Tahniah Kepada Proton Tanjung Malim!




Di sini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Proton Tanjung Malim kerana Pasukan Kawad Perbarisan Hari Kebangsaan mereka telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Perbarisan Kawad Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2010 yang berlangsung pada 31 Ogos 2010 yang lalu di Stadium Ipoh Perak.

Kejayaan mereka diraikan semalam di Jamuan Muhibah 1 Malaysia di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh. Majlis tersebut diserikan oleh DYAM Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa sebagai penyampai hadiah kepada pemenang-pemenang kawad dan bantuan fakir miskin.

Dalam memastikan Proton di hati rakyat sebagai model kenderaan pilihan, Proton tidak lupa sumbangan sosial dan kebajikan pekerja untuk lebih dekat dengan pengguna dan orang ramai. Dikala sibuk bekerja menyiapkan tempahan kereta kepada pembeli, Proton masih mampu memenangi tempat ketiga dalam pertandingan kawad dengan markah 88 peratus.



Peserta-peserta Perbarisan Kawad Proton Tanjung Malim


Tahniah kepada anda semua!
Share this article :

+ comments + 3 comments

3 September 2010 10:28 PG

tahniah Proton Tanjung Malim!!! ;)

3 September 2010 11:52 PG

tahniah!

Tanpa Nama
3 September 2010 2:55 PTG

tahniah!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger