Jurutera Perodua hasilkan komponen Daihatsu


KOMPONEN yang dihasilkan jurutera Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) di kilangnya di Sungai Choh dan kini digunakan dalam enjin kereta keluaran Daihatsu di Jepun, Indonesia dan Pakistan akan diperluaskan eksportnya ke pasaran baru seperti India, Sri Lanka dan United Kingdom (UK) dalam tempoh terdekat ini.

Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh, berkata sejak penghasilan kepala silinder pada 1996, jurutera Perodua kini membangun dan mereka bentuk beberapa lagi komponen enjin seperti blok silinder; pancarongga; batang engkol dan omboh.
“Ia satu kebanggaan buat kami. Bukan sesuatu yang mudah untuk melepasi piawaian dan spesifikasi ketat ditetapkan Daihatsu Jepun, tetapi hakikatnya komponen yang dibangun dan direka bentuk jurutera kami kini adalah sebahagian daripada enjin pada model Daihatsu Boon yang berada di jalan raya Jepun sejak 2005.

“Pencapaian ini memberi kami keyakinan untuk memasuki lebih banyak pasaran baru seperti India, Sri Lanka dan UK, khususnya bagi segmen kereta kompak,” katanya dalam satu temu bual di Rawang, baru-baru ini.

Aminar Rashid berkata, nilai eksport komponen di hasilkan Perodua mencecah RM24 juta tahun lalu ke tiga negara terbabit.

“Kami meletak sasaran untuk meraih jualan eksport RM50 juta dalam tiga tahun,” katanya.

Mengenai bilakah Perodua mampu menghasilkan keseluruhan enjin, beliau berkata buat masa ini perkara yang amat sukar untuk dikuasai pembuatannya ialah yang membabitkan komponen berkeji-tuan dan berteknologi tinggi yang masih lagi perlu diimport dari Jepun.
Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan komponen tempatan pada kereta yang dipasang Perodua di Sungai Choh adalah tinggi iaitu kira-kira 95 peratus bagi model Alza dan 80 peratus hingga 85 peratus bagi Viva dan MyVi.

Perodua, katanya membeli komponen daripada vendor tempatan bernilai RM3 bilion bagi tempoh 2008-2009 dan ia dijangka meningkat kepada RM3.8 juta tahun ini.

Mengenai rancangan sepanjang tahun ini, Aminar Rashid berkata Perodua tidak bercadang memperkenalkan model baru, sebaliknya akan menaik taraf model sedia ada.

Maklum balas diterima Perodua oleh masyarakat umum berhubung model sedia ada, katanya ialah mereka mahukan ruang yang lebih luas, port USB, bluetooth, ciri keselamatan lebih tinggi, lebih banyak pilihan pada warna dan fabrik.

“Kami menimbang semua aspek berkenaan... tetapi harga adalah sesuatu yang sensitif,” katanya.
1 comments

Italdesign Giugiaro Sekarang VW Punya!


VW bercita-cita tinggi, pada 2018 mereka mensasarkan untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia. Untuk mencapai sasaran tersebut antara strateginya ialah beli saja mana firma automotif yang perlu. Jalan singkat untuk memperoleh ilmu dan menguatkan organisasi. Dan ‘lauk’ terbaru VW selepas Suzuki ialah firma desain, Italdesign Giugiaro [IDG]. Ironinya ialah VW gagal untuk berkerjasama dengan Proton dan Italdesign adalah rakan strategik tak rasmi Proton di mana desain Emas dan Persona baru dibangunkan firma tersebut. Dan ini bermakna VW mempunyai akses terhadap kedua model baru Proton tersebut.

Pegangan Italdesign dibeli oleh Lamborghini, subsidiari Audi sebanyak 90.1% manakala baki 9.9% dipegang oleh keluarga Giugiaro. Kerjasama IDG dengan VW sudah lama berlangsung iaitu sejak 70 an lagi dengan rekaan pertama Golf Mark 1 dan seterusnya konsep Passat pertama, Scirocco dan terbaru famili Up!

“Setiap titis menjadi lautan bila ianya mengalir ke laut, kami adalah titisan tersebut” kata Giorgetto Giugiaro yang mengasaskan firmanya pada tahun 1968.

sumber info : Geartinggi
0 comments

Satria Neo R3 Lotus Racing Bakal Dieksport ke Luar Negara

Menurut sumber, Proton bakal memperkenalkan model MPV dan model 3 door hatch terkininya, Exora dan Satria Neo R3 Lotus Racing ke Australia pada hujung tahun ini. Sebelum itu, model S16 GXR (juga merupakan model Saga di Malaysia) bertransmisi auto dan juga manual bakal memasuki pasaran Australia pada Julai 2010. Diikuti dengan model Persona LE bertransmisi auto dan manual pada bulan Ogos. Manakala model S16 LE bertransmisi auto dan manual menyusul pada September. Exora GX bertransmisi auto dan manual yang bakal diperkenalkan di Australia pada November 2010, dikhabarkan ia akan dijana dengan enjin berkapasiti 1.6l Turbo.

sumber info : autoakasia
1 comments

Hyundai i10 World Cup 2010 Cars



Demam Piala Dunia kembali lagi. bermula pada 11 Jun 2010 hingga 11 Julai 2010, Hyundai merupakan penaja kenderaan rasmi untuk kali ini. Hyundai i10 atau dikenali Inokom i10 di Malaysia diperkenalkan dengan tema bola sepak Piala Dunia. Di sini saya kongsikan dengan anda semua paparan menarik rekaan Hyundai i10 versi Piala Dunia 2010.






sumber : fastmotoring.com
1 comments

New Proton Gen2 2010!


Proton memperkenalkan semula Gen2 dengan penampilan baru. walaupun sedikit perubahan luaran dan dalaman, edisi kali ini lebih kemas dengan penampilan warna dan rekabentuk diperbaharui seperti rim sukan, bumbung hitam, kemasan dalaman ( steering audio switch, lether seat,. Di datangkan dengan dua warna putih dan merah api. Edisi M line hanya untuk gear automotik manakala H line untuk gear manual dan automotik. Dilancarkan pada 22 Mei 2010 (Sabtu). Mungkin ini edisi terakhir Gen2 sebelum keluarnya Persona Baru. Pada pendapat saya, model Gen2 adalah satu-satunya model yang tak jemu2 dipandang kerana rekabentuknya futuristik walaupun model ini diperkenalkan pada awal tahun 2004 suatu ketika dulu.
  • Proton Gen2 High-Line AT – RM 60,488
  • Proton Gen2 High-Line MT – RM 57,488
  • Proton Gen2 Medium-Line AT – RM 54,988





Kredit : Prodas
8 comments

New Myvi Sport Edition 2010?



Sedang dok kita sibuk pasal Waja R dan Alza, aku terjumpa pulak gambar-gambar ni kat forum Cari berbahasa China. Maybe ini keluaran Myvi last edition sebelum keluarnya Myvi baru seperti mana Proton Persona Elegance. Persoalannya, apakah nama versi Myvi ini? saya kongsikan gambar-gambar ini dengan anda semua.





sumber : forum cari
9 comments

Perodua Myvi 2010?


Seperti yang diduga oleh saya, selepas Toyota dan Daihatsu memperkenalkan model Passo dan Boon di Jepun, Perodua pula mempamerkan beberapa lakaran model rekaan perekanya. Lakaran ini yang diambil di MSAM 2010 di Kuching Sarawak oleh Prodas. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Perodua akan memperkenalkan model Myvi terbaru Jun 2010. Adakah ini akan menjadikan satu persaingan di antara Myvi 2010 dan Saga New Facelift nanti? Kerana kini model Saga telah mendahului model-model lain.

Myvi 2010 dijangka akan dijana enjin 1.5 seperti model Passo. Persaingan dua kompeni tempatan Perodua dan Proton terus hangat sejak akhir-akhir ini berikutan perkembangan ekonomi yang semakin baik. Perodua akan memperkenalkan model Myvi baru manakala Proton akan memperkenalkan model gantian Waja (Lancer GT)dan khabar angin yang saya tahu ialah Saga New Facelift. Selain itu Proton akan memperkenalkan model gantian Perdana menggunakan Volkswagen Passat.

Seperti yang kita tahu, model Alza terus mengukuh dari segi jualan dan permintaan meninggalkan Exora. Namun pada saya, Alza dan Ezora bukan di dalam satu persaingan kerana ia berbeza dari segi keperluan dan citarasa.
4 comments

Proton Akan Membawa Exora ke Pameran Jepun


Proton Holdings Berhad akan menyertai sebagai wakil Malaysia di pameran permotoran di Yokohama Jepun iaitu Automotive Engneering Exposition 2010 (AEE 2010). Pameran tersebut akan berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2010 yang memfokuskan teknologi terkini dan peralatan serta aksesori asli.

Dalam perkembangan lain, Proton akan memperkenalkan Teksi MPV selepas varian Saga, Waja, Wira dan Iswara. Proton Exora akan dikenali sebagai Teksi 1Malaysia. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Exora dijangka lebih baik daripada model teksi lain yang sedia ada sekarang kerana ia selesa dari segi ruang tempat duduk dan tempat menyimpan barangan.
2 comments

Proton Terima Anugerah Terbaik Bagi Exora & Saga



KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Proton Holdings Bhd menerima Anugerah Model Baharu Automotif Terbaik bagi Proton Exora dan Model Kereta Penumpang Terbaik bagi Proton Saga, pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2010.

Pemenang lain bagi kategori automotif ialah Perodua dan Ingress Corporation Bhd.Perodua memenangi Anugerah Kereta Penumpang Tarbaik bagi model nilai untuk wang untuk Perodua Viva buat tahun ketiga berturut-turut.


Frost & Sullivan memperakui kejayaan perbadanan dalam sektor automotif, logistik, teknologi industri, tenaga dan sistem tenaga, teknologi alam sekitar dan bangunan serta penjagaan kesihatan di Malaysia, pada Majlis Kecemerlangan Malaysia 2010 Rabu malam.

Acara itu berlangsung sempena Anugerah Telekom Frost & Sullivan Malaysia.

Pengarah Urusan Asia Pasifik dan rakan Frost & Sullivan, Manoj Menon berkata penyepaduan teknologi seperti Grid Pintar, Kenderaan Elektrik, Rangkaian Sosial dan Komunikasi Tanpa Wayar menawarkan kepada syarikat mengenai peluang untuk menyertai pembangunan Bandar Raya Pintar dan perkhidmatan berasaskan gaya hidup baharu.

“Ia merupakan enjin pertumbuhan utama syarikat dalam dekad akan datang,” kata Menon pada majlis penyampaian anugerah itu.

Menon berkata prestasi syarikat Malaysia sudah meningkat meskipun ekonomi dunia yang sukar.

Sebanyak 11 organisasi utama, termasuk peserta terkemuka negara serta perbadanan multinasipnal yang beroperasi dalam negara, diraikan pada majlis itu.

Sementara itu, Ingress Corporation Bhd menerima Anugerah Pengeluar Komponen Automotif Terbaik.

Public Bank menerima Anugerah Syarikat Kewangan Automotif 2010.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, Stemlife Bhd memenangi Augerah Kepimpinan Pertumbuhan 2010 bagi Sel Stem dan Terapeutik manakala Prince Court Medical Centre menenangi Anugerah Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan terbaik.

Dalam kategori logistik, PosLaju menrrima anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Terbaik manakala Sime Darby Property Bhd memenangi Anugerah Pemaju Mesra Alam 2010.

Dalam Teknologi Industri, Smart Surface Sdn Bhd pula menerima Anugerah Inovasi Teknologi bagi Teknologi Antara Muka Komputer Manusia baharu dan Novaviro Technology Sdn Bhd dipilih pemenang Anugerah Inovasi Teknologi bagi Ekstrak Metana dalam Sistem Biogas.

– BERNAMA
7 comments

Proton SUV (Iguana Project)



Info ini mungkin dah lama diketahui oleh sesetengah pihak dan bloggers. Projek Iguana merupakan SUV Proton yang pertama berasaskan model Exora. Sebelum ini kita mungkin terlihat dan dengar-dengar Proton akan membuat model gantian Proton Arena. Di Malaysia, model Arena tidak mendapat perhatian oleh rakyat kerana aspek penggunaannya. Walaubagaimanapun, Arena cukup popular di luar negara.

Untuk terus relevan dan bersaing dengan jenama lain, memang sudah tiba masanya Proton memperkenalkan sebuah SUV keluarannya. Kajian mungkin sudah lama dilakukan sepertimana kita lihat Proton MSX sebelum ini. Jika Proton dapat mengeluarkan SUV dan EMAS tepat masa beberapa tahun terdekat, saya percaya Proton mampu mengekal nama Proton sebagai Jenama Terkenal.

info : funtastickodesign | cbt | Prodas
11 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger