Proton Waja 2010 spyshot @ KLIA



Info ni aku ambil dari funtasticko design. ini merupakan spyshot pertama waja 2010 yang menggunakan body lancer. gambar ini diambil di KLIA. Sama-sama kita lihat gambar-gambar di bawah.










29 comments

New Perodua Myvi (D54T) Spyshot?!!



Jutaan terima kasih kepada saudara mr5zal kerana info hot ni. Dalam minggu ni kita dikejutkan dengan kehadiran Model Proton Misteri, kini Perodua pula dengan model Myvi baru. Adakah ini yang dimaksudkan Perodua Myvi 1.5? berikut petikan saya ambil dari blog mr5zal :

Sesi kejar mengejar dan pintas memintas berlaku semalam di Sg. Choh - Bukit Beruntung - PLUS highway. Kalau tak perasan memang kita akan rasa itu kereta MyVi yang biasa. Tapi bila tengok dekat-dekat baru nampak lain sikit. Duct tape dia pun tak ketara sangat sebab guna warna putih. Gambar-gambar yang ada di bawah ni bukanlah jelas sangat tpi boleh la. Layankan je..



19 comments

New Proton prototype mule spotted?



Gambar ini yang diambil dari paultan.org sememangnya patut aku siarkan kepada semua pengunjung kerana ini merupakan prototype model baru Proton. Berlandaskan platform Exora, model inikah yang dimaksudkan Persona pada masa akan datang? Berdasarkan spy shot ini, terdapat sebuah model prototype dan sebuah model Exora. Adakah ini yang dikatakan Exora yang dipertingkatkan enjin turbo atau 1.8 ataupun Exora yang dikatakan untuk peniaga dimana row ketiga tiada lagi bangku penumpang? Model prototype ini kelihatan barisan ketiga diubahsuai selain bumbung yang rendah seakan model Toyota Caldina. Sebelum ini kita juga terdengar projek Proton SUV, platform Exora sesuai untuk pembangunan model premium dan SUV. Sebagaimana yang kita tahu, jenama premium bagi Proton dikatakan akan menggunakan jenama Lotus.





23 comments

Pengganti Waja ala Mitsubishi Lancer 2.0 GT

SHAH ALAM 15 Julai - Kehadiran model baharu menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini, dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa.

Ramai yang memperkatakan tentangnya tetapi peminat kereta sudah menjangkakan bahawa model gantian itu adalah salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, perkara itu sememangnya bukan rahsia lagi cuma tiada pendedahan terperinci dibuat setakat ini.

"Memang benar akan ada model baru menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini dan kita sememangnya bekerjasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk mengeluarkan model ini, saya rasa anda semua sudah tahu siapa mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Proton Exora versi dipertingkatkan di sini hari ini.

Menurut pemerhati industri, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu adalah hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.

Difahamkan model yang menggantikan Waja akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter (kemungkinan dari enjin Proton Putra), komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

Harga jualan yang dicadangkan untuk model ini di antara RM80,000 hingga RM85,000 manakala model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Menurut Syed Zainal Abidin, pihaknya merancang memasang kereta itu di kilangnya di Shah Alam selain menggunakan bantuan teknikal serta kepakaran dari Mitsubishi dalam mengeluarkan komponen serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.

Sementara itu, Proton menyasarkan tempahan secara konsisten antara 2,300 hingga 2,400 buah sebulan bagi Proton Exora versi dipertingkatkan yang dilancarkan hari ini.

Dijual pada harga atas jalan bermula RM58,988 bagi (B-Line MT), RM65,998 (M-Line MT), RM70,998 (M-Line AT) dan RM76,998 (H-Line AT).

"Pembeli boleh membuat tempahan mulai hari ini di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara dan masa menunggu untuk model ini ialah sebulan dari tarikh tempahan," katanya.
0 comments

Proton Exora Minor Change Dilancarkan!



Proton Exora Minor Change telah dilancarkan pada hari ini. Ia bakal dilancarkan pada sabtu ini di Proton Showroom seluruh Malaysia. Bercirikan Mewah dengan sedikit perubahan kosmetik dan warna, Exora ini berbeza hanya lebih RM1000 dari yang biasa.

  • Proton Exora B-Line MT RM58,998
  • Proton Exora M-Line MT RM65,998
  • Proton Exora M-Line AT RM70,998
  • Proton Exora H-Line AT RM76,998















0 comments

Proton Exora MC1



Gambar ni diperolehi di forum protonexora.com.my. Dengan bodykit, warna dan kualiti yang dipertingkatkan, Exora ini dikatakan berharga lebih Rm1500 dari yang biasa.


2 comments

Syarikat Automotif Tempatan Bergabung?


antara syarikat automotif tempatan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengesyorkan supaya syarikat industri automotif di negara ini melakukan penggabungan bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing yanglebih kompetitif.

Beliau berkata, penggabungan berkenaan dapat mengurangkan bebanan pengeluaran yang dialami syarikat peneraju industri automotif negaraiaitu Proton.


model prototype keluaran Inokom

"Sekiranya kapasiti yang berlebihan merupakan kekangan yang dialami syarikat-syarikat automotif, apakah patut dilakukan proses untuk menggabungkan syarikat-syarikat automotif dalam Malaysia supaya akan wujud syarikat yang lebih kuat atau lebih besar serta lebih berkemampuan," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Gala Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-25 Proton di sini, Jumaat.


model Prototype keluaran Perodua

Hadir sama pada majlis itu ialah Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin SyedMohamed Tahir.

Selain itu Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat automotif dinegara ini perlu berani melakukan transformasi bagi mencapai kejayaanyang lebih memberansangkan.

"Hanya syarikat yang berinovasi serta sanggup dan berani melakukan perubahan dan mempunyai moral perniagaan yang tinggi akan benar-benarberjaya," katanya.

Tambah Najib lagi, bagi memastikan Proton terus maju, syarikat itu perlu melakukan penyusunan semula struktur dalamannya terutama sekalidengan menggabungkan kekuatan yang ada dalam syarikat berkenaan.


model Naza Sutera Sportivo

"Saya ingin mengesyorkan supaya Proton melihat kepada segala kekuatan yang ada dalam Proton dan syarikat Lotus untuk digabungkan melalui proses penyusunan semula dalaman dan mewujudkan beberapa strategi perniagaan yang lebih unik.

"Jika proses penyusunan semula ini berlaku, maka Proton akan dapat memaksimakan segala kemahiran dan teknologi yang ada padanya serta meletakkan asas untuk mampu bersaing pada tahap yang lebih tinggi,"katanya.


Proton Emas

Pada majlis yang sama, Najib turut melancarkan edisi khas bagi kereta Proton Saga, Persona dan Exora.

Ketiga-tiga model berkenaan hanya akan dikeluarkan sebanyak 25 unit dan tempahan boleh dibuat mulai 12 Julai di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.
1 comments

Proton Saga, Persona dan Exora Edisi Khas 25 Tahun Proton


Sempena ulangtahun Proton ke-25, syarikat pengeluar kereta nasional pertama Malaysia ini telah melancarkan 3 model terlaris mereka iaitu Proton Saga, Persona dan Exora bagi Edisi Ulangtahun ke-25. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dihadiri Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal.
Model Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini hanya dikeluarkan sebanyak 25 unit bagi setiap model, di mana model Saga dijual dengan harga RM54, 500, diikuti dengan Persona (RM69, 500) dan Exora (RM91, 998). Dibuka untuk tempahan bermula 12 Julai ini. Selain itu, sebanyak 25 pertubuhan amal menerima sumbangan daripada Proton berjumlah RM25, 000 bagi setiap pertubuhan, manakala dua pelanggan bertuah memperoleh wang tunai berjumlah RM25, 000 menerusi pertandingan 'Saga Snap & Win'. Di majlis ini juga Datuk Seri Najib Tun Razak turut memperkenalkan kereta konsep hibrid mesra alam, Proton Emas.



Model Saga Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini, diberi beberapa sentuhan eksklusif di mana ia dicat dengan warna Pearl White dan warna hitam di bahagian bumbung dan bahagian bonet (ruang bagasi). Selain itu, ia dipadankan dengan rim aloi 14" rekabentuk baru dan jalur sisi bercorak harimau. Model ini nampak lebih eksklusif apabila hiasan dalamannya dilengkapi tempat duduk kulit dengan warna coklat dan jingga serta di bahagian door trim. Ini simbolik dengan warna harimau. Sentuhan grafik baru pada meter combi dan paparan LCD dengan cahaya lampu biru pada head unit model ini menyerlahkan lagi identiti dan ciri-ciri khas yang tiada pada model Saga sedia ada.





Model Persona Edisi Ulangtahun Proton ke-25 ini juga mempunyai tema yang sama seperti model Saga. Terutama pada hiasan luaran dan dalaman. Persona ini menampilkan perubahan pada meter combi dan paparan LCD dengan cahaya biru (berbanding warna oren pada Persona Elegance). Ia juga dilengkapi rim aloi dengan rekabentuk baru.





Model Exora edisi ini juga mempunyai tema yang sama dengan Saga dan Persona. Akan tetapi, Exora kali ini ditampilkan dengan ciri-ciri lebih sporty, elegan dan eksklusif berbanding Exora sedia ada. Pada bahagian luaran, model ini dilengkapi bodykit penuh yang lebih sporty, dengan rim aloi serba baru, sedikit sentuhan 'blackout' pada lampu hadapan, dan spoiler bergaya di bahagian belakang.

Bahagian dalam pula, ia dilengkapi dengan tempat duduk kulit dan door trim berwarna coklat dan jingga (seperti model Saga dan Persona). Model ini tampak berbeza apabila head unit-nya diganti dengan unit radio 2-DIN beserta skrin rata dengan skrin kawalan sentuhan. Paparan pada skrin berkenaan berfungsi sebagai paparan navigasi GPS, DVD movies, dan paparan bagi kamera undur (reverse camera ) yang dipasang di bahagian belakang model ini (rujuk foto di atas). Selain itu, terdapat 2 lagi paparan LCD skrin rata di belakang headrest di tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu. Ini memberi kelebihan kepada penumpang barisan kedua ketika menikmati keselesaan Exora edisi ini.



Paparan pada meter combi pada Exora ini diberi rekabentuk baru dengan pencahayaan putih berbanding pencahayaan merah jingga pada Exora sedia ada. Dari segi susunan tempat duduk, ia bukan lagi MPV 7-seater tetapi 6. Di mana, tempat duduk di barisan kedua ditampilkan dengan tempat duduk 'Captain Seat' seperti yang terdapat pada model konsep Exora, iaitu Exora Prime. Warna dashboard juga berlainan, di mana ia mendapat sentuhan warna hitam, berbanding sebelum ini dengan warna kelabu. Model ini juga merupakan model Proton pertama yang dipasang dengan sensor hujan (rain sensor).


untuk mengetahui spesifikasi dan harga bagi ketiga-tiga model ini. sila klik link ini

sumber : funtasticko design / auto akasia
12 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger