Terkini : Proton Saga FL (live) @ Thai Moto Expo 2010!!



Kali ini saya kongsikan dengan anda semua wajah baru Proton Saga di Thailand. Ia dilancarkan di Thai Moto Expo 2010. Perubahan drastik yang dilakukan oleh Proton ternyata memberi impak besar terhadap model ini. Apa yang kita lihat bahagian ketara dibahagian depan amat berbeza dari model asal Saga.

Lampu depan yang lebih lebar dengan bumper yang juga merupakan trademark pada model Exora,Emas dan Persona R (clay model) ternyata pada masa ini Proton mempunyai satu pendirian identiti untuk masa mendatang. Ruangan fog lamp untuk model B line tidak seperti model terdahulu. Ia mungkin boleh ditambah jika kita membeli model B line. Bonet hadapan rendah dibahagian tengah membuatkan model ini tidak kelihatan tinggi atau lonjong. Saya juga tertarik dengan rim 14 rekaan baru lebih up to date berbanding rim asal.

Bumper belakang juga diubahsuai supaya kelihatan lebih lebar mata memandang dengan lampu LED yang bersaiz kecil ditambah dengan spoiler. Pemantul cahaya kecil juga menarik perhatian pengguna kerana ia mencerminkan sesebuah kereta sedan. Apa yang kita nampak exzos ditambah mufler dan signal sisi pada cermin sisi.

Bahagian interior tidak menunjukan perubahan ketara namun jika kita perhatikan pada stereng ditambah sistem kawalan radio. Radio Clarion pula boleh memainkan format muzik mp3 dan wma beserta dengan USB port dan AUX tambahan. Tempat duduk diberi corak fabrik baru termasuk pada pintu. Bagi high model Keempat-empat pintu adalah menggunakan power window dan SRS airbag bagi penumpang dan pemandu di depan.

Ternyata Saga fl ini kelihatan lebih menawan berbanding Saga sebelum ini. Saya juga berasa teruja dan pasti akan menjadi pengunjung terawal di KLIMS 2010 nanti kerana Proton akan membariskan model-model terbaik mereka. Apa yang saya dengar khabar sebelum ini, model sedia ada telah dihentikan pengeluarannya untuk mengeluarkan model saga ini. Saya juga belum dapat kepastian sama ada model yang dilancarkan di Thailand ini sama dengan Saga di KLIMS nanti.
























anda juga boleh melayari gambar studio Saga ini di sini
5 comments

Saga facelift @ Thailand Motor Expo!!


Info terbaru ini baru saya perolehi. Proton Saga FL telah dilancarkan di Thailand. Nampak lebih menarik. Saya akan update dari masa ke semasa. jom layan...








8 comments

Proton Tampilkan Pameran Terbesar Di KLIMS 2010

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Sempena meraikan ulangtahun bersejarahnya yang ke-25 dalam dunia automotif, Proton Holdings Bhd akan mengadakan satu pameran terbesar di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) akan diadakan tidak lama lagi.

Acara itu akan berlangsung mulai 3-12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pengarah urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton akan mempertontonkan 20 kenderaan, termasuk kereta-kereta konsep, kereta pertunjukan, kereta lumba dan kenderaan elektrik di petak pamerannya.

Sudah 25 tahun Proton berkecimpung dalam industri ini dan pameran di KLIMS ialah untuk berkongsi kejayaan syarikat dengan semua rakyat Malaysia, kata beliau dalam kenyataan di sini Isnin.

Booth Proton adalah seluas 1,500 kaki persegi dan bakal mempersembahkan 20 kenderaan termasuk 8 concept & show cars. Bakal menjadi tarikan utama di booth tersebut ialah Saga EV (electric vehicle), Exora Extended Range EV, EMAS concept hybrid, Satria Neo S2000 termasuk kereta konsep dari Lotus yang telah dipamerkan di Paris baru-baru ini. Jumlah kereta konsep Lotus yang bakal dipamerkan masih lagi dirahsiakan tetapi Lotus Esprit antara yang bakal dipertontonkan di sana.

Selain itu Proton juga akan membuat “live styling studio” di sana & berkemungkinan kita dapat menyaksikan bagaimana cara rekaan kereta Proton dibuat.

Menurut Syed Zainal, petak pameran di KLIMS 2010 akan turut mengetengahkan hala tuju Proton di masa depan, sekali gus memberikan para pelawat maklumat beberapa kecanggihan teknologi terbaru dan kenderaan yang sedang dibangunkan.

“Bidang utama yang kami ingin profilkan juga ialah pemilikan teknologi. Kami berharap para pelawat boleh melihat, memahami dan menghargai aplikasi yang melangkaui perekaan model-model kenderaaan baharu,” jelas beliau.

Proton akan turut mengadakan butik gaya hidup di mana pelawat boleh mendapatkan produk syarikat dan sebuah studio gaya secara langsung yang membolehkan pemilik menyesuaikan kereta Proton mereka sendiri.

sumber maklumat:BERNAMA/Prodas

1 comments

Koleksi Gambar Terkini Saga Facelift

Saya menjangkan Saga ini bakal jadi 'goreng pisang panas' selepas pelancarannya pada KLIMS 2010 nanti. Perubahan drastik ini sangat mengujakan! beberapa pembaharuan dibuat supaya kereta ini lebih sedap mata memandang, ditambah pula dengan penambahbaikan pada prestasi enjin. beberapa aksesori dalaman turut ditambah untuk memenuhi citarasa pengguna masa kini. Apa pula pendapat anda?

1 comments

Exora Misteri ditemui lagi!

Kali ini saya ingin kongsi bersama anda semua dengan kemunculan Exora misteri ini. Ia ditemui di jalan Cameron Highland. Adakah ini yang dimaksudkan dengan softroader yang bakal dipamerkan di KLIMS 2010 nanti? Kita semua tahu Proton dengan Youngman akan membangunkan SUV.

11 comments

Clay Model Persona R?

Menurut blog funtastickodesign, clay model di atas merupakan pengganti Persona kelak. Ia telah dipamerkan di Festival Innovatif 2010. Reka bentuk mempunyai ciri masa depan Proton seperti Emas dan Saga facelift. Kemungkinan model ini akan dipamerkan di KLMIS 2010.
4 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger