Jom Kenali Enjin Proton

Kita semua mungkin dah mengenai barisan model Proton dari awal lagi. Kali ini saya membawa anda semua untuk mengenali pula enjin-enjin keluaran Proton sendiri. Kita sedia maklum enjin Proton yang popular dikatakan ialah Campro, sebenarnya kalau ikut perkembangan semasa Proton mempunyai 4 jenis variasi enjin iaitu Campro biasa yang popular dengan torque dip, Campro IAFM yang jimat minyak, Campro CPS+VIM yang mantap dan Campro CFE dikeluarkan pada tahun depan.

Campro biasa mula digunakan pada model sendiri Proton seperti Gen2 1.6 1st model, Gen2 1.3, Satria Neo, Waja dan Saga 1.6 (teksi). Campro IAFM pula digunakan pada model Persona dan Saga 1.3. Campro CPS+VIM digunakan pada model Exora, Waja CPS, Gen2 facelift dan Satria Neo CPS. Campro CFE dikatakan akan digunakan pada model Exora facelift sebagai permulaan dan Satria Neo R3 diikuti model-model facelift bermula tahun hadapan. Campro CFE ini dikatakan lebih jimat bahan tenaga disamping prestasi yang lebih baik berbanding adik beradik Campro yang lain.

Selain itu, Proton juga membangunkan kenderaan Hybrid dan elektrik seperti Emas, Exora dan Saga EV. Cuma model Savvy dan Waja 1.8 menggunakan enjin renault manakala Waja 1st model, Perdana dan Inspira menggunakan enjin Mitsubishi. Model Inspira mungkin juga akan guna Campro CFE kelak. Jom kita tengok beberapa gambar enjin keluaran Proton.

Campro IAFM






Campro CPS + VIM






Campro CFE





Gambar sumber dari sembang-auto.com
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger