2011 Proton Saga FL launched in Malaysia!



Yang dinanti telah tiba! Proton Saga FL telah dilancarkan di Malaysia. Saga FL disasarkan kepada golongan muda sebagai kereta pertama berkonsepkan urban pertengahan yang mana ia menjadi saingan dan pilihan selain Myvi.

Di datangkan dengan dua warna baru blue rock dan Caffe Latte, terbahagi dua peringkat iaitu executive dan standard line ( sebelum ini M Line dan B Line). Mempunyai pilihan gear manual 5 kelajuan dan gear automatik 4 kelajuan dengan enjin Campro 1332 cc 94hp dan 120Nm. Model Line Up kali ini tidak mempunyai N Line seperti Saga sebelum ini.

Kesemua model mempunyai power window depan dan belakang, fungsi mp3 audio player dan LED turn indicator pada side mirror. Untuk model Executive pula, kelebihan seperti USB dan Aux port, dual front SRS airbags (model standard tidak mempunyai airbag), steering wheel audio switches, driver seat height adjustment, electric door mirrors, fog lamps, rear spoiler, a multipurpose container and side protector moulding beserta rim aloi baru 180/60R14 ( model standard rim besi 175/70R13 dengan penutup.

Perbezaan harga baru adalah RM1000 hingga RM1300 seperti berikut :

1.3 Standard M/T - RM36,998(Saga), RM37,998 (Saga FL) beza RM1000
1.3 Standard A/T - RM39,9989(Saga), RM40,998(Saga FL) beza RM1000
1.3 Executive M/T - RM39,498(Saga), RM40,698(Saga FL) beza RM1300
1.3 Executive A/T - RM41,998(Saga), RM43,298(Saga FL) beza RM1300




Share this article :

+ comments + 7 comments

Tanpa Nama
16 Disember 2010 12:09 PG

saga executive lbih brbaloi dri viva executive...

Tanpa Nama
16 Disember 2010 9:25 PG

setuju!! saga fl lebih memikat hati aku!

Tanpa Nama
16 Disember 2010 10:19 PG

x rugi beli sebab model saga paling kurang masalah setakat ni banding model proton yg lain. harga pun murah.

Tanpa Nama
16 Disember 2010 1:30 PTG

makin meletup la lepas nih.

Tanpa Nama
23 Disember 2010 4:32 PTG

model savvy x de FL k?smua model da FL...savvy je saya nmpak sme, cme gril dan bonet blakang je yg tkar

Tanpa Nama
23 Disember 2010 4:34 PTG

btul tu savvy takan x de fl kot...dkat thailand savvy pling top....btul tak

Tanpa Nama
24 Disember 2010 12:22 PTG

frus jugak sebab savvy xde facelift. diorang nk tukar savvy nanti ngan Emas je. sepatutnya buat lah savvy fl seperti saga, persona. ramai yg nk beli savvy tp mungkin sebab xde fl mcm model lain, so org ramai slow je tgk savvy nih. aku pun maybe nk beli savvy 2nd hand sebagai 2nd car nanti.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger