Proton akan melancarkan Exora Turbo awal tahun depan

Menurut info dari bernama , Proton bakal melancarkan enjin turbo mereka pada tahun hadapan & model pertama yang bakal menggunakannya nanti ialah Proton Exora. Bercakap pada wartawan selepas Mesyuarat Agung Tahunan mereka, Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal berkata enjin ini juga bakal digunakan oleh model-model akan datang Proton.

Selain itu, model pengganti Waja pula adalah model yang dihasilkan secara usahasama dengan Mitsubishi Motors. Sepertimana yang kita telah ketahui adalah berasaskan Mitsubishi Lancer GT. Harganya akan lebih tinggi disebabkan model ini menawarkan prestasi enjin & spesifikasi lebih baik daripada Waja sedia ada. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Proton juga bakal melancarkan sebuah model sedia ada yang dipertingkatkan (facelift) hujung tahun ini. Model tersebut adalah Saga facelift yang dijangka dilancarkan di KLIMS bulan Disember nanti. Proton juga sedang membangunkan teknologi hybrid & elektrik yang masih lagi dalam fasa R&D.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh pula menjelaskan mereka tidak bercadang menjual Lotus . Dengan adanya Lotus, Proton boleh mendapat pulangan yang besar di masa akan datang.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
24 September 2010 11:14 PG

x sabar saga turbo

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger