PANAS : Spyshots Exora CFE CVT di Genting Highlands!!!



Gambar-gambar Exora ni diambil di blog funtasticko. menurut blog tersebut, Exora ini sedang diuji dari segi enjin dan sistem gear. Terdapat juga perubahan kosmetik pada luaran di bumper hadapan dan sedikit di lampu belakang. Sama-samalah kita nantikan spyshot akan datang.






9 comments

Proton Yakin Model Barunya Akan Tingkatkan Jualan


SHAH ALAM, 25 Ogos (Bernama)-- Proton Holdings Bhd yakin model baharu yang akan menggantikan Waja dan model "facelift" yang bakal dilancarkan pada bulan Disember akan meningkatkan jualannya pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata model faceliftnya yang baharunya akan diperkenalkan semasa Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang akan diadakan pada awal bulan Disember.

"Model-model ini akan memberi perubahan yang bakal meningkatkan jualan pada tahun ini," kata Syed Zainal Abidin kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen keselamatan dan kesihatan di jalan raya dan tempat kerja di sini pada Rabu.

"Bagi model baharu, pelancaran tidak rasmi akan diadakan selepas hari raya, kita telah buat pengeluaran ujian, kita pun sudah membuat ujian di jalan raya dan juga di kilang-kilang," kata Syed Zainal Abidin.

Apabila ditanya model facelift yang bakal dilancarkan, beliau enggan menamakan model tersebut.

"Biarlah model Facelift itu menjadi debaran tetapi saya boleh memberitahu anda ia adalah salah satu model kereta popular kami dan daripada apa yang telah saya lihat pada facelift itu, ia memberikan gambaran yang lebih baik terhadap kereta sedia ada," katanya.

Katanya proton turut menyasar jualan 170,000 unit bagi semua modelnya menjelang tahun kewangan 2010-2011.

"Setakat ini, kami berada pada landasan dan kami berharap kedua-dua model akan memberikan momentum kepada kami dan kami sentiasa menawarkan harga yang berdaya saing bagi model Proton," katanya.

Pada Isnin, Proton melaporkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi iaitu RM104.647 juta bagi suku pertama tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2010 daripada RM64.379 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Prestasi menggalakkan itu didorong oleh penjualan kenderaan yang meningkat dan margin keuntungan yang lebih baik daripada kepelbagaian produk yang lebih baik.

Bagi meningkatkan jualannya, Proton juga sedang berbincang dengan lima buah bank bagi memberi pakej yang lebih baik kepada pelanggan, vendor dan para pengedarnya.

"Kami sedang berusaha dengan syarikat kewangan untuk menawarkan pakej pembiayaan lebih baik yang termasuk tempoh pembayaran dan kadar faedah," katanya.

Proton menjangka menawarkan opsyen yang lebih fleksibel dan kadar faedah lebih baik berbanding dengan kadar semasa 4.2 peratus, katanya lagi.

sumber: BERNAMA
0 comments

Imej pertama rendering Proton & Lotus EMAS versi produksi


Menurut blog paultan.org gambar ini merupakan rendering versi produksi Proton & Lotus EMAS yang bakal dilancarkan tahun 2012. Sebelum ini kita pernah lihat model Saga new facelift dan lampu hadapan Saga tersebut iras2 seperti model EMAS.

Proton EMAS


Lotus EMAS
7 comments

TERKINI : Waja Lancer ditemui lagi!!!



Ini merupakan spyshots yang terkini Waja Lancer yang telah diambil oleh Puan Rohana Hana berhampiran dengan Plaza Tol (tidak dinyatakan tempat tersebut). Gambar ni telah diemailkan kepada saya oleh bro Nazri sebentar tadi. Semakin banyak spyshots telah keluar sekarang & model ini bakal dilancarkan pada November nanti.




sumber : funtasticko
16 comments

Proton peruntuk RM6.7b beli komponen


SHAH ALAM 10 Ogos - Proton Holdings Bhd. (Proton) membelanjakan RM6.7 bilion pada tahun kewangan semasa untuk membeli komponen dan peralatan dari vendor-vendornya bagi dipasang pada kereta keluarannya.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pembelian komponen dan peralatan dari vendor-vendor yang berdaftar dengan Proton itu merupakan sebahagian daripada program pembangunan antara kedua-dua pihak.

Katanya, pembelian peralatan dan komponen bukan hanya tertumpu kepada vendor-vendor tempatan tetapi pembelian juga melibatkan vendor-vendor antarabangsa.

"Ketika ini Proton memiliki 270 vendor yang bernaung di bawah Persatuan Vendor Proton (PVA) dan kami saling bekerjasama di dalam membangunkan setiap model yang dikeluarkan bagi menjamin tahap kepuasan dan kualiti yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian pembiayaan rantaian bekalan antara CIMB dan Proton di sini hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Pembiayaan rantaian pembekalan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembiayaan sebelum penghantaran dan pembiayaan selepas penghantaran.

Menerusi pembiayaan sebelum penghantaran, vendor Proton kini boleh menikmati pembiayaan berasaskan nilai tempahan bulanan untuk membayar kos bahan mentah mereka.

Manakala bagi pembiayaan selepas penghantaran pula, pembiayaan akan dibayar selepas penyerahan invois dan dokumen berkaitan kepada Proton.

Selepas tarikh matang invois tersebut, Proton akan membayar kepada CIMB bagi menyelesaikan pembiayaan yang dikeluarkan oleh bank bagi kegunaan vendor.

Menurut Syed Zainal Abidin, pembiayaan ini sememangnya dialu-alukan bagi membantu para vendornya memiliki kecairan modal yang tinggi berikutan Proton mengeluarkan 850 buah kereta sehari.

Keperluan komponen dan peralatan yang berkualiti sememangnya diperlukan apatah lagi beberapa model baru akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, sebuah model baru gantian Proton Waja akan diperkenalkan November ini manakala sebuah model berenjin turbo akan diperkenalkan tahun depan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, pihaknya menyediakan RM100 juta bagi dana permulaan untuk program pembiayaan rantaian bekalan kepada para vendor Perodua yang membolehkan mereka meningkatkan kecairan modal perniagaan.

Bagaimanapun katanya, penyediaan dana itu boleh ditingkatkan, bergantung kepada permintaan.

"Pembiayaan ini merupakan yang kedua selepas kerjasama dengan Perodua yang dilakukan pada minggu lalu," katanya.

Katanya, CIMB menawarkan margin yang kompetitif dengan kadar yang rendah menerusi konsep pembiayaan Islam iaitu Murabahah dan Bai al-Dyn.
0 comments

PROTON, PERODUA tingkat daya saing


PROTON Holdings Bhd (PROTON) sedang menjalankan kajian daya maju mengenai prospek mengadakan pakatan strategik dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bagi meningkatkan daya saing industri automotif negara.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kajian itu antara lain turut membabitkan cara kedua-dua pengeluar kereta nasional itu bekerjasama memenuhi agenda nasional iaitu meningkatkan sumbangan terhadap ekonomi negara.

Sebenarnya, penggabungan dalam konteks besar-besaran bukan diputuskan PROTON tetapi kerajaan (menerusi Khazanah Holdings Bhd yang memegang saham terbesar PROTON).
Namun, pada pihak PROTON, kami hanya diminta melaksanakan kajian daya maju dan kami sedang melakukannya.

Persoalannya adalah mengenal pasti lebih banyak lagi bidang yang kami (PROTON dan PERODUA) boleh bekerjasama sebagai sebahagian agenda nasional memastikan kami terus berdaya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, sekali gus dapat memberi manfaat besar kepada ekosistem (industri automotif) secara keseluruhannya, katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian Program Kewangan Rangkaian Pembekalan dengan CIMB Group, di Shah Alam, semalam.

Pada majlis itu, PROTON diwakili Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman; dan Pengarah Bahagian Pemerolehan Kumpulan, Klaus E. Liske; manakala CIMB Group oleh Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Perbankan Pelaburan dan Korporat, Datuk Charon Wardini Mokhzani; dan Ketua Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.
Syed Zainal berkata, cadangan kerjasama PROTON dengan PERODUA itu bukan saja perlu dilihat daripada skop global, malah merangkumi skop mikro termasuk mewujudkan pakatan strategik dalam aktiviti jualan.

Saya sudah bercakap dengan Pengarah Urusan PERODUA, Aminar Rashid Salleh dan bersependapat adanya peluang amat luas bagi PROTON dan PERODUA bekerjasama, khususnya menawarkan kadar pembiayaan kenderaan menarik dan kompetitif hanya untuk kereta PROTON dan PERODUA.

Justeru, saya fikir kami perlu melihat jalan terbaik yang boleh membawa keuntungan untuk kedua-dua pihak meskipun PROTON dan PERODUA bersaing dalam pasaran sama, katanya sambil menambah PROTON kini pada peringkat perbincangan positif dengan sebuah institusi perbankan untuk memperkenalkan skim pembiayaan kenderaan dengan kadar faedah menarik tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Syed Zainal membayangkan PROTON akan mengumumkan keputusan kewangan amat baik bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.

Difahamkan, ia dicapai susulan prestasi lebih baik dicatatkan bagi jualan tiga model utama Proton iaitu Saga, Persona dan Exora selain peningkatan memberangsangkan bagi angka eksport.

Mengenai Program Kewangan Rangkaian Pembekalan dengan CIMB Group, Syed Zainal berkata menerusinya, ia menawarkan program pembiayaan rangkaian bekalan berlandaskan Islam lebih RM100 juta khusus untuk meringankan beban aliran tunai dihadapi vendor Proton untuk membeli barang mentah.

sumber : Bharian.com.my
0 comments

Proton Saga New Facelift?



Cerita menarik diteruskan lagi dengan kehadiran spyshot Saga New Facelift. Gambar-gambar misteri ini diambil oleh Victor berhampiran Bukit Jelutong. Reka bentuk baru ini, menggambarkan grill depan sama seperti Exora dan Persona. Dengan lampu depan dan belakang yang baru, spoiler macam Persona ditambah pula signal lamp di side mirror, Saga baru ini bersama rim sukan yang lebih menarik. Pengenalan rekabentuk baru ini lebih memenuhi kehendak semua golongan. Saya berpendapat, rekabentuk baru ini lebih memudahkan pengguna Saga membuat modifikasi berbanding Saga sedia ada. Kita memandang pada luaran sahaja, namun pasti terdapat perubahan pada prestasi enjin.





info : funtastickodesign
9 comments

PERODUA sedia bentuk pakatan strategik khusus



Kerjasama dengan PROTON boleh raih untung bersama, tak beri kesan negatif

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bersedia membentuk pakatan strategik dengan Proton Holdings Bhd (PROTON) dalam bidang khusus yang boleh menghasilkan keuntungan bersama dan yang tidak memberikan kesan negatif kepada model perniagaan masing-masing.

Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh, berkata antara bidang yang berpotensi bagi kerjasama itu termasuk dalam pengeluaran komponen untuk kereta kompak dan sedan.

“Seperti anda sedia maklum, PERODUA memiliki kepakaran dalam mengeluarkan kenderaan kompak dan kami akan terus menumpu kepada model perniagaan itu.

“Namun, kami merasakan ada ruang dan peluang bagi PERODUA mengukuhkan lagi bidang berkenaan (dalam mengeluarkan kenderaan kompak) yang boleh ditingkatkan lagi menerusi kerjasama strategik,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian Program Kewangan Rangkaian Pembekalan dengan CIMB Group, di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, PERODUA diwakili Pengarah Eksekutif PERODUA Auto Corporation Sdn Bhd, Zainal Abidin Ahmad; manakala CIMB Group oleh Ketua Perbankan Serantau CIMB Investment Bank, KC Kok.

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group, Datuk Charon Wardini Mokhzani; Ketua Eksekutif CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani; dan Pengarah Urusan PERODUA Auto Corporation, Osamu Oaki.
Aminar Rashid berkata, cadangan kerjasama PERODUA dengan PROTON itu adalah dialu-alukan kerana menerusinya ia akan meningkatkan keupayaan dan kewibawaan kedua-dua syarikat dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa.

“PERODUA mengalu-alukan cadangan kerjasama itu. Tambahan lagi, PROTON bukan asing bagi PERODUA kerana kami sudah pun ‘mengadakan pakatan’ dengan mereka dengan membekalkan silinder untuk enjin Campro dan CPS Proton, iaitu kira-kira 120,000 unit setahun selain berkongsi rangkaian vendor sama.

“Justeru, sudah semestinya ada bidang yang boleh diketengahkan PERODUA dan PROTON dalam mengadakan pakatan strategik ini,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, setakat ini PERODUA tidak menerima sebarang pertanyaan atau permohonan daripada PRO-
TON mengenai perkara terbabit.

“Kami masih belum menerima sebarang pertanyaan daripada PROTON. Namun, jika ada, ia akan diputuskan oleh pemegang saham dan rakan strategik syarikat sama ada untuk bergabung atau mengadakan pakatan kerjasama,” katanya.

PERODUA yang ditubuhkan pada 1993, adalah syarikat usaha sama Malaysia dan Jepun. Pemegang sahamnya terdiri daripada UMW Corporation Sdn Bhd (38 peratus), MBM Resources Bhd (20 peratus), Daihatsu Motor Co Ltd (20 peratus), PNB Equity Resource Corporation Sdn Bhd (10 peratus), Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (lima peratus), Mitsui & Co Ltd (4.2 peratus) dan Mitsui & Co (Asia Pacific) Pte Ltd (2.8 peratus).

PROTON pula dikuasai kerajaan menerusi Khazanah Nasional Bhd dengan pegangan 42.7 peratus; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (13.5 peratus) dan Petronas (7.8 peratus).

Mengenai Program Kewangan Rangkaian Pembekalan dengan CIMB Group, Aminar Rashid berkata, ia khusus untuk membantu meringankan beban kewangan 141 vendor yang menjadi pembekal komponen kepada PERODUA.

Katanya, sebagai permulaan, CIMB Group akan memperuntukkan RM100 juta sebagai pinjaman kepada vendor berkenaan yang ditawarkan pada kadar faedah kompetitif bagi membantu mengukuhkan aliran tunai mereka.
sumber : Bharian.com.my Jumaat
0 comments

Hala Tuju Proton : CFE , Hybrid, Perdana, SUV & etc


Dalam sisipan CBT Ahad lepas Hezeri Samsuri menulis mengenai perkembangan terkini Proton. Beliau menemuramah Datuk Syed Zainal dan berikut adalah petikan dari artikel tersebut.

Teknologi Hibrid

* Rakan rasmi tekno ini ialah Lotus, dan mereka turut mengkaji sistem dari Frazer-Nash Research
* Sedang berbincang dengan rakan bateri: LG & Hitachi
* Salah satu dari 4 prototaip lebih jimat minyak dari Prius
* 50 – 150 unit akan diberi kepada jabatan kerajaan untuk diuji
* Sasaran paling awal dilancarkan pada tahun 2011

Pembangunan Enjin Baru

* Enjin Campro tidak lagi sah selepas 2013 – kawalan emisi
* Famili Campro terbaru – Campro Fuel Efficient [CFE] bakal keluar awal 2011
* CFE akan ditawarkan pada model HL – Exora, Persona, Pengganti Persona dan mungkin Neo
* CFE: Turbo + IAFM + direct injection unit
* Enjin generasi baru bakal keluar pada 2014, buat sendiri atau dengan rakan kongsi

Kotak Gear

* Kotak gear Mitsubishi akan dihenti dan digantikan dengan Getrag [Manual] dan Punch Motive/ZF [CVT]

Rakan Global

* Tamat dengan VW, sekarang berbincang dengan jenama Eropah – ada tekno diesel
* Kongsi Emas: Proton, Lotus & Rakan kongsi di atas

Proton Perdana & SUV

* Import khas dari Jepun - Enjin 2.0 & 2.4 dan turut dijual di Australia, hanya untuk kerajaan dan mungkin untuk awam jika ada permintaan kuat
* Dilantik oleh Youngman China untuk membina SUV kecil [bersaiz Pug 3008] berdasarkan platform dan enjin sediada. Mungkin akan beli balik desain untuk pasaran lokal
0 comments

New Proton Waja replacement based on Lancer in Penang!



spyshot Waja Lancer lagi!!! gambar terbaru ini diambil oleh bro Fahmil kat Masjid Kapitan Keling ,Pulau Pinang Jumaat lepas. Kali ni Waja Lancer telah di”escort” oleh Exora MC1 yang juga memakai trade plate.

*Menurut info dari bro Azrai tadi, dia bagitau kat parking bawah COSE Kesas ada 2 buah kereta yang berbungkus, 1 Waja Lancer & lagi 1 Waja lama yang telah diubah suai exterior & interior.

sumber : paultan.org

NEW WAJA 2010






EXORA MC1




46 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger