaping poket nipis. saya mengunakan 1 sudu besar minayk pelincir kereta dan selebihnya minyak masak yg murah. mcm ok jer. baru 1 hari digunakan. tunggu beberapa hgari lagi. adakah minyak ini sesuai sebagai minayk pelincir

11 November 2016 8:33 PTG

Rasanya xperlulah dikomersialkan sgt minyak masak sawit untuk enjin ni sbb bila dikomersialkan, tambah pulak beban rakyat dengan kenaikan harga minyak masak nanti. Paham2 jelah dunia skang, asal ade permintaan tinggi, mulalah main harga. Jangan sampai minyak nak masak ikan kt umah selevel harganya ngan minyak pelincir fully sintetik. .

25 Mei 2017 12:59 PTG

Benar.minyak hitam komersial memng jadi cepat hitam krna mnjalankan fungsi dia sbg pembersih krana ada detergent yg bersihkan partikel karbon hasil drpd pengoksidaan minyak akibat suhu panas. Yy jadi isu ialah,knp mnyakbmasak masih jernih selepas diguna dlm enjin dlm tmpoh trtntu seolah2 ia tidak tarik kotoran atau adakah minyakbmasak berfungsi baik mngurgkan suhu enjin sehinggakan karbon lambat terhasil. So,ada dua persoalanlah.benar,minyak masak tkat didihnya jauh lebih tggi dari engine oil.so,lambatlah ia utk teroksida. Suhu engin rata2. 80 ke 100 darjah celsius dan suhu didih minyak msak 180darjah.so,ada logik yg minyak ini masih jernih dalam mileage penggunaan berbanding dgn eo sedia ada.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger