Dua pasukan 'rebut' nama Lotus



LONDON: Perebutan mengenai hak penggunaan jenama ‘Lotus’ dalam perlumbaan Formula Satu (F1) terus berlarutan sehingga sekurang-kurangnya lewat Mac depan, bermakna musim baru perlumbaan F1 kali ini bakal menyaksikan dua pasukan menggunakan nama sama.

Hakim Mahkamah Tinggi British kelmarin menolak permohonan untuk mempercepatkan perbicaraan mengenai kes perebutan dua pihak - Proton dan Kumpulan Tony Fernandes dengan menegaskan perbicaraan akan dijalankan 21 Mac depan selepas perlumbaan pembukaan musim 2011 di Bahrain.

Pasukan Lotus, yang dimiliki pengasas AirAsia, Tony yang menggunakan jenama itu dalam saingan F1 musim lalu mendakwa memiliki hak sah dari segi undang-undang daripada sisa-sisa pasukan F1 lama manakala Lotus Group yang dimiliki Proton mendakwa mereka mempunyai hak terhadap nama itu dan kini akan menyertai saingan F1 musim ini sebagai penaja utama pasukan Renault.

Lotus Group memohon keputusan awal kelmarin tetapi ditolak mahkamah hinggakan pihak Team Lotus menyifatkan ia kemenangan awal buat mereka.

“Team Lotus gembira kami berjaya dalam permohonan keputusan awal hari ini dan pihak hakim menolak permohonan Group Lotus sebelum mendengar hujah perundangan kedua-dua pihak,” kata Team Lotus dalam satu kenyataan.

“Kami yakin kami akan berjaya dalam perbicaraan penuh dan kini kami boleh fokus terhadap cabaran dalam perlumbaan F1 2011.”

Ia juga bermakna musim ini bakal menyaksikan dua pasukan, Lotus-Renault dengan warna hitam dan emas manakala Team Lotus yang turut menggunakan enjin Renault menggunakan warna sama sebaik berakhir musim lalu.

Proton yang juga pengeluar kereta nasional yang memiliki pasukan Lotus-Renault, mendakwa bahawa kumpulan Tony tidak berhak menggunakan nama Lotus dan mengusulkan bantahan namun kekalahan permohonan itu bukan kekalahan keseluruhan kes kerana ia hanya bermakna hakim memutuskan terdapat isu yang perlu didengar pada perbicaraan penuh. – Agensi

sumber : Berita Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger