Europestar L3 GT



Europestar telah mempamerkan versi GT model L3 yang merupakan Proton Persona “rebadged” di Auto Guangzhou. Dengan bodykit “wide body” kereta ini juga dilengkapi dengan rim BBS & brek Brembo. Menurut Paultan.org enjin model ini masih lagi menggunakan Campro tapi tidak dapat dipastikan samada telah ditala atau tidak.







0 comments

EV Kereta Masa Depan Terdekat Proton


Gambar Saga EV usahasama Proton-UTM*

KOTA BAHARU, 27 Dis (Bernama) — Sedang syarikat-syarikat pengeluar kereta lain di dunia berlumba-lumba mengeluar kereta jenis hibrid, iaitu kenderaan yang bersifat enjin petrol dan elektrik.

Namun, berbeza dengan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Berhad, matlamatnya ialah mengeluarkan kenderaan berenjin elektrik (EV) sepenuhnya.

Ini merupakan satu usaha mengeluarkan kenderaan mesra alam dan menggurangkan kebergantungan terhadap bahan api petrol yang tahap pengeluarannya semasa ini semakin berkurangan serta berharga tinggi.

Pengurus Besar Perancangan Korporatnya, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali berkata rekaan kereta EV akan menjadi kenderaan yang pasti berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh Proton.

“Jika kita lihat sekarang, China merupakan negara yang giat membangunkan teknologi EV ini. Antara sebabnya adalah faktor ekonomi dan politik,” katanya kepada Bernama pada Karnival Proton baru-baru ini di sini.

Beliau berkata, disebabkan bilangan penduduk China sekarang ini berjumlah lebih satu bilion, menjadikan negara itu memerlukan sumber tenaga yang lebih bersih dan murah.

Dr Badrulhisham berkata China kini sedang membangun dengan pesat berikutan peralihannya kepada ekonomi dasar pintu terbuka kepada dunia dan langkah itu menjadikan negara itu sebagai antara negara gergasi ekonomi dunia.



Atas faktor ekonomi yang baik, katanya maka pendapatan rakyat mereka juga meningkat, yang menjadikan kuasa membeli mereka turut meningkat.

“Sekaligus, kehendak rakyat untuk memiliki kereta juga meningkat. Ini akan menjadi beban kepada China yang tidak mempunyai sumber petroleum dan permintaan terhadap bahan api itu meningkat setiap masa,” katanya.

Justeru, katanya, keperluan kepada pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga alternatif diperlukan dan yang paling efektif dan cepat ialah kenderaan enjin EV.

Beliau berkata, dari segi pembangunan teknologi kenderaan berenjin elektrik, China kini dilihat mendahului Eropah.

“Kalau dulu Eropah merupakan negara peneraju enjin berkuasa EV, sekarang China pesat membangunkan teknologi itu, malahan kini mereka lebih terkehadapan,” katanya.

Atas keperluan itu, Proton juga mengambil langkah yang sama, kerana penduduk rakyat dan keperluan pasaran kini menuju kepada penggunaan EV.


“Kita sedang membangunkan teknologi itu. Pada masa sekarang, sistemnya masih belum stabil.”

“Selain itu, kos untuk bateri juga masih lagi mahal,” katanya.

Namun, Dr Badrilhisham berkata harga untuk petroleum juga akan meningkat apabila sumbernya akan berkurangan.



Justeru, enjin EV adalah satu keperluan pada masa akan datang dan tempohnya tidaklah lama, katanya.

Malahan, beliau berkata teknologi hibrid kini merupakan transisi kepada kepenggunaan EV.

“Jika dilihat kita telah cuba menggunakan Proton MPV Exora untuk model hibrid dan enjin hibrid kita mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi kategori “Best Range Extender Electric Vehicle.”

Bagi cabaran dari Brighton ke London pada November lepas menggunakan Proton Exora di Britain,” katanya.

Katanya Proton menyasarkan untuk memasarkan Proton Exora secara meluas pada 2012.

Beliau berkata enjin hibrid masih mempunyai batasannya iaitu ianya sesuai untuk enjin berkapasiti sederhana, dan juga ianya menggunakan bateri Lithium Ion, yang menjadikan kosnya tinggi serta jangka hayat penggunaannya rendah berbanding petrol.

“Justeru jawapan untuk itu ialah kereta yang menggunakan sepenuhnya EV,” katanya.

– BERNAMA



*Ini adalah Saga EV yang dibangunkan secara usahasama antara Proton & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 11 bulan. Seramai 20 orang tenaga kerja yang telah membangunkan projek ini, 10 dari Proton & selebihnya dari UTM yang terdiri dari pensyarah, pelajar serta juruteknik dari Power Electronics and Drives Research Group (PEDG) Energy Research Alliance, yang diketuai oleh Professor Dr Nik Rumzi Nik Idris.
0 comments

Tony sedia pertimbang jual F1 Team Lotus



Pemilik utama mahu selesai pertikaian dengan PROTON

DATUK Seri Tony Fernandes, pemilik utama pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus, sedia mempertimbangkan penjualan pasukan itu kepada PROTON Holdings Bhd, pemilik pengeluar kenderaan Group Lotus Plc, jika pengeluar kereta nasional itu bersetuju 'membeli pada harga yang wajar'.

Sumber rapat tokoh perniagaan itu berkata, hasrat penjualan Team Lotus yang dulunya dikenali sebagai Lotus Racing itu, bukan bertujuan mengaut keuntungan, tetapi bagi memastikan kemelut perebutan hak penggunaan nama Lotus, dapat diselesaikan dengan segera.
“Masyarakat umumnya mengetahui Tony membeli Team Lotus serta hak penggunaan namanya daripada David Hunt yang memiliki nama dan pasukan lumba itu, secara sah.

“Pembelian itu bertujuan melindungi pelaburan Tony dan rakan perniagaannya selepas mengetahui Group Lotus ingin menamatkan kontrak pelesenan lima tahunnya bersama pasukan F1 pertama Malaysia itu hanya disebabkan beberapa alasan tidak munasabah,” kata kepada Berita Harian ketika ditemui di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Namun begitu, jelasnya, berlaku salah faham ‘yang serius’ oleh pengurusan Proton dan beberapa pihak lain yang menganggap Team Lotus turut berada di bawah Group Lotus.

“Perkara ini jika berpanjangan akan merugikan banyak pihak termasuk industri automotif dan sukan permotoran negara. Justeru, bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara adil, Tony kini sedang mempertimbangkan penjualan Team Lotus kepada PROTON ‘dengan harga sepatutnya’,” katanya.
Tony bersama dua lagi rakan perniagaannya, sebelum ini membeli Lotus Racing daripada Team Lotus Venterus Ltd (TLV), pemegang hak sukan dan jenama permotoran F1 Lotus, iaitu pasukan yang dibangunkan oleh David Chapman, pada September lalu.

Dua lagi pemiliknya ketika ini ialah Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamaruddin Meranun; dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Tiga tokoh perniagaan itu, kemudiaan menukar pasukan Lotus Racing kepada Team Lotus bagi perlumbaan musim baru F1 2011.

Pertikaian berhubung hak penggunaan jenama Lotus itu kini sedang didengar di Mahkamah Tinggi United Kingdom.

Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh, mengeluarkan kenyataan tidak akan membenarkan pasukan Lotus Racing menggunakan nama Lotus untuk berlumba pada musim 2011 memandangkan PROTON adalah pemilik jenama Lotus, dan akan menghalang penggunaan nama itu tanpa kebenaran serta menyekat penajaan.

Pertikaian perebutan hak penggunaan nama Lotus itu bukan baru kerana sebelum Group Lotus, sebelum dibeli PROTON, pernah mencabar hak penggunaan nama Lotus yang dimiliki TLV itu di mahkamah sejak 1996, namun gagal.

Lotus Racing, kata sumber, adalah entiti asing yang dikendali dan diuruskan oleh pihak pengurusan dan pemilik berbeza yang lengkap dengan logo korporat yang berlainan.

sumber: Berita Harian
2 comments

Lagi Koleksi Kereta Peronda Polis?



Beberapa hari lepas, saya memaparkan beberapa gambar mengenai kereta peronda PDRM, setelah saya melawat carigold.com, terdapat beberapa lagi koleksi kereta peronda PDRM, dari jenis low cost sehinggalah yang canggih. Mungkin anda mempunyai info mengenai ini?




4 comments

Panas! Exora Pelik Di Gudang!



Prodas memaklumkan kepada kita semua melalui ruangan komen blog ini tempoh hari mengenai Exora pelik ini. Kelihatan sudut darjah ketinggian Exora ini lebih rendah. Menurut ruangan komen blog Prodas, Exora ini digunakan sebagai mule test untuk pembangunan model Persona R di mana Exora ini diuji mengenai rintangan angin dan enjin. Ia juga bukanlah Exora FL.



81 comments

Satria Neo akan dieksport ke Jepun


Selepas berakhirnya KLIMS 2010, Pelancaran Saga FL, Satu lagi berita menarik di mana satu syarikat Jepun di petik pada 15hb lalu ingin mengimport dan menjual performance base car Proton iaitu Satria Neo. Ini merupakan susulan kejayaan Satria Neo memenangi beberapa siri rali peringkat antarabangsa baru-baru ini.

Satria Neo dijangka dijual pada harga RM60 ribu ringgit. Satria Neo S2000 juga akan dipamerkan pada pertunjukkan Tokyo Auto Saloon 2011. Syarikat talaan Proton iaitu R3 juga akan membuat kemunculan di sana dengan Satria Neo R3.

Satu perkembangan baik untuk Proton apabila sudah ada peluang untuk memasuki pasaran Jepun. Ini merupakan satu pengiktirafan untuk mereka kerana kita tahu Jepun telah lama maju dalam pembuatan kereta. Lepas ni bolehlah kita lihat mat-mat Jepun pakai Satria Neo lumba dekat Shuto highway dengan GT-R.(Via HD2)

artikel ini dipetik dari forum Carigold.com dan http://response.jp/article/2010/12/16/149392.html
15 comments

PROTON cadang keluar kereta sport

gambar hiasan - Proton Lekir di KLIMS 2010


Syarikat automotif rancang model mirip Lotus

PROTON Holdings Bhd bercadang mengeluarkan kereta sport mirip Lotus dengan dua tempat duduk dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengurus Besar Perancangan Korporatnya, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali, berkata kereta sport keluaran syarikat automotif nasional itu bukanlah jenis hatchback seperti keluaran PROTON Satria Neo.

Ia dalam perancangan ketika ini. Kita tengok dalam tempoh setahun atau setahun setengah, katanya kepada media selepas memberikan bantuan beg sekolah kepada 47 anak yatim dari rumah Balqis pada Karnival PROTON di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Badrulhisham berkata, sebagai langkah meningkatkan jualan dan prestasi PROTON, pihaknya akan memperkenalkan model kereta baru setiap lima tahun.

Beliau berkata, contoh terdekat adalah keluaran PROTON Saga yang mana PROTON akan memperkenalkan platform terbaru untuk kereta itu dalam tempoh lima tahun.

Sekarang ini, PROTON Saga menggunakan platform atau chasis PROTON Savvy dan ia digunakan sejak lapan tahun lalu.

Komitmen PROTON seterusnya adalah meningkatkan mutu kereta keluaran kami, kami akan menukarkan kereta baru bagi PROTON Saga bagi tempoh setiap lima tahun.
Beliau berkata PROTON Saga FL adalah versi yang ditingkatkan untuk pengguna hasil daripada maklum balas pelanggan yang inginkan kelainan dan pihaknya menerima tempahan 1,000 unit untuk kenderaan itu.

PROTON Saga FL adalah model kereta sub-compact yang mempunyai 1.3 silinder enjin Campro berharga RM37,548 hingga RM44,998.

Bagi PROTON Inspira pula, katanya pihaknya akan memperkenalkan model dipertingkatkan melalui edisi terhad PROTON Inspira.

Katanya, kenderaan itu akan melalui beberapa tambahan aksesori termasuk skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas.

Malah, katanya, hasil maklum balas, pengguna menyukai PROTON Inspira yang berkapasiti 2.0 silinder berbanding model 1.8 silinder dan perkara itu adalah diluar jangkaan pihaknya.

PROTON Inspira adalah pertukaran teknologi dengan Mitsubishi bagi model Lancer dan PROTON memperkenalkan model itu yang berkapasiti silinder 1.8 dan 2.0, berharga antara RM78,999 dan RM 91,999 seunit - BERNAMA
3 comments

PDRM Guna Naza Forte?



Saya dimaklumkan mengenai gambar ini sebentar tadi. Nampaknya Pihak PDRM menggunakan model Forte sebagai kenderaan jabatan mereka. Sebelum ini kita lihat PDRM menggunakan Mitsubishi Lancer di lebuh raya. Forte ini nampak lebih garang dan sangat sesuai digunakan di lokasi-lokasi elit. Saya terbayang jika Proton Tuah juga jadi begini.. hehehe. Jika kita perhatikan ia dah jadi macam Polis Amerika pun ada, nampak moden dan canggih kerana padanan warna dan rekabentuk serta aksesori yang ada. Saya rasa ini betul dan bukan untuk tujuan penggambaran seperti drama Gerak Khas.. hahaha.





6 comments

Jom Kenali Enjin Proton

Kita semua mungkin dah mengenai barisan model Proton dari awal lagi. Kali ini saya membawa anda semua untuk mengenali pula enjin-enjin keluaran Proton sendiri. Kita sedia maklum enjin Proton yang popular dikatakan ialah Campro, sebenarnya kalau ikut perkembangan semasa Proton mempunyai 4 jenis variasi enjin iaitu Campro biasa yang popular dengan torque dip, Campro IAFM yang jimat minyak, Campro CPS+VIM yang mantap dan Campro CFE dikeluarkan pada tahun depan.

Campro biasa mula digunakan pada model sendiri Proton seperti Gen2 1.6 1st model, Gen2 1.3, Satria Neo, Waja dan Saga 1.6 (teksi). Campro IAFM pula digunakan pada model Persona dan Saga 1.3. Campro CPS+VIM digunakan pada model Exora, Waja CPS, Gen2 facelift dan Satria Neo CPS. Campro CFE dikatakan akan digunakan pada model Exora facelift sebagai permulaan dan Satria Neo R3 diikuti model-model facelift bermula tahun hadapan. Campro CFE ini dikatakan lebih jimat bahan tenaga disamping prestasi yang lebih baik berbanding adik beradik Campro yang lain.

Selain itu, Proton juga membangunkan kenderaan Hybrid dan elektrik seperti Emas, Exora dan Saga EV. Cuma model Savvy dan Waja 1.8 menggunakan enjin renault manakala Waja 1st model, Perdana dan Inspira menggunakan enjin Mitsubishi. Model Inspira mungkin juga akan guna Campro CFE kelak. Jom kita tengok beberapa gambar enjin keluaran Proton.

Campro IAFM






Campro CPS + VIM






Campro CFE





Gambar sumber dari sembang-auto.com
0 comments

DRB-Hicom, Volkswagen AG setuju pasang kenderaan di Pekan

DRB-HICOM Bhd akan mula memasang dan mengeluarkan model terbaru Volkswagen Passat dan Jetta untuk pasaran tempatan menjelang akhir tahun depan menerusi kemudahan pengeluaran automotif miliknya di Pekan, Pahang.

Ia dicapai susulan termeterainya perjanjian perjanjian pelesenan dan pakatan antara DRB-Hicom Bhd dengan Volkswagen AG (VW), pengeluar kereta terbesar Eropah yang berpangkalan di Wolfsburg Jerman, di Kuala Lumpur, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau optimis pakatan strategik antara kedua-dua syarikat memasang dan mengeluarkan kenderaan jenama Jerman itu akan membantu Malaysia menjadi hab automotif di rantau ini.

Katanya, kerjasama yang membabitkan pelaburan permulaan hampir RM1 bilion itu, turut memperlihatkan komitmen dan keyakinan tinggi Volkswagen terhadap persekitaran pelaburan dan perniagaan di Malaysia.

“Kadar kemasukan pelaburan syarikat multinasional yang disegani ke dalam pasaran Malaysia menunjukkan bertambahnya keyakinan pelabur asing dalam ekonomi negara yang sentiasa mengetengahkan dasar mesra pelabur,” katanya ketika berucap sebelum menyaksikan majlis memeterai perjanjian berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, DRB-Hicom diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil; sementara itu VW diwakili Ketua Bahagian Jualan China dan Asean, Wei Ming Soh.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Musta-pa Mohamed; Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza; Ke-
tua Pegawai Kewangannya, Datuk Lukman Ibrahim; Ahli Lembaga Pengurusan Jualan
dan Pemasaran VW, Christian Klingler; dan Naib Presiden Kanan Pemasangan Luar Negara VW, Dr Christof Spathelf.

Najib berkata, kemasukan VW yang akan membawa kepakaran dan teknologi termaju kumpulan itu, justeru membantu menambahkan lagi nilai rangkaian industri automotif tempatan.

Menerusi kerjasama itu, dua model Volkswagen yang dipasang DRB-Hicom itu, akan turut dieksport untuk pasaran ASEAN mulai 2013.

Mengulas perkembangan itu, Mohd Khamil berkata, susulan pakatan berkenaan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyuntik sejumlah RM1 bilion sebagai pelaburan permulaan.

“Daripada RM1 bilion pelaburan itu, 70 peratus akan dibuat oleh DRB-Hicom, manakala bakinya akan disuntik VW, dengan majoriti pelaburan itu digunakan untuk pemasangan infrastruktur pengeluaran di kemudahan DRB-Hicom di Pekan, manakala selebihnya untuk program latihan dan kawalan kualiti,” katanya.

Sementara itu, Lukman berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama membangunkan program vendor khusus dalam mengeluarkan komponen tempatan untuk dipasangkan dalam model berkenaan.

“Menerusi program vendor itu, DRB-Hicom dan VW akan membantu vendor tempatan membangun dan mengeluarkan komponen menepati piawaian kualiti, sekali gus berupaya menurunkan dengan ketara harga kereta itu,” katanya sambil menambah pihaknya menyasar mengeluarkan kira-kira 40,000 unit kereta Volkswagen setahun.
0 comments

Enjin Campro Turbo (Campro CFE)

PROTON merancang mengeluarkan pelbagai varian kereta menggunakan Enjin Campro Turbo(Campro CFE) tahun depan. Enjin berkenaan memberikan pacuan kuasa kuda lebih tinggi berbanding enjin campro sedia ada.

DSZ cakap “Ini disebabkan ramai pengguna mahukan kuasa lebih tinggi untuk kereta mereka dan kami sudah menggiatkan pengeluarannya sejak dua tahun lalu. Persiapan sudah dibuat dan kereta yang akan menggunakan enjin campro turbo dikeluarkan tahun depan.”

Selain itu, beliau berkata Festival PROTON 1Malaysia yang sedang berlangsung sekarang antara acara penutup sempena ulang tahun ke-25 PROTON dan ia membabitkan pameran bergerak yang memperagakan model kereta PROTON dari dulu dan masa kini. Pameran berkenaan akan diadakan di 11 lokasi seluruh Semenanjung bermula di Stadium Indera Mulia di Ipoh membabitkan 180 peserta dan 60 kereta PROTON, termasuk 25 kereta rasmi kelab kereta PROTON. PROTON juga akan memberi tumpuan terperinci terhadap pengukuhan jenama dan teknologi dalam persiapannya untuk menembusi lebih banyak pasaran luar negara.

Mengulas mengenai Festival PROTON 1Malaysia, beliau berkata, matlamat utama acara selama dua minggu itu adalah bagi membuka mata rakyat Malaysia mengenai pencapaian sebenar PROTON berikutan masih ramai kurang faham mengenainya.

Mengenai pengeluaran kereta hibrid beliau berkata, syarikat kini sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk menghasilkan model kereta itu. Kami akan membina kereta hibrid bagi kegunaan kerajaan dan sebagai permulaan ia akan digunakan di Putrajaya dan Cyberjaya.
Sumber: Berita Harian
0 comments

PROTON INSPIRA bukan bermakna Proton mengundur ke belakang!



Temubual Eksklusif dari Pengerusi Proton Holding berhad, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

APPRECIATE MALAYSIA CAR MAKER

DIRINYA pernah ‘dimalukan’ di depan khalayak ramai. Kualiti produk syarikat yang diterajui dipersoalkan apabila kereta keluaran Proton ditolak oleh sebuah rumah kebajikan ketika mahu didermakan.

“Ini berpunca daripada trauma kualiti buruk Proton yang masih berlegar di ingatan para pembeli,’’ kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Beliau merupakan orang kuat Proton yang sebelum ini pernah bersama-sama syarikat itu pada awal hingga pertengahan 1990an, sebelum dipanggil semula oleh kerajaan pada 1 Januari 2008.

Tegas Nadzmi, kenderaan Proton sebenarnya sudah jauh lebih baik kualitinya sehingga turut diakui oleh syarikat asing termasuk Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dari Jepun.

‘‘Sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Proton, ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam satu malam tetapi sebaliknya secara beransur-ansur,’’ kata beliau kepada Wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD di rumahnya.

Dalam temu bual itu, beliau berkongsi pandangan tentang prestasi, cabaran dan masa depan syarikat yang prestasi kewangannya bertambah baik selepas pada suatu ketika dahulu mengalami kerugian selama tiga suku tahun berturut-turut.
Kini hampir dua tahun Datuk Seri menyertai semula Proton.

Ramai yang sebelum ini menyatakan kehadiran itu bertujuan mengembalikan syarikat ke ‘pangkal jalan’, apa kata Datuk Seri?

Proton sebenarnya bukanlah syarikat yang teruk prestasinya (bermasalah besar kewangan), saya pernah memulihkan syarikat yang lebih teruk, Mara Holdings dan Parkway Bhd. Syed Zainal (Pengarah Urusan) dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk Proton. Pihak pengurusan hanya perlu sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Keadaannya, macam pertandingan badminton juga, cuma kehendak rakyat kita tidak munasabah, hendak menang semua kejohanan. (Kita patut berbangga), pemain Malaysia, sekurang-kurangnya, kini menjadi pemain nombor satu dunia.


Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian Proton sekarang?

Proton sudah ada peningkatan. Pihak pengurusannya telah banyak melakukan perubahan positif sehingga mencatatkan prestasi kewangan lebih baik. Semua pihak (lembaga pengarah dan pengurusan) sentiasa berganding bahu untuk memajukan Proton dengan lebih cepat ke arah memastikan masa depan Proton terus kukuh.

Sejauh mana tahap penguasaan pasarannya sekarang?

Kami kini menguasai 29 peratus pasaran. Pada tahun ini, kami berjaya mencatatkan jualan tertinggi berjumlah 580,000 buah. Kami perlu pertahankan dan meningkatkan penguasaan ini dengan melaksanakan strategi meluaskan model-model baharu termasuk bekerjasama dengan pengeluar pengeluar peralatan asli (OEM) yang lain. Mengapa kami perlu membiarkan peluang berkerjasama (direbut oleh pihak lain) sedangkan ia adalah bisnes kita?

Proton, baru-baru ini dihentam kerana menjenamakan semula (rebadge) Mitsubishi Lancer kepada Proton Inspira. Apa komen Datuk Seri?

Kami mempunyai model pengeluaran yang dibahagi kepada dua iaitu model induk dan model bukan induk yang melibatkan jualan model bukan berskala ekonomi. Dalam model bukan induk, contohnya adalah kereta Inspira.

Jika kami mahu keluarkan kereta model baharu, Proton memerlukan kos yang besar. Jadi, dalam kes kereta Inspira, kami bekerjasama dengan MMC supaya kosnya rendah dan kita juga meraih jualan yang baik.

Untuk apa kami melabur besar-besaran sekiranya untungnya kecil. Lagipun, produk kami lebih mudah untuk dipasarkan, kalau tidak laku pun, kami boleh undur diri dengan lebih cepat. ini adalah keputusan perniagaan.

Ini adalah pendekatan biasa yang bukan hanya dilakukan oleh Proton tetapi juga semua pengeluar kereta dunia seperti Ford dengan Mazda, Nissan dan Renault. Dengan cara ini kita dapat mengeluarkan model bukan induk yang mungkin tidak besar jualannya tetapi mampu diraih manfaatnya.

Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?

Saya tidak mahu komen mengenainya.

Benarkan usaha menjenamakan semula ini akan menghilangkan identiti Proton sebagai pengeluar kereta nasional?

Tidak dinafikan bahawa model asas Inspira adalah diambil daripada model (Mitsusbishi) Lancer tetapi reka bentuk dan gayanya telah diubah supaya lebih kepada ciri-ciri keluarga Proton. Kami juga mewujudkan beberapa spesifikasi baru yang tiada padanya seperti penggunaan pengelap cermin (wiper), lampu dan paddle shift.

Inspira juga dipasang di kilang di mana model Proton Exora dikeluarkan dan MMC sendiri memperakui model yang kami pasang adalah lebih baik berbanding yang diimport. Malah, pemanduan dan pengendalian menggunakan kepakaran Lotus. Ini menjadikan Inspira lebih menyerlah. Langkah itu juga bukan makna Proton mengundur ke belakang tetapi ia menjadi strategi Proton memajukan model secara bersendirian dan menambah model-model baru bukan induk melalui kerjasama syarikat pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Jadi, ini bermakna Proton Inspira akan menjadi langkah pertama untuk usaha yang sama pada masa depan?

Penjenamaan semula model adalah amalan yang lazim di dunia, tiada bezanya dengan Proton. Saya boleh nyatakan di sini, kerjasama itu tidak terhad kepada MMC sahaja.




sumber : Prodas
0 comments

Proton Persona “R” – Akan Dilancarkan Pada 2012

video

Semalam terdapat pengunjung blog ini yang keliru dengan artikel saya mengenai Tuah sebagai Persona R. Saya dengan hati terbuka menerima pandangan dan komen anda dan saya akan menambahbaik blog ini untuk masa depan.

Untuk itu, saya upload Buletin Utama yang memaparkan temubual Bos Proton mengenai Persona R. Beliau berkata Persona R dijangka dilancarkan pada 2012. Persona R adalah salah satu daripada model Pahlawan di KLIMS 2010. Model Tuah menjadi model paling mendapat perhatian pengunjung ketika itu. Saya harap video ini dapat menjawab kekeliruan anda semua.

Seperti kata sesetengah pengunjung blog ini, blog saya bukan saingan untuk Paultan.org kerana tujuan saya hanya untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap produk tempatan. Saya juga sebenarnya berharap Proton,Perodua, Naza dan beberapa Syarikat Automotif tempatan dapat juga mendengar dan melihat pandangan, keluhan dan komen yang membina dari pengunjung blog saya ini. harap maklum.
3 comments

PROTON pasang tingkap elektronik


Autov bangun ‘anti-trap’ bagi Persona R

PEMBEKAL sistem tingkap elektronik Tier-1 PROTON, AutoV Corporation Bhd akan membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ menggunakan teknologi terkini Continental AG, iaitu pengeluar sistem automotif dari Jerman dan ArvinMeritor yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Tingkap elektronik itu dibangunkan khusus untuk dipasang pada Persona R, iaitu model yang mendapat sentuhan Italdesign-Giugiaro SpA dari Itali yang akan dilancarkan PROTON pada 2012 bagi menggantikan Persona sedia ada.
Bagi tujuan kerjasama pembangunan itu, AutoV semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co Ltd dan ArvinMeritor LVS Co Ltd.

Bercakap pada majlis memeterai MoU itu di Shah Alam, Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata menerusi MoU itu, Continental Automotive Systems Shanghai akan membekalkan perisian elektronik kepada AutoV untuk digunakan dalam membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ itu, manakala motornya akan dibekalkan ArvinMeritor LVS.

“Tingkap elektronik yang akan dihasilkan nanti akan memiliki logik yang mana sejurus mengesan halangan, ia secara automatik dibuka semula dan membenarkan objek dialihkan,” katanya sambil menambah ciri itu kebiasaannya di pasang dalam kenderaan keluarga dan amat berguna bagi melindungi jari kanak-kanak daripada kecederaan.

Syed Zainal berkata, kerjasama itu adalah antara langkah memastikan hanya peralatan berkualiti dipasang pada model PROTON pada masa depan, selaras aspirasi kumpulan menghasilkan kenderaan berkualiti eksport.

ArvinMeritor adalah pengeluar utama selak, regulator dan motor tingkap untuk kenderaan. Ia mempunyai lebih 100 kilang pengeluaran di 24 negara dengan mendapat sokongan teknikal dari Perancis, Jerman, United Kingdom dan AS.
Continental adalah pengeluar utama tayar, sistem brek, sistem keselamatan dan komunikasi dengan kemudahan di AS, Eropah dan Asia dengan disokong 18 kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

AutoV terbabit dalam perniagaan teras antaranya mengeluar, memasang dan membangun sistem regulator tingkap, wiper, washer dan hon.

Ia membekal sistem tingkap elektronik kepada tiga model PROTON iaitu Exora, Persona dan Waja.

Sementara itu, pada majlis semalam AutoV diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Bernard Kong; ArvinMeritor LVS oleh Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Lansing Lin; manakala Continental Automotive Systems Shanghai oleh Naib Presiden Bahagian Badan dan Keselamatannya, Werner Koestler.

sumber : Berita Harian
0 comments

PROTON sasar jual 6,500 Saga FL setiap bulan


SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.

Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.

Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.

Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA
0 comments

Myvi 1.5 lagi?



Kali ini lebih jelas lagi dari gambar yang sama post sebelum ini. Nampak pelik sikit bumper belakang, mungkin belum siap sepenuhnya.
3 comments

Festival Proton 1Malaysia Sempena 25 Tahun Proton



Saturday at 8:00am - December 31 at 11:30pm

Semua Rakan2 Prosboc & Kelab2 Proton dijemput meraikan bersama:

- 60 buah kereta dengan 25 kereta kelab2 rasmi proton
- Event2 menarik di tapak festival (mini carnival, autoshow, kuiz etc)
- Festival bermula 10am - 6pm di tempat bertanda *

Aturcara Karnival:

1000am – 1200pm Stage Activities
1200pm – 0100pm Convoy Cars Arrives
0100pm – 0200pm Presentation of State Sticker by VIP
0100pm – 0200pm Presentation of donations to orphanage
0100pm – 0600pm Auto Show
0200pm – 0300pm Stage Activities (Clown Show & Quizzes)
0300pm – 0400pm Artist Meet & Greet Session
0400pm – 0600pm Artist Performances
0700pm – 0800pm Prayers, Rest & Relax

Aturcara Konvoi:

18 Dis [Sat] Shah Alam ke Ipoh [Stadium Indera Mulia]*
19 Dis [Sun] Bukit Merah ke Alor Setar [Star Parade Shopping Center]*
20 Dis [Mon] Alor Setar Kangar [Dataran 350]*
21 Dis [Tues] Penang Penang [Jalan Padang Kota Lama]*
22 Dis [Wed] Banding Kota Bharu [Dataran Stadium Sultan Mohd]*
23 Dis [Thur] Kota Bharu Kuala Terengganu [ Dataran Shahbandar]*
24 Dis [Fri] Kuala Terengganu - Kuantan
25 Dis [Sat] Rest Day
26 Dis [Sun] Kuantan - [Stadium Darul Makmur]*
27 Dis [Mon] Segamat - Batu Pahat [Dataran Penggaran]*
28 Dis [Tues] Melaka Event di Dataran Taming Sari *
29 Dis [Wed] Melaka - Seremban – Nilai [Dataran Nilai]*
30 Dis [Thur] Seremban - Klang Valley
31 Dis [Fri] Shah Alam - Dataran Merdeka - COE Shah Alam

sumber : FB Prosboc
2 comments

2011 Proton Saga FL launched in Malaysia! (LIVE)



Jika artikel sebelum ini saya menulis sedikit sebanyak info mengenai Saga FL, kini kita lihat sama-sama Saga FL live yang dilancarkan pada hari ini. jom tengok!!








































68 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger