Proton Tampilkan Pameran Terbesar Di KLIMS 2010

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Sempena meraikan ulangtahun bersejarahnya yang ke-25 dalam dunia automotif, Proton Holdings Bhd akan mengadakan satu pameran terbesar di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) akan diadakan tidak lama lagi.

Acara itu akan berlangsung mulai 3-12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pengarah urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton akan mempertontonkan 20 kenderaan, termasuk kereta-kereta konsep, kereta pertunjukan, kereta lumba dan kenderaan elektrik di petak pamerannya.

Sudah 25 tahun Proton berkecimpung dalam industri ini dan pameran di KLIMS ialah untuk berkongsi kejayaan syarikat dengan semua rakyat Malaysia, kata beliau dalam kenyataan di sini Isnin.

Booth Proton adalah seluas 1,500 kaki persegi dan bakal mempersembahkan 20 kenderaan termasuk 8 concept & show cars. Bakal menjadi tarikan utama di booth tersebut ialah Saga EV (electric vehicle), Exora Extended Range EV, EMAS concept hybrid, Satria Neo S2000 termasuk kereta konsep dari Lotus yang telah dipamerkan di Paris baru-baru ini. Jumlah kereta konsep Lotus yang bakal dipamerkan masih lagi dirahsiakan tetapi Lotus Esprit antara yang bakal dipertontonkan di sana.

Selain itu Proton juga akan membuat “live styling studio” di sana & berkemungkinan kita dapat menyaksikan bagaimana cara rekaan kereta Proton dibuat.

Menurut Syed Zainal, petak pameran di KLIMS 2010 akan turut mengetengahkan hala tuju Proton di masa depan, sekali gus memberikan para pelawat maklumat beberapa kecanggihan teknologi terbaru dan kenderaan yang sedang dibangunkan.

“Bidang utama yang kami ingin profilkan juga ialah pemilikan teknologi. Kami berharap para pelawat boleh melihat, memahami dan menghargai aplikasi yang melangkaui perekaan model-model kenderaaan baharu,” jelas beliau.

Proton akan turut mengadakan butik gaya hidup di mana pelawat boleh mendapatkan produk syarikat dan sebuah studio gaya secara langsung yang membolehkan pemilik menyesuaikan kereta Proton mereka sendiri.

sumber maklumat:BERNAMA/Prodas

Share this article :

+ comments + 1 comments

1 Disember 2010 12:39 PTG

aku nk pg klims...sape nak ikot?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger