Lagi SPYSHOTS Exora CFE CVT oleh bro SagaKNIGHT!!!


sumber : funtastickodesign


SPYSHOTS terkini Exora CFE CVT!!! Gambar ini berjaya dirakam oleh bro SagaKNIGHT tadi, menurutnya Exora ini ditemui di Puchong Perdana. Dari segi luaran masih Exora biasa cuma tailight dari Exora Prestige, dalaman pun sama dengan Exora biasa cuma tiada seat baris ketiga & mpv ni ada brake disc di belakang. Terima kasih bro SagaKNIGHT sebab berkongsi gambar & info ni bersama kita. Nampaknya semakin hampir la pelancaran Exora turbo yang ditunggu2.
0 comments

Lagi beberapa gambar exterior, Interior dan enjin Proton Inspira!

Beberapa gambar Inspira meliputi luar, dalam dan enjin untuk kita lihat semua.


1 comments

Sebenar Proton Saga Facelift 2010!

Sehari dua ni saya sedikit sibuk, namun selepas saya melawat blog funtasticko, ternyata beberapa berita terkini yang ingin saya kongsikan dengan anda semua iaitu wajah sebenar Proton Saga 2010.


Lampu depan timbul seperti model camry atau Honda pun ada. cukup memenuhi citarasa! ditambah dengan bumper depan berwajah baru yang mana gambaran identiti Proton seperti model Exora dan Inspira. Bahagian belakang kita nampak lampu sedikit pendek dimana tiada lagi lampu tiga tingkat sebelum ini dan ia adalah lampu LED. Bonet depan tidak lagi tinggi tapi telah rendah ditengah.











27 comments

New Proton Saga Facelift!



Kali ini aku kongsikan beberapa gambar Proton Saga New Facelift. Perubahan ketara pada Saga dari exterior dapat kita lihat depan dan belakang. Di dalam juga kita lihat steering baru, Airbag untuk penumpang. Jom layan..








sumber : paultan.org

0 comments

Harga Rasmi Proton Inspira




1 comments

Myvi 2011 Road Test?



Gambar ni merupakan Toyota Passo/Daihatsu Boon aka Myvi 2011 sedang dipandu uji sekitar lebuh raya selatan tanah air berhampiran Sepang. Saya berpendapat, model yang sedang dipandu uji ini adalah model dengan enjin 1.5cc. Ini adalah design asal Toyota/Daihatsu. Mungkin selepas ini, Perodua akan melakukan road test untuk rekabentuk pula.
5 comments

Proton Inspira Dibuka Untuk Tempahan



*Gambar-gambar Inspira dibawah artikel ini

Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.

"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November.

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Proton menyasar menjual 1,600 unit Inspira sebulan.

"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran."

Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.

- Bernama













sumber : Bernama / Paultan
4 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger