Lotus Racing Kini dikenali Team Lotus dan sah Milik Malaysia



PASUKAN Lotus Racing mencapai kemuncak penubuhannya apabila secara rasmi mengumumkan pengambilalihan sepenuhnya Team Lotus Venturess Ltd, pemegang hak sukan permotoran Lotus.

Prinsipal pasukan, Datuk Seri Tony Fernandes pada sidang akhbar khas di Singapura menjelang Grand Prix Singapura hujung minggu ini, berkata secara rasmi pasukan ini akan dikenali sebagai Pasukan Lotus (Team Lotus) bermula musim Formula Satu (F1) tahun depan.

"Selepas setahun kita berlumba, pada hari ini saya mengumumkan pasukan ini akan dikenali sebagai Pasukan Lotus bagi mengembalikan status dan meneruskan kegemilangan yang pernah diraih pasukan ini.

"Saya, Kamaruddin (Datuk Kamaruddin Meranum) dan Nasa (SM Nasarudin SM Nasimuddin) berjaya menamatkan transaksi pembelian itu dan sah kini, pasukan ini diurus dan dikendalikan sepenuhnya rakyat Malaysia," katanya.

Tony berkata, ia menjadi satu lagi detik gemilang buat pasukan Malaysia dalam saingan F1 kerana tidak lagi berada di bawah telunjuk mana-mana pihak seperti sebelum ini.

Pada masa sama, dia turut berharap, kejayaan transaksi ini dapat menamatkan segala masalah yang timbul berkaitan isu hak milik tanda niaga Lotus.

"Saya tidak menjangkakan akan timbul masalah kerana apa yang kami miliki kini adalah seratus peratus pasukan Lotus yang terbabit dalam sukan permotoran," katanya.

Pemilik asal pasukan Team Lotus, David Hunt, yang turut hadir pada sidang media itu semalam berkata, dia kini lega dapat menyerahkan bebanan meneruskan legasi keluarga David Chapman kepada pasukan yang sudah membuktikan kesungguhan dan kemampuan mereka.

"Saya berharap Team Lotus akan meraih kemenangan GP yang ke-80 tidak lama lagi bersama dengan pengurusan baru ini," katanya yang akan turut bekerjasama membantu pasukan ini.
0 comments

Gambar Terkini Waja Lancer!


Jutaan terima kasih kepada blogger yang semakin popular, funtasticko design kerana memberi info ini. semakin dekat hari pelancaran, semakin panas, semakin teruja kerana kita disajikan dengan pelbagai gambar pengganti Proton Waja ini. Seperti yang kita tahu sebelum ini, rekabentuk Waja 2010 ini adalah bercirikan sporty dan mewah seperti jenama VW.

Saya yakin pembeli Waja 2010 ini tidak terdiri dari golongan muda sahaja malah turut mempengaruhi pembeli berumur 45 tahun ke atas. Saya sendiri pernah interview beberapa pengguna yang ingin berkereta baru, mereka memberi jawapan untuk hold pembelian semata-mata menunggu Proton Waja ini. Faktor ini berlaku kerana Pihak Proton kini sedar strategi media berperingkat mampu mempengaruhi pengguna.

Rata-rata pengguna produk Proton terutama dari kalangan pengguna setia model Wira dan Waja menunggu kemunculan Proton Waja baru ini. Pada saya, sudah terlalu lama Waja perlu ada pengganti. Kini masa sudah tiba untuk Proton bertindak untuk model ini. jangan hold lagi kerana ia akan membuatkan pengguna beralih arah menggunakan produk lain.














3 comments

Unit turbo charger Proton dari Borg Warner



dipetik dari blog funtasticko design :
Setelah semalam Proton mengesahkan akan melancarkan enjin turbonya pada tahun depan, kini kita berpeluang buat pertama kalinya melihat unit turbo charger yang dipasang pada enjin tersebut. Unit turbo charger ini dibekalkan oleh Borg Warner & dihasilkan di China. Terima kasih kepada autoinsidermalaysia.blogspot.com kerana berkongsi gambar & info ini. Menurut sumber info dalamannya dengan adanya unit ini enjin 1.6 liter tersebut bakal mempunyai kuasa yang menyamai enjin 2.0 liter. Sumber dalamannya juga berkata enjin ini bakal menjana 150hp & 200Nm tork, tapi masih lagi belum disahkan kerana enjin ini masih lagi dalam peringkat ujian akhir ketahanan & kemampuannya. Difahamkan juga enjin ini dilengkapi sistem VVT untuk menaikkan kuasa enjin & pada masa yang sama menjimatkan penggunaan minyak. Diharapkan kita bakal menyaksikan enjin ini buat pertama kalinya di KLIMS bulan Disember nanti.

5 comments

Proton Satria Neo CPS Launching @ Indonesia


Sedikit gambar untuk dikongsi bersama ketika pelancaran Satria Neo CPS pada 20 September 2010 di Mall Kelapa Gading 3, Jakarta. Dihadiri juga oleh Qori Sandioriva, Putri Indonesia 2009.
Harga On The Road Jakarta : Rp. 188 juta (MT) dan Rp. 198 juta (AT).

2 comments

Proton akan melancarkan Exora Turbo awal tahun depan

Menurut info dari bernama , Proton bakal melancarkan enjin turbo mereka pada tahun hadapan & model pertama yang bakal menggunakannya nanti ialah Proton Exora. Bercakap pada wartawan selepas Mesyuarat Agung Tahunan mereka, Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal berkata enjin ini juga bakal digunakan oleh model-model akan datang Proton.

Selain itu, model pengganti Waja pula adalah model yang dihasilkan secara usahasama dengan Mitsubishi Motors. Sepertimana yang kita telah ketahui adalah berasaskan Mitsubishi Lancer GT. Harganya akan lebih tinggi disebabkan model ini menawarkan prestasi enjin & spesifikasi lebih baik daripada Waja sedia ada. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Proton juga bakal melancarkan sebuah model sedia ada yang dipertingkatkan (facelift) hujung tahun ini. Model tersebut adalah Saga facelift yang dijangka dilancarkan di KLIMS bulan Disember nanti. Proton juga sedang membangunkan teknologi hybrid & elektrik yang masih lagi dalam fasa R&D.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh pula menjelaskan mereka tidak bercadang menjual Lotus . Dengan adanya Lotus, Proton boleh mendapat pulangan yang besar di masa akan datang.
1 comments

TD2000 ke Thailand



KUALA LUMPUR, 15 September - TD kereta (Malaysia) Sdn Bhd telah memilih Thailand sebagai destinasi eksport terkini untuk kereta buatan Malaysia TD2000 klasiknya.

Syarikat ini baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan kereta Tycoon Co Ltd, yang telah dilantik sebagai pengedar Thailand.

'Menguruskan pengarah TD kereta Edward Teo berkata Thailand adalah tujuan untuk eksport 15 TD2000, yang dirakit oleh Aktiva cukai tangguhan Nasional Otomobil Sdn Bhd (Proton).

"Malaysia-membuat kereta kami telah berjaya mencetuskan minat di antara orang-orang dari seluruh dunia dan kami sangat gembira pada kesempatan ini untuk berkongsi konsep kita tentang memandu terbuka-top klasik di Thailand," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mobil ketua Tycoon Nontapak Sucher berkata syarikat bertujuan untuk menjual 20 atau lebih unit TD2000 di dalam tahun pertama pengenalan yang dijadualkan pada bulan Disember 2010.

"Dengan kombinasi keanggunan abadi, teknologi moden, prestasi dan kehandalan, TD2000 adalah klasik yang mengembalikan romansa zaman dulu," katanya.

TD2000 dilengkapi dengan 1.988 cc,-cam kembar, 130 kuasa kuda brek (bhp), mesin injeksi bahan bakar dan lima kelajuan transmisi manual atau automatik ditambah rem cakera pada semua roda.

Roadster TD2000 dibangunkan oleh syarikat Australia, Westmex Ltd, dan memulakan debutnya di Melbourne Motor Show pada tahun 1989.

Pada tahun 1998, sebuah konsortium Malaysia yang dipimpin oleh Teo membeli perkilangan dan hak intelektual dan mula pengeluaran komersial dari TD2000 direkayasa semula pada bulan April 2000 di Malaysia. - Bernama
0 comments

Syed Abdull Hafiz ke Naza

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Bekas Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua), Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi sebuah syarikat baru milik Kumpulan Naza.

Pelantikan beliau itu menamatkan spekulasi di kalangan pemain industri yang dapat menghidu kemunculan semula bekas orang nombor satu Perodua itu.

Syed Abdull Hafiz telah memulakan hari pertamanya di anak syarikat Kumpulan Naza itu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Syed Hisham Syed Wazir yang meletakkan jawatan selepas menerajui syarikat itu dan Naza Kia Services Sdn. Bhd., sejak Disember 2009.

Syed Hisham akan menjawat jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di UMW Toyota bermula Oktober ini.

Utusan Malaysia difahamkan syarikat baru yang diterajui Syed Abdull Hafiz itu akan menggantikan Naza Kia Sdn. Bhd., yang kini sedang bergelut dengan masalah dalaman.

Naza Kia adalah pengedar rasmi bagi kenderaan Kia Motors di Malaysia.

Menurut sumber itu, sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, ia dikhuatiri menjejaskan syarikat konglomerat automotif tempatan itu.

Malah, dalam laporan akhbar baru-baru ini, Kumpulan Naza kini sedang bersaing dengan Indonesia dan Vietnam bagi mengekalkan pengeluaran Kia di negara ini.

Dikhabarkan, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan pasukannya sedang berusaha mengekalkan pengeluaran kenderaan Kia meskipun berdepan dengan pelbagai tawaran menarik dari dua buah negara itu kepada prinsipal Kia Motors di Korea.

Difahamkan tawaran kepada Syed Abdull Hafiz itu dibuat oleh SM Nasarudin ketika beliau turut serta bersama delegasi perniagaan di Korea baru-baru ini.

Kebolehan dan kepakaran Syed Abdull Hafiz kini ditagih dengan mengambil kira kecemerlangannya di Perodua dan menaruh harapan beliau dapat menangani masalah yang dihadapi Naza Kia.

Kecemerlangannya di Perodua dengan menjadikan model MyVi sebagai model paling laris untuk beberapa tahun berturut-turut telah meletakkan kewibawaan syarikat tersebut setanding dengan syarikat automotif asing.

Dengan kemasukan Syed Abdull Hafiz ke dalam Kumpulan Naza beliau diminta untuk memfokuskan kepada model-model baru Kia bagi meningkatkan penguasaan jenama tersebut di negara ini.

Antara model-model terbaru yang akan dipasarkan ialah Kia Soul, Kia Optima, Kia Sorento dan Kia Sportage yang berwajah baru, selain Kia Forte yang dijual ketika ini.

Pemerhati industri automotif negara tidak menolak pelantikan Syed Hafiz bersandarkan penglibatan aktifnya sebagai 'orang besar' dalam Dewan Perniagaan dan Perdagangan Malaysia- Korea.

Utusan Malaysia diberitahu, penubuhan syarikat baru itu kini dalam proses dan ia akan menggantikan sepenuhnya operasi dan peranan Naza Kia.

info : utusan online
0 comments

Lotus Elite 2014



Model Lotus Elite 2014 ini mempunyai tempat duduk 2 + 2 dan paling menarik ianya bakal mempunyai pilihan enjin hibrid, perkara biasa bagi kereta moden yang bakal dikeluarkan pada tahun-tahun mendatang. Lotus Elite 2014 ini bakal ditayangkan di Paris Motor Show 2010. Apa yang boleh dikatakan, Lotus kian pantas dalam mengeluarkan model sport car dan supercar. Mungkin situasi baik seperti ini dapat memberikan nilai tambah kepada Proton, seperti Lotus Elite atau Lotus Evora dengan lencana Proton di depannya untuk pasaran Malaysia.




0 comments

Kejutan Dari Proton!


Kejutan dari Proton? nantikan sikit masa lagi..
0 comments

Proton Waja 2010 front view!



Kita digemparkan sekali lagi dengan penemuan misteri gambar Proton Waja 2010. Gambar kali ini lebih menarik kerana inilah kemungkinan rupa sebenar Waja 2010. Sangat menarik dan teruja apabila kita melihat jenama Proton menghasilkan semula Lancer kepada rekabentuk Waja. sangat berbeza. rekabentuk ini menunjukkan Proton setanding dengan pengeluar kenderaan terkemuka. Saya berpendapat, Proton perlu memperbaiki sedikit sebanyak model sedia ada dan Proton perlu tahu mereka dilandasan yang betul.

info : funtasticko design / carigold
2 comments

Toyota Corolla Altis 2010?



Jutaan Terima Kasih kepada pengunjung yang memberi maklumat ini. Toyota Corolla Altis facelift ini akan dilancarkan pada 23 September 2010 dengan varian 1.6E,1.8E, 1.8G dan 2.0V. Bagi varian 2.0V didatangkan dengan kelengkapan istimewa seperti High Intensity Discharge (HID) front headlamps dan Cruise Control. Berikut harga bagi Toyota Corolla Altis 2010 :

2.0V - RM131,990
1.8G - RM122,990
1.8E - RM112,990
1.6E - RM105,990















info : monfere
2 comments

Jadual Cadangan Perjalanan Hari Raya Oleh Pihak Plus

Jika semalam saya kongsikan artikel mengenai diskaun tol, hari ni saya kongsikan jadual cadangan perjalanan pergi balik kampung sempena Aidilfitri tahun ini. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai bersama keluarga tersayang.


0 comments

Jadual Kadar Diskaun Lebuh Raya

Sempena Hari Raya Aidilfitri 1431H yang akan kita sambut dalam beberapa hari lagi, saya kongsikan bersama jadual perjalanan balik kampung.

Pada masa kini, lebuh raya tidak seperti biasa ketika hari raya kerana kebanjiran pengguna kenderaan bertambah ekoran fenomena orang ramai mempunyai kenderaan sendiri.

Di sini disertakan juga jadual diskaun penggunaan tol untuk pengguna. Diharapkan dengan adanya jadual perjalanan dan diskaun dapat membantu pengguna lebuh raya balik ke kampung dengan selamat tanpa tekanan.

Diskaun yang diberikan adalah bermula 10% hingga 20%. Pengguna yang mempunyai kad plusmiles akan mendapat diskaun paling banyak. Perjalanan pulang ke kampung adalah satu detik yang dinanti-nanti bagi orang ramai kerana nikmat pulang ke kampung setahun sekali bagi yang jauh.

Dinasihatkan kepada pengguna lebuh raya supaya saling memahami kerana kemalangan paling banyak adalah melibatkan motorsikal. Justeru pengguna kereta dan mpv boleh prihatin dengan pengguna motorsikal. Pemanduan berhemah motorsikal dapat mengelakkan kemalangan di hari raya.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini denga ucapan selamat hari raya dan memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah silap selama ini. Semoga hari raya kalian semua baik dan hebat.

Salam Raya untuk anda semua dari Blog Adik automotive N Spyshot.

Ikhlas daripada :

Azelery Satu N Eva Nia N Family































1 comments

Proton Waja 2010 Sneak Preview on Buletin Utama TV3

Beberapa hari lalu di Buletin Utama, kita semua dapat saksikan serba sedikit wajah sebenar Proton Waja 2010. Di sini saya kongsikan sekali lagi beberapa gambar wajah sebenar Proton Waja untuk kita semua. Kepada yang berminat boleh mula tinjau-tinjau ke kedai Proton terdekat lepas raya lebih kurang dalam Oktober ini.



















7 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger