Unit turbo charger Proton dari Borg Warner



dipetik dari blog funtasticko design :
Setelah semalam Proton mengesahkan akan melancarkan enjin turbonya pada tahun depan, kini kita berpeluang buat pertama kalinya melihat unit turbo charger yang dipasang pada enjin tersebut. Unit turbo charger ini dibekalkan oleh Borg Warner & dihasilkan di China. Terima kasih kepada autoinsidermalaysia.blogspot.com kerana berkongsi gambar & info ini. Menurut sumber info dalamannya dengan adanya unit ini enjin 1.6 liter tersebut bakal mempunyai kuasa yang menyamai enjin 2.0 liter. Sumber dalamannya juga berkata enjin ini bakal menjana 150hp & 200Nm tork, tapi masih lagi belum disahkan kerana enjin ini masih lagi dalam peringkat ujian akhir ketahanan & kemampuannya. Difahamkan juga enjin ini dilengkapi sistem VVT untuk menaikkan kuasa enjin & pada masa yang sama menjimatkan penggunaan minyak. Diharapkan kita bakal menyaksikan enjin ini buat pertama kalinya di KLIMS bulan Disember nanti.

Share this article :

+ comments + 5 comments

24 September 2010 9:56 PTG

gambar terkini waja lancer http://funtastickodesign.wordpress.com/2010/09/24/panas-gambar-terkini-waja-lancer/#comment-12829

Tanpa Nama
18 Oktober 2010 9:59 PTG

boleh ke turbo kit ini kite beli dan pasang sendiri dan ngam ker dgn enjin yg sedia adakt campro skrg atau pun untuk campro baru jer.

Tanpa Nama
19 Oktober 2010 9:07 PG

aku rasa x boleh sebab campro yg digunakan adalah bukan campro cps.

Tanpa Nama
31 Januari 2011 3:30 PTG

CFE base engine campro iafm, tapi block dan cranshaft Mitsu 4Gxx.. kalu nak pkai boleh tapi banyak benda kena modify.

Tanpa Nama
9 Ogos 2014 9:56 PG

#Info terkini. Mahal melampau kit ni. Aku nye rosak, dlm BQ request estimate cost dlm rm5k tapi harga sebenar termasuk labour cost maybe rm7K.

Tanya otai drift, dgn harga tu bleh dpt turbo 800hp. Exora baru 150hp. #proton#turbocharger#problem

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger