Satria Neo R3 Lotus Racing




Harga edisi terhad penuhi spesifikasi kereta lumba ditawar atas jalan RM115,000 seunit

PROTON Holdings Bhd semalam melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, edisi terhad yang ditala khusus untuk mereka yang meminati spesifikasi sebuah kereta lumba.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu yang dikeluarkan sempena pembabitan Proton dalam Formula Satu (F1), menggunakan enjin CamPro CPS 1.6 liter yang ditala oleh R3, bahagian sukan permotoran Proton yang mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran kereta lumba, bagi menghasilkan lebih kuasa serta tork.

Digerakkan oleh sistem pengurusan enjin R3, Neo R3 Lotus Racing menggunakan aci sesondol berprestasi tinggi, sistem ekzos ditala semula yang mana enjin CamPro CPS 1.6 liter mampu menjana 145 brek kuasa kuda (bhp) pada 7,000 rpm berbanding model standard Satria Neo dan Satria Neo CPS yang masing-masing pada 110 bhp dan 125 bhp.

Beliau berkata, tork maksimum juga ditingkatkan kepada 168Nm pada 5,000 rpm, daripada 148Nm dan 150Nm pada dua model standard sebelumnya.

“Ini sekali gus membolehkan Neo R3 Lotus Racing memecut 0-100 kilometer sejam dalam 9.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 kilometer sejam,” katanya sambil menambah pengenalan model baru itu mendapat inspirasi daripada semangat Lotus Racing.

Beliau berkata demikian pada pelancaran model baru itu yang disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama tiga pemandu Pasukan 1Malaysia Lotus F1, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.

Dengan pengeluaran terhad 25 unit setahun, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing ditawarkan pada harga di atas jalan RM115,000 seunit.

Menyentuh reka bentuk paling ketara pada model itu, Syed Zainal berkata, selain mengekalkan warna klasik hijau Lotus Racing, ia menampilkan fender depan dengan lubang udara sisi sporty yang mempamerkan tulisan Lotus Racing.

Katanya, ini untuk memberikan imej lebih eksklusif, manakala tempat duduk pula diperbuat daripada kulit Nappa.

















sumber : Berita Harian, Utusan Malaysia, Funtasticko Design, Auto Akasia, Paultan.
13 comments

PROTON GEN2 CPS MC3(Minor Change 3)


Selepas Persona Elegance, kini Proton akan melancarkan pula Gen.2 baru. walaubagaimanapun ia hanya perubahan kecil pada kosmetik dan tidak diketahui mengenai enjin yang akan digunakan. - sumber funtasticko

11 comments

New Perodua Alza Advanced Version


Ni merupakan variasi Alza terkini iaitu edisi yang paling lengkap. harga bermula RM66490 hingga RM69490 bagi semenanjung.






sumber : Perodua / auto akasia
4 comments

Proton Persona Elegance 2010 Pictures Review


Kita dah tengok info mengenai Proton Persona Elegance ni pada artikela yang lepas. Kini aku sajikan pula gambar-gambar yang menarik untuk korang semua. banyak bahagian telah dikemaskini cuma aku tidak puas hati kenapa mesti pakai lagi enjin campro 1.6 iafm.

gambar sumber dari : paultan

















29 comments

Proton Persona Elegance 2010 Full Info


Ketika melancarkan Proton Persona Elegance semalam (18 Mac 2010), Datuk Syed Zainal Abidin selaku Pengarah Urusan Proton, menyatakan bahawa Proton sentiasa berbincang untuk mengadakan pakatan strategik dengan Volkswagen (VW) dalam usaha menjadi lebih kompetitif di peringkat global. Perbincangan tersebut adalah dalam bentuk kerjasama yang membolehkan kedua-dua pihak mendapat faedah masing-masing. Datuk Syed Zainal tidak menafikan Proton masih lagi mengadakan perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan Volkswagen bagi membangunkan model-model keluarannya. Beliau turut memberitahu bahawa perbincangan Proton dengan pengeluar kereta terbesar di India, Kumpulan Hero masih lagi berjalan. Proton melihat pasaran India merupakan salah satu pasaran penting untuk Proton berkembang dan bersaing di peringkat antarabangsa. Pelantikan Behara Venkata Rama Subbu (BVR Subbu) ke dalam lembaga pengarah Proton adalah berdasarkan keupayaannya serta kearifan pasaran kenderaan di India untuk membantu Proton pada masa depan.

Ringkasan Spesifikasi Model:
• Terdapat 3 pilihan iaitu: H-line, M-Line dan B-Line.
• Enjin Campro 1.6 IAFM, 110bhp pada 6500rpm, dan kilasan sebanyak 148Nm daripada 4000rpm.
• ECU 32-bit (Siemens).
• Lampu belakang baru, dengan susunan 9 LED (4 di atas, 5 di bawah).
• *bodykit, *slim rear spoiler, *foglamp, *chrome door handles dan side mirror dengan turning lamp.
• Rekabentuk grill baru.
• *rim 15inch dengan rekabentuk baru.
• Blaupunkt audio head unit dengan USB.
• Meter Cluster Graphic yang baru.
• *GPS, *ketinggian tempat duduk pemandu boleh laras, dan *side mirror elektrik.
• *Leather seat, Fabric Material seat dan cruise control.
• Safety kit, *ABD dan *EBD, *2 airbag dan *2 pre-tensioner seatbelts.

Harga (OTR):
• Persona Base Line (Manual) : RM46,499.00
• Persona Base Line (Auto) : RM49,499.00
• Persona Medium Line (Manual) :RM52,999.00
• Persona Medium Line (Auto) : RM55,999.00
• Persona High Line (Auto) : RM 59,499.00 (hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja).

Pilhan Warna:
• Genetic Silver
• Tranquility Black
• Bronze Garnet (New Colour)
• Chiffon Green (New Colour)
• Brilliant Red (hanya terdapat pada model H-Line sahaja)

Bilakah ia dilancarkan?
Persona Elegance telah dilancarkan pada 18 Mac 2010 oleh Pengarah Urusan Proton, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Bilakah model ini akan berada di bilik pameran Proton?
Persona Elegance akan berada di bilik pameran bermula 18 Mac 2010.

Apakah konsep yang diketengahkan pada model Persona Elegance?
Persona Elegance adalah model gantian bagi model Persona sedia ada dengan beberapa penambahbaikan dan penambahan ciri-ciri baru. Konsep produk bagi Persona Elegance adalah ia merupakan satu peningkatan dan menjadikan ia sebagai Family Sedan yang bergaya.

Adakah ia terdapat dengan transmisi manual dan automatik?
Ya, model ini terdapat transmisi manual dan automatik, kecuali varian mewah (H-Line) kerana ia hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja.

Apakah jenis enjin yang digunakan pada model Persona Elegance? Tidakkah ia didatangkan dengan versi CPS?
Persona Elegance didatangkan dengan enjin Campro 1.6L IAFM. Tiada versi CPS setakat ini.

Adakah GPS built-in atau peranti stand-alone? Adakah saya perlu kerap mengemaskinikan peta atau iaboleh dikemaskini secara automatik?
GPS stand-alone tersedia pada varian M-Line & H-Line. Para pelanggan hendaklah merujuk panduan pengguna (user manual) yang disediakan untuk butiran lanjut.

Berapakah tempoh jaminan pengeluar (manufacturer warranty period)?
2 tahun atau 50,000km (mana-mana yang terdahulu)

Adakah terdapat EWP (Extended Warranty Policy)?
Ya, ada. EWP menyediakan tambahan 3 tahun tempoh jaminan atau 175,000km (mana-mana yang terdahulu). Ini membuat jumlah tempoh jaminan menjadi 5 tahun atau 175,000km (mana-mana yang terdahulu).

Adakah kos penyelenggaraan model ini lebih tinggi dari Persona terdahulu?
Kos penyelenggaraan adalah sama seperti model Persona sedia ada.

Bilakah saya boleh membuat tempahan model Persona Elegance?
Tempahan boleh dibuat bermula 18 Mac 2010.

Berapakah tempoh menunggu?
Tempoh menunggu kira-kita 1 hingga 2 bulan.

Di mana dan bilakah saya boleh membuat ujipandu (test drive)?
Di semua bilik pameran bermula 20 mac 2010.

Apakah varian yang disediakan untuk sesi ujipandu?
Unit ujipandu hanya pada varian M-Line dengan transmisi automatik. Walaubagaimanapun, sesi ujipandu pada transmisi manual boleh dibuat.

Bolehkah pelanggan-pelanggan yang masih menunggu untuk kereta yang ditempah sebelum ini, mengubah tempahan mereka untuk model Persona Elegance ini? Adakah saya perlu membayar yuran tempahan tambahan?
Ya, perubahan tempahan boleh dibuat di bilik pameran di mana tempahan sebelum ini dibuat dan anda hanya perlu top up pada perbezaan harga. Anda tidak perlu untuk menambah mana-mana bayaran tempahan tambahan.

Berapakah bayaran tempahan?
Bayaran tempahan RM500

Jika saya membuat tempahan sekarang dan terdapat kelewatan yang panjang, bolehkah saya dapatkan bayaran tempahan itu semula?
Kami tidak membenarkan pembatalan, tetapi pada keadaan tertentu, para pelanggan dibenarkan membut pindahan tempahan tersebut. Bagaimanapun, bayaran tempahan yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan semula.

Jika saya telah menempah Persona Elegance dan kemudiannya saya ingin mengubah tempahan saya untuk model Proton yang lain, bolehkah saya berbuat begitu?
Ya, boleh.

Berapakah kadar faedah pinjaman sewa beli?
Kadar faedah adalah sama dengan model semasa iaitu pada 3.65% (7 tahun) dan 3.75% (9 tahun).

sumber rujukan : Proton /auto akasia / paultan / funtastickodesign
5 comments

Proton persona Elegance spyshot @ NKVE


ni ade lagi gambar Proton Persona 2010 yang dikatakan dilancar pada hari ini iaitu 18.3.10. credit to fastmotoring.com. Dalam gambar terdapat beberapa variasi iaitu B line, Mline dan H line.


4 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger