Syarikat Automotif Tempatan Bergabung?


antara syarikat automotif tempatan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengesyorkan supaya syarikat industri automotif di negara ini melakukan penggabungan bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing yanglebih kompetitif.

Beliau berkata, penggabungan berkenaan dapat mengurangkan bebanan pengeluaran yang dialami syarikat peneraju industri automotif negaraiaitu Proton.


model prototype keluaran Inokom

"Sekiranya kapasiti yang berlebihan merupakan kekangan yang dialami syarikat-syarikat automotif, apakah patut dilakukan proses untuk menggabungkan syarikat-syarikat automotif dalam Malaysia supaya akan wujud syarikat yang lebih kuat atau lebih besar serta lebih berkemampuan," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Gala Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-25 Proton di sini, Jumaat.


model Prototype keluaran Perodua

Hadir sama pada majlis itu ialah Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin SyedMohamed Tahir.

Selain itu Perdana Menteri berkata, syarikat-syarikat automotif dinegara ini perlu berani melakukan transformasi bagi mencapai kejayaanyang lebih memberansangkan.

"Hanya syarikat yang berinovasi serta sanggup dan berani melakukan perubahan dan mempunyai moral perniagaan yang tinggi akan benar-benarberjaya," katanya.

Tambah Najib lagi, bagi memastikan Proton terus maju, syarikat itu perlu melakukan penyusunan semula struktur dalamannya terutama sekalidengan menggabungkan kekuatan yang ada dalam syarikat berkenaan.


model Naza Sutera Sportivo

"Saya ingin mengesyorkan supaya Proton melihat kepada segala kekuatan yang ada dalam Proton dan syarikat Lotus untuk digabungkan melalui proses penyusunan semula dalaman dan mewujudkan beberapa strategi perniagaan yang lebih unik.

"Jika proses penyusunan semula ini berlaku, maka Proton akan dapat memaksimakan segala kemahiran dan teknologi yang ada padanya serta meletakkan asas untuk mampu bersaing pada tahap yang lebih tinggi,"katanya.


Proton Emas

Pada majlis yang sama, Najib turut melancarkan edisi khas bagi kereta Proton Saga, Persona dan Exora.

Ketiga-tiga model berkenaan hanya akan dikeluarkan sebanyak 25 unit dan tempahan boleh dibuat mulai 12 Julai di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
13 Julai 2010 11:52 PG

bagus jugak kalau bergabung. tp xde saingan le nanti.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger