Tips Membeli dan Memilih Tayar


Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita, cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70%  ketinggian berbanding kelebaran tayar
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
indeks muatan 71 = 345 kg
indeks muatan 125 = 1,677 kg
simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h


SENARAI KOT:

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
A : kawasan panas
B : kawasan bercuaca normal
C : kawasan sejuk

- tarikh pembuatan : 1905

dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 - 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005
Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
12 Oktober 2010 9:03 PTG

fuh... thank's for the info... selama nih dok main tibai jerk beli tayar... skrang baru tahu..

Tanpa Nama
30 Oktober 2010 8:02 PTG

bro.. yang "/70" tu bukan maksudnya 70mm, tapi 70% dari kelebaran tayar atau dalam contoh ni "70% dari 175mm"..harap maklom..

Tanpa Nama
11 Januari 2011 7:38 PTG

saga FL leh masuk saiz 16 x?? if tayar 2 nipis?

Tanpa Nama
13 Januari 2011 10:43 PG

BOLEH

12 Disember 2014 12:36 PTG

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada 20 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Terima kasih tuan tanah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger