Europstar L5


Jika suatu ketika dulu kita tengok di website-website,forum dan blog dari China banyak memperkatakan mengenai kereta misteri ini. kini semua sudah terjawab. inilah Europstar L5 hasil kerjasama Youngman dan Lotus yang menggunakan platform Proton Gen2/Persona. Terdapat part kereta ini menggunakan part dari Gen2 terutama bahagian interior. Enjin menggunakan Campro CPS 1.6 sama seperti model Proton Gen.2. Kereta warna merah adalah versi hatchback manakala warna putih adalah versi sedan. Kerjasama ini menunjukkan Proton kini semakin berdaya maju kerana teknologi sedia ada kini menjadi panduan oleh syarikat automotif yang lain.


















info berkaitan
11 comments

NEW SAGA BEATS MYVI IN FEB 2010 CAR SALE



NEW SAGA BEATS MYVI IN FEB 2010 CAR SALE

Message : Saga dah beat myvi sales. Makin ramai pakai saga. berbaloi2..

Top 10 national vehicles
Proton Saga 4,994
Perodua Myvi 4,885
Perodua Viva 4,518
Perodua Alza 3,611
Proton Persona 2,889
Proton Exora 2,128
Proton Savvy 304
Proton Waja 271
Proton Satria Neo 225
Proton Gen2 115

Top 10 non-national vehicles
Toyota Vios 2,349
Toyota Hilux 1,206
Nissan Grand Livina 1,013
Honda City 1,004
Toyota Camry 816
Honda Civic 634
Mitsubishi Triton 572
Naza Kia Forte 458
Nissan Sylphy 452
Toyota Avanza 437

sumber : kereta.info
21 comments

KBS cadang bina institusi khusus pemotoran


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang menjalinkan kerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi membina sebuah institusi pendidikan yang mengkhusus kepada sukan pemotoran.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan tersebut akan cuba diusulkan oleh kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

''Saya sendiri telah meminta kementerian saya untuk berbincang dengan SIC mengenai kemungkinan untuk kita membina sebuah pusat latihan belia di bawah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi mengembangkan sukan bermotor,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Pemotoran Eksklusif yang turut dihadiri Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir di sini, semalam.

Menurut Ahmad Shabery, selain menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia, kemudahan yang ada di SIC perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang tersebut.

Jelasnya, Malaysia kini berada 10 tahun ke hadapan di dalam sukan pemotoran berbanding negara-negara lain di rantau ini.

''Sehubungan itu, kita mesti memikirkan yang orang lain sudah mengejar di belakang dan kita pula perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan kemudahan yang ada termasuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini,'' ujarnya.

Sementara itu, Mokhzani memberitahu, SIC yang telah pun bertapak di Sepang sejak 12 tahun lalu, tidak begitu mendapat perhatian atau pun sokongan daripada industri sukan pemotoran.

''Ini yang kita cuba hendak buat sekarang dan selalunya bila orang datang kepada KBS atau SIC atau Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM) mereka datang untuk dapatkan sokongan berlumba.

''Tidak ada pula yang menawarkan diri untuk jadi mekanik atau kepakaran lain,'' tambahnya.

Justeru, beliau berkata, sekiranya institusi pendidikan itu dapat direalisasikan, maka, kemudahan litar yang ada boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Menurutnya, salah satu laluan yang lebih cepat ialah dengan mengadakan program berkembar dengan mana-mana institusi pendidikan luar negara.
0 comments

Mazda 2


Harga :

  • Mazda 2 Sedan V Grade RM79,859.50
  • Mazda 2 Sedan R Grade RM82,937.50
  • Mazda 2 Hatchback V Grade RM82,111.50
  • Mazda 2 Hatchback R Grade RM85,189.50



4 comments

Checklist Masalah Perodua Alza dan Penyelesaian


Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang memberi info ini kerana kita dapat kongsikan bersama. Aku harap pengunjung yang mempunyai Alza dapat memberi maklum balas mengenai masalah seperti di bawah :

1) Masalah Bunyi - Bunyian dari tingkap
- Punca : ia dtg dari cermin kecil sebelah side mirror sebelah kanan.. dan dia ckp keluaran tahun 2010, masalah ni takkan timbul. [ty: bro @sacredturd]
- Penyelesaian : hantar ke SC letak silikon Hitam 2 settle. * info : @obes295

2) Bila Brek Berbunyi
- Punca : tidak pasti sama ada berpunca daripada keadaan brek yang masih baru.
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center

3) Bunyi Enjin Kuat pada kelajuan 110-130
- Punca : ?
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center

4) 3rd Row Seat side Kanan Panas bila Pemanduan lama
- Punca : ekzos di bawah seat tu sebabkan kepanasan?
- Penyelesaian : Tunggu Respon daripada HQ Service Center atau ianya adalah kes terpencil?


5) Bila hujan turun bunyi bising dari atas kereta Alza macam duduk dalam rumah beratap zink. Dah pergi ke SC Perodua (servis pertama 1000km)
- Punca : dan jawapannya bunyi tu sama dengan semua kereta keluaran Perodua. Kalau betul pun saya tak ada masaalah dengan kereta Proton (tak kan Proton lebih baik ?).
- Penyelesaian : Pergi buat sound insulations

6) Rustproff bawah kereta Alza tak dibuat 100% covered. Saya jumpa few sections di undercarriage yang tak di spray dengan rustproof coating. Potential untuk berkarat.
- Punca: robotic spraying program tak betul.
- Penyelesaian : -

7) Paint coating yang tak sama tebal (nipis pada bahagian bend) pada badan kerata Alza.
- Punca: robotic spraying program tak betul.

8) Bila Pasang Aircond Berbunyi Cit Cit Cit (mcm tikus)
- Punca : Aircond Belt tidak ketat
- Penyelesaian : hantar SC dan suruh ketatkan tali belt.

sumber dari Alza Club forum
207 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger